Jumaat, September 14, 2012

PMUKM DAN FAKULTI PERUBATAN ANJUR ORIENTASI KEPADA PELAJAR BARU


Walau pun Minggu Mesra Pelajar ( MMP ) telah tamat, atas inisiatif pengurusan Pentadbiran Fakulti Perubatan Kampus Cheras dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa UKM ( PMUKM ) telah menganjurkan orientasi mini kepada pelajar kampus perubatan. Orientasi mini ini dinamakan sebagai Program Kembara UKM Bangi pada 13 September 2012 yang lalu di sekitar UKM Bangi. 

Seramai 200 orang mahasiswa/i baru Fakulti Perubatan sesi 2012/2013 telah turut serta dalam program kembara ini yang berkonsepkan ‘Kenali UKM’. 

Sepanjang kembara berlangsung, mahasiswa/i diberi penerangan secara khusus oleh barisan MPP yang hadir. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kembara Alam dan aktiviti kumpulan. Selain kembara mengikut zon sekitar UKM, mahasiswa/i  baru turut berpeluang mengembara  di Hutan Pendidikan Alam UKM.
Antara aktiviti peserta
Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar tahun satu Fakulti Perubatan mengenali dengan lebih dekat persekitaran UKM dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada semua pelajar UKM. Selain itu, PMUKM juga turut mendedahkan mahasiswa dengan budaya intelek sebagai seorang mahasiswa iaitu kuiz yang berbentuk berfikir dan mengenai UKM.

Taklimat dari PMUKM sebelum memulakan kembara

PMUKM tetap menggalaskan tanggungjawab sebagai Persatuan Mahasiswa yang telah diamanahkan oleh mahasiswa sehingga dibubarkan secara rasmi selaras dengan moto PMUKM sesi ini untuk terus bersama mahasiswa membangunkan hasrat visi dan misi universiti.

“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”