Isnin, September 17, 2012

PMUKM Menerajui Bersama Kepimpinan Masyarakat


Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi ( PPBBB ) merupakan persatuan yang menaungi keseluruhan jawatankuasa seksyen seluruh Bangi dan merupakan persatuan terawal yang ditubuhkan oleh penduduknya. Kepimpinan Persatuan Bandar Baru Bangi sebelum ini begitu sinonim dengan mantan Yang Di Pertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi iaitu Dr Tajul Ariffin Nordin. 

Kepimpinan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

Kepimpinan persatuan penduduk sekarang diketuai oleh  Hj Sufie bin Munasir sebagai Yang Di Pertua persatuan baru. Kepimpinan muda ini telah membuat satu reformasi terhadap jawatankuasa persatuan dengan memberi pengiktirafan kepada kepimpinan PMUKM untuk turut bersama menerajui persatuan utama di Bangi. 

Presiden menyambut tetamu
Keanjalan, kredibiliti dan kemasyarakatan kepimpinan PMUKM sesi ini telah mendapat perhatian besar dari masyarakat setempat.  Kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat Bangi khususnya Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi telah melantik Saudara Presiden PMUKM, Lt.M Ahmad Muzzammil bin Mohd Hairi selaku bendahari kehormat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi merupakan satu menifestasi besar pengiktirafan masyarakat terhadap kepimpinan mahasiswa khususnya PMUKM.

Kompleks Pendidikan Islam ( KPi ) Bangi

Kepimpinan utama ketika itu diterajui oleh Dr Tajul Ariffin Nordin yang merupakan bekas Timbalan Presiden PMUKM ( era kebangkitan ATMA ) dengan dibantu oleh Ustaz HJ Yaakob dan HJ Mohd Ghazali. Sebelum terbinanya KPi ini, program pengajian telah dijalankan di surau An-Nur, Masjid UKM dan beberapa tempat lain lagi. 

Seterusnya program pengajian agama ini telah mendapat sambutan masyarakat dan kebenaran untuk membina sekolah yang dikenali sbagai Sekolah Agama LEPAI dibina di atas tanah wakaf. KPi Bangi siap  dibina pada tahun   2012 dengan kos 2.7 juta di tapak Sekolah Agama  LEPAI


Kesinambungan perjuagan rakyat itu diteruskan oleh PMUKM kepimpinan Gabungan Mahasiswa (GMUKM). Timbalan Presiden, Saudara Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusof diberi kepercayaan memegang portfolio Pegawai Sukarelawan Pembangunan Akademik, Komuniti Setempat dan Dana untuk membangunkan Kompleks Pendidikan Islam ( KPi ) Bangi dibawah teraju Pengerusi KPi Bangi, Dr Tajul Ariffin Nordin.
Presiden bersama Tim Presiden PMUKM


Selaraskan dengan merakyatkan PMUKM, Exco Kerohanian PMUKM, Saudara Wan Ahmad Fahmi Wan Hamid dilantik sebagai pengarah program pengajian Fardhu Ain dan Tahfiz ( FAIZ ). KPi Bangi akan beroperasi secara rasmi pada tahun hadapan dengan hasil kesungguhan masyarakat dan penggerak perjuagan rakyat.


Jamuan Hari Raya Persatuan Penduduk Bangi

Majlis rumah terbuka Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi telah diadakan pada 14 september dengan dihadiri oleh warga penduduk bangi. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah wakil-wakil dari NGO iaitu ISMA, IKRAM, JASA dan wakil dari jawatankuasa surau sekitar Bangi.

Presiden PMUKM turut diberi penghormatan  untuk memberi ucapan di majlis tersebut mewakili entiti mahasiswa yang merupakan komponen Penduduk Bangi.

Turut diberi penghormatan untuk memberi ucapan iaitu timbalan pengerusi Jaringan Siswazah Malaysia ( JASA ), Saudara Azizone mantan bendahari PMUKM sesi kepimpinan Islam Penyelamat Ummah ( IPU ). JASA merupakan satu NGO berdaftar merupakan alumni kepimpinan IPU-MAMPU UKM yang sekarang dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa UKM.

Kepimpinan PMUKM mengharapkan kepimpinan akan datang untuk terus unggul menerajui kepimpinan bersama masyarakat. PMUKM mendokong penuh hasrat visi dan misi universiti dalam usaha melahirkan graduan yang mempunyai daya saing, kredibiliti, dinamik, dan kompetensi yang menyeluruh bersama masyarakat. 

Kita tidak rela untuk menjadi pemimpin sekadar "mengikut-ngikut" orang tetapi kita gembira untuk menjadi genarasi pelapis kepimpinan negara yang sama berada dalam kancah perjuagan masyarakat bukan sekadar retorik perjuagan kampus semata-mata.



"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"