PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Sabtu, Mac 08, 2014

SEMBANG SANTAI ANAK MUDA : PBS PERTARUHAN DALAM PERUBAHAN

5 Mac 2014, UKM Bangi - Persatuan Mahasiswa Universiti kebangsaan Malaysia telah mengadakan program sembang santai di Kiosk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Yang mana telah dihadiri oleh saudara Zul Fikri Zamir (pengasas TFTN / aktivis pendidikan), saudara Mohd Abdullah (penulis guru novis di sekolah pendalaman), dan saudara Syed Mohd Najib (MPP fpend UKM) selaku panelis jemputan. Manakala pengerusi majlis adalah saudara Ahmed Amri (MPP fkab UKM).

Sembang santai kali pertama ini, PMUKM telah membawakan satu tajuk PBS|Pertaruhan Dalam Perubahan. Yang mana isu yang hangat di perkatakan pada hari ini, dalam menentukan masa depan Negara. 


Persoalan yang ditimbulkan pada sesi kali ini adalah :
1)      Pendapat setiap panelis tentang PBS baik atau buruk ?
2)      Adakah perlu PBS dalam system pendidikan Negara kita ?
3)      Masa depan PBS dalam Negara kita ?

PBS merupakan sistem yang baru diperkenalkan, sebelum ini PPSMI merupakan sistem pembelajaran yang diguna pakai dalam pendidikan. Mengikut fakta, seramai 170 000 pelajar telah gagal dalam sistem PPSMI selama 6 tahun pengunaannya. Bila berbicara tentang isu pendidikan ia bukan hanya isu guru, kementerian sahaja. Kita tidak boleh memandang dengan sudut pandang begitu kecil sekali, dan ia merupakan isu rakyat yang perlu diambil kira dengan serius.

Terdapat beberapa kekurangan PBS antaranya ialah :
1)      Pengajar gagal faham tentang PBS dengan baik
2)      Pengajar di sekolah terlepas tanggungjawab yang kecil kerana tertumpu kepada PBS semata
3)      Pengajar yang tidak bersedia dalam menempuhi sistem yang baru dengan baik

Sebagai seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, kita tidak dapat tidak mesti dan pasti melahirkan mahasiswa yang cakna tentang isu semasa, berani mengeluarkan idea, dan tidak dipenggaruhi dalam membuat keputusan dalam menilai sesuatu. Rujuk pendapat mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM tentang PBS, PBS : Barang Baik?. Jika dikatakan mahasiswa ia pasti sesuatu yang berintelektual keilmuan dan mempunyai jati diri yang kuat. 



Teruskan dalam menyokong Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dalam pelbagai keadaan dan situasi demi bersama-sama melahirkan mahasiswa kelas pertama. 


::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::


Khamis, Mac 06, 2014

PENGANTARABANGSAAN : ERATKAN HUBUNGAN SESAMA MAHASISWA/I




24 Februari 2014 , BANGI – Satu undangan makan malam daripada Prof Che Husna Binti Azhari di kediaman beliau di Sg Merab Luar. Undangan ini bertujuan pertemuan sebahagian mahasiswa Kazakhstan yang menuntut pengajian di China bersama wakil pimpinan mahasiswa PMUKM untuk bertukar – tukar idea dan pandangan.


Antara yang perkara yang dikongsi oleh Saudara Mustapha Kamil Husen , Yang diPertua PMUKM adalah peranan mahasiswa sebagai “ Guardian of Nation” dalam kecemerlangan universiti . Selain itu , Saudara Mustapha turut mengingat kepada hadirin peranan sebagai pemuda Islam dalam membangunkan sesebuah negara. 


Akhir sekali , kami barisan kepimpinan PMUKM turut ditawarkan menjalinkan kerjasama bersama mereka ke Turki dan Kazahstan.




::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Selasa, Mac 04, 2014

GRADUAN KELAS TERSENDIRI

GRADUAN KELAS TERSENDIRI
Oleh : Muhammad Sallehudin Bin Khalid, Naib YDP PMUKM 13/14


1.      Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia perlu mempunyai kelas yang tersendiri, yakni mempamerkan kualiti-kualiti yang menonjolkan keintelektualan serta kehebatan seorang mahasiswa lepasan universiti terkemuka dalam negara. Banyaknya persaingan dalam dunia globalisasi kali ini membuatkan masyarakat tidak lagi memandang pada pencapaian akademik semata, tetapi nilai-nilai tambah yang ditampilkan oleh seseorang graduan itu sendiri. Graduan UKM perlu lebih bijak bersaing bagi memastikan survival dalam menongkah arus dunia realiti yang semakin mencabar hari demi hari. Kemahiran berkomunikasi, keluasan ilmu pengetahuan, serta kepelbagaian soft-skill yang ada merupakan antara elemen yang perlu diterapkan dalam diri mahasiswa sehingga akhirnya masyarakat akan mengenali graduan lepasan UKM sebagai individu yang sudah pasti mempunyai ciri-ciri yang diperlukan ini.

2.      Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah satu universiti terbaik di Malaysia,  seharusnya berperanan melahirkan graduan yang bukan sahaja bergerak dalam lapangan kampus semata-mata, bahkan mampu turun ke medan masyarakat. Mahasiswa lepasan UKM sewajarnya menjadi agen universiti yang profesional bersama penonjolan  keintelektualan selari dengan gelaran graduan UKM yang dipegang. Masyarakat pada hakikatnya sangat menantikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan ini sebagai golongan yang akan turut menyemarakkan pembudayaan ilmu di luar kampus . Maka seharusnya golongan graduan ini mampu berinteraksi dengan masyarakat  secara kolektif melalui perkhidmatan yang mampu ditawarkan kepada masyarakat mengikut kemahiran peribadi masing-masing. Bahkan dalam kerangka kemelut yang melanda masyarakat saat ini,  graduan UKM harus mampu menjadi rujukan dalam menjelaskan sesuatu isu atau masalah yang berlaku. Kita tidak mahu menghasilkan golongan graduan universiti yang lesu isu dan kaku tindakan terhadap masalah-masalah yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Kita mahu anak muda yang cakna terhadap keperluan dan isu-isu masyarakat walaupun sedang berperang dengan dunia baru yang lebih mencabar.

3.      Dalam konteks kampus UKM,  PMUKM meletakkan graduan kelas tersendiri ini sebagai salah satu paksi pada sesi kepimpinan kali ini. Kami melihat kepada kepentingan agenda ini untuk terus dibawa bersama warga mahasiswa/I UKM demi membawa lepasan graduan daripada  universiti ini menjadi “kegilaan” semua syarikat industri dalam negara mahupun luar negara.

4.      Antara langkah perlaksanaan kearah mencapai graduan kelas tersendiri :
Ø  elemen seperti keusahawanan dan perlaksanaan hasil pembelajaran (HP) untuk menghasilkan mahasiswa self-govern dan melatih pemikiran kritikal.
Ø  melahirkan graduan UKM sejagat melalui kursus persediaan melengkapkan set profession masing-masing.
Ø  penyertaan pelajar UKM dalam pertandingan berimpak tinggi dalm membina karakter diri termasuk menaikkan nama universiti.

Antara pertandingan yang disertai :

1 ) SUKIPT 2014

2 ) PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA A-STAR



3 ) SHELL ECO-MARATHON 2014


4 ) PERODUA ECO-CHALLENGE 2014




5.      Teguran dan pendapat pelajar bedasarkan fakta. "Mahasiswa kini jika mahu turun ke jalanan bukan sekadar membawa mainan dan tiupan emosi, kami turun dengan fakta. Ada yang melihat tindakan kami ini sebagai tidak selantang kepimpinan terdahulu." Saudara Mustapha Kamil Husen Abdul Kadir, YDP PMUKM. 


6.       Salah satu inisiatif dari PMUKM dalam usaha melahirkan graduan kelas tersendiri ialah melalui persediaan dan peluang kepada pelajar dalam bidang industri. Oleh itu, secara bekerjasama dengan PEMATRA, Pusat Hubungan Industri (PHI), PERTAMA serta PMFST, satu program iaitu Hari Kerjaya Bersepadu (HARKEB) akan diadakan. PMUKM melihat ini merupakan salah satu langkah awal untuk menguatkan lagi "engagement" antara pelajar bersama pihak industri. Kami menjemput dan mengalu-alukan kepada seluruh mahasiswa/i untuk turut serta sebagai AJK pelaksana.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :

MUHAMMAD SALLEHUDIN BIN KHALID
di talian 017-6865412







7.     Tahniah diucapkan kepada Team Pantun UKM yang kembali merangkul Johan Pesta Pantun Bestari IPT 2014 

"Setelah mengalami musim kegemilangan dengan menjuarai pesta pantun bestari hatrik bermula dari 2008-2010. Kemudian mengalami musim kemarau yang mana ketika itu tewas di pusingan pertama, seterusnya, hanya sampai ke suku akhir pada tahun berikutnya, kemudiannya mendapat tempat ketiga pada tahun lepas, kini UKM sudah berjaya menamatkan musim kemarau dengan merangkul kembali Piala Pusingan Pesta Pantun Bestari 2014. Tahniah diucapkan kepada pemantun,alumni,komposer (Sanggar Mestika)"


8. Tahniah UKM ( Zaki shukor, Alex Choo, Dr Faridah, Lilian Lee, Aisha Nazura )
IASLA moot team has won at Peringkat Asia. They will represent Asia pasific on June in Paris.

The name of the moot is IASLA Space Law Moot 2014 (Asia Pacific)
 


9. Ahmad Ammar adalah seorang anak muda satu dalam sejuta. Kisahnya hidupnya, menjadi inspirasi kepada generasi muda masa kini. Fenomenanya, membuatkan ramai anak muda terutamanya mahasiswa lebih cenderung kepada program-program ilmu. Saya mewakili pihak penganjur program, memohon maaf jika ada kekurangan dan kelemahan semasa program. segala yang baik dan lemah itu datangnya daripada Allah yang disandarkan kepada diri kami sendiri.



10. Salah satu paksi pembawakan PMUKM pada sesi 2013/2014 adalah keintelektualan dengan meletakkan fakulti sebagai pusat kegiatan kecemerlangan. PMUKM berusaha bekerjasama dengan persatuan mahasiswa fakulti dan kelab-kelab pengajian dalam menjalankan program berorientasikan akademik dan wacana ilmu. Penganjuran Simposium seperti ini merupakan salah satu langkah mewujudkan mahasiswa/I UKM yang mampu melontarkan idea-idea dalam ruang disiplin ilmu masing-masing. Apa yang lebih penting, usaha murni ini merupakan salah satu langkah mahasiswa bagi menyelesaikan masalah-masalah dan isu yang berlegar di sekitar masyarakat. 



Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti





Isnin, Mac 03, 2014

PERTEMUAN BERSAMA, PIMPINAN SISWI




19 Februari 2014, UKM Bangi - Suatu pertemuan antara Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) bersama wakil Exco Siswi Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan wakil siswi daripada. Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) telah diadakan di Bilik Mesyuarat PMUKM, Pusanika Aras 3. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan isu-isu siswi serta program-program menarik yang telah dirancang sama ada di kolej serta di fakulti. PMUKM melihat pertemuan ini sebagai satu inisiatif bagi kerjasama dalam mengetahui dan mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pelajar UKM terutamanya dari wakil siswi.


Dalam pertemuan ini juga, wakil siswi PMUKM iaitu saudari Nur Afifah Abd Rahim dan saudari Hasyimah Ibrahim telah mengemukakan beberapa isu yang dilihat serius berkenaan hal ehwal siswi termasuklah dari sudut kebajikan siswi, kualiti program siswi yang akan diadakan serta isu pemakaian di dalam kampus. Perbincangan terhadap perkara-perkara penting ini telah mendapat respon yang pelbagai dari setiap wakil siswi yang hadir. Majoriti menyatakan persetujuan bahawa perlu adanya tindakan susulan berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dan bersedia menyokong usaha PMUKM dalam menggerakkan kesedaran kepada para siswi untuk menjadi lebih peka dan proaktif.

PMUKM menantikan satu pelaksanaan kerjasama yang menarik bagi meraih partisipasi dari golongan siswi Universiti Kebangsaan Malaysia pada sesi ini.





Hasyimah Binti Ibrahim
MPP Umum Tahun 1/2
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM Sesi 13/14











Nur Afifah Abd Rahim
MPP Umum Tahun 3/4
Timbalan YDP PMUKM Sesi 13/14





::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

USUL DEWAN MAHASISWA I : PERSEFAHAMAN AGAMA BERSAMA MENCAPAI WAWASAN



24 Februari 2014, UKM Bangi.
Laporan Perjumpaan antara PMUKM dan Persatuan Agama UKM :

1.0 Antara yang hadir:
i. Wakil ISIUKM
ii. Wakil PERKEB
iii. Wakil Sahabat Aqsa
iv. Wakil CLCUKM
v. Wakil Iqram
vi. Wakil PMUKM

2.0 Agenda:
            2.1       Penerangan tujuan dan objektif perjumpaan 
            2.2       Pengenalan diri dan persatuan yang diwakil 
            2.3       Membincang isu-isu agama yang tertimbul dalam masyarakat
            2.4       Pandangan setiap persatuan terhadap isu-isu agama
            2.5       Cadangan menangani isu:
                        a. Mengadakan forum atau dialog keagamaan
                        b. Kempen memahami agama masing-masing
            2.6       Tindakan susulan
                        -mengadakan dialog antara keagamaan
-berkerjasama dan membantu PERKIM dalam mengadakan Interfaith  Dialog 2014

3.0 Kenyataan bersama
Persefahaman Agama Bersama Mencapai Wawasan
Sebagai seorang mahasiswa, dan seorang rakyat Malaysia yang datang daripada pelbagai kaum dan agama, adalah mustahak untuk kita sentiasa memahami tentang kepentingan keharmonian dan ketenteraman antara masyarakat di negara kita. Kita amat bertuah untuk menjadi sebahagian daripada satu negara yang begitu unik dan istimewa di mana kepelbagaian masyarakat kita telahpun menjadi salah satu kelebihan negara kita.
Di negara kita, kepelbagaian kebudayaan dan keagamaan inilah yang menjadikan negara kita amat berbeza dengan negara-negara yang lain. Malaysia juga dijadikan teladan oleh negara asing disebabkan kejayaan kita dalam mengekalkan keharmonian antara komuniti-komuniti yang berbeza. Walaupun kita mempunyai perbezaan, namun disebabkan kita semua mempunyai satu identiti yang sama, iaitu sebagai seorang rakyat Malaysia, kita sanggup mengamalkan nilai toleransi dan nilai keterbukaan untuk menerima perbezaan tersebut dan menghormati antara satu sama lain. Inilah kunci kejayaan negara kita untuk terus membangun sampai ke hari ini.

Kejayaan ini tidak dicapai dengan semudah-mudahnya tetapi adalah disebabkan oleh kerjasama dan usaha bersama oleh semua rakyat. Namun hari ini, terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tidak menghargai keharmonian ini yang kita kekalkan sejak kemerdekaan dan terus memainkan sentiment-sentimen yang sensitif untuk mencapai agenda tersembunyi mereka sendiri. Isu-isu agama sering dipolitikkan dan menyebabkan kebimbangan daripada pelbagai pihak.
Tindakan-tindakan sebegitu amat dikesali. Kami sebagai wakil persatuan agama UKM dan wakil pelajar di UKM akan sentiasa menolak sebarang tindakan yang cuba menimbulkan pertelingkahan dan perselisihan antara agama ataupun kaum. Sebaliknya, kami akan terus mengamalkan hubungan yang erat dan meningkatkan persefahaman antara agama. Kami juga mengharapkan semua mahasiswa terutamanya mahasiswa UKM akan bersama dengan kami untuk mewujudkan satu masyarakat yang sihat dan harmoni dalam kampus untuk merealisasikan wawasan varsiti kita.

Pernyataan bersama oleh:
1. Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)
2. Perwakilan Agama Kristian UKM (PERKEB)
3. PERKIM UKM
4. Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)
5.  Sahabat AQSA UKM
6. Campus Life Connection UKM (CLCUKM)
7. Ikram UKM

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::