Rabu, September 26, 2012

Isu gangguan Air dan Wi-Fi : MPP bertemu JPP, PTM

26 Sept. 2012 - Tiga ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM iaitu saudara Mohd Khamis bin Mohd Sani, saudara Syafiq bin Isa, dan saudari Afiah Nasuha binti Aznan telah bertemu dengan Jabatan Pengurusan Pembangunan ( JPP ) dan Pusat Teknologi Maklumat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan masalah air dan jaringan internet Wi-Fi.

Penyerahan Surat pohon penjelasan kepada JPP
Sehubungan dengan dua pertemuan berlainan tersebut, pihak JPP telah memaklumkan kepada tiga ahli Majlis Perwakilan Pelajar berkaitan dengan permasalahan air berlaku hujung minggu adalah kerana berlaku catuan air.

Hal ini kerana melibatkan pengurusan kerajaan Negeri Selangor dan pihak konsesi air SYABAS Selangor. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga ahli Majlis Perwakilan Pelajar tersebut berusaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak tertentu terhadap krisis gangguan air yang berlaku baru-baru ini.

bersama pegawai PTM
Tambahan lagi, isu berkaitan dengan Wi-Fi ini berlaku adalah melibatkan "kemungkinan" kapasiti penggunaan setiap kolej adalah berbeza. 

"Jika di kolej-kolej besar kemungkinan Wi-Fi perlahan itu ada, dan banyak faktor-faktor lain lagi. Jadi pihak pengurusan perlu mendapatkan maklumat khusus untuk trace permasalahan yang berlaku mengikut kolej-kolej. Perlu faham juga bahawa penggunaan internet Wi-Fi Jaring ini ada limit (had). Jadi itu juga faktor ia perlahan" ulas Pegawai Pusat Teknologi Maklumat.

Dalam isu air pula saudara Khamis "Pihak kami akan terus berusaha membawa isu ini dan jika difikirkan rasional kita akan bawa kepada kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS berkaitan isu air."