Khamis, September 27, 2012

Terima kasih mahasiswa Fakulti Perubatan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Di kesempatan ini, saya Muhamad Faiz Bin Zulkapli selaku MPP Fakulti Perubatan Tahun 3/5 sesi 2012/2013 mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pelajar Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana memberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk menjadi wakil suara anda. Saya berharap sokongan padu anda tidak pernah putus sepanjang saya menggalas tangung-jawab ini untuk dua penggal yang akan datang.Dengan izin Allah, saya akan melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya kerana kebajikan anda adalah keutamaan saya. Sekian.

Jangan dipuji si burung merak,
Kembang sayapnya menutup jalan,
Bukan kemenangan sebagai penggerak,
Tapi kepercayaan andalah menjadi kekuatan.


Daun keladi daun selasih,
Xie-xie nandre terima kasih.

 

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!