PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Selasa, April 30, 2013

MINGGU DAFTAR/GUGUR KURSUS DAN TARIK DIRI SEMASA SHORT SEMESTER

======================================
SILA AMBIL PERHATIAN KHUSUSNYA PELAJAR TAHUN 1!!!
======================================

Banyak kekeliruan timbul antara minggu daftar/gugur dan tarik diri kursus semasa short semester yang timbul di kalangan pelajar. Sebelum itu saya mahu jelaskan yuran short semester dikira berdasarkan bilangan unit jam kredit. Sebagai contoh, 1 unit jam kredit di FEP bersamaan RM 33. Semasa minggu daftar/ gugur kursus anda boleh daftar kursus anda mahu dan boleh gugur jika tidak berminat atau bercanggah dengan kursus lain bermula hari ini (29 April 2013) sehingga 5 Mei 2013. Dalam minggu ini yuran pengajian short semester tidak dikenakan lagi dalam hutang pelajar. Selepas minggu ini(mungkin sedikit lewat bergantung kepada Jabatan Bendahari), yuran pengajian short semester akan di caj dalam akaun pelajar berdasarkan bilangan unit jam kredit. Apabila bermulanya short semester, fasa TARIK DIRI bermula. Jika anda TARIK DIRI, yuran pengajian masih dikenakan berdasarkan unit jam kredit kursus yang tarik diri. Yuran pengajian TIDAK akan berkurang walaupun anda mengambil kursus tersebut. Oleh itu, rancang sebaiknya kursus yang anda ingin ambil semasa minggu daftar/gugur kursus.


Mufaddal Bin Mustansir
Pengerusi Biro Kebajikan
PMUKM 12/13







AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Jumaat, April 26, 2013

PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 3 SESI AKEDEMIK 12/13


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

SUARA KAMPUS KEMBALI LAGI : MANIFESTO PRU 13, APA KATA SARJANA?

Suara Kampus 7
MANIFESTO PRU 13 : APA KATA SARJANA ?

26 APRIL 2013 | DK3B 301 FSSK | 8.00 MLM - 11.00 MLM

Moderator :

Ust Azmul Fahimi Kamaruzzaman 
Pensyarah FPI UKM

Ahli Panel :

Prof. Badlihisham Mohd Nasir
Pensyarah Jab. Dakwah & Kepimpinan UKM

Prof. Khazani Abdullah
Pensyarah Pelawat UNITEN

Anjuran PM Ukm dengan kerjasama PESEPSI UKM. Dijemput semua warga UKM dan sekitar Bangi untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu ini.



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PMUKM MENGGESA PELEPASAN KULIAH DIGANTI DENGAN CUTI PRU13

Saya mengharapkan agar pelepasan kuliah yang diberikan diganti dengan cuti agar dapat memudahkan urusan mahasiswa, pensyarah dan staf UKM pulang mengundi. 

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, April 25, 2013

ISU PERKHIDMATAN BAS SHUTTLE UKMKL, KE ARAH MEREALISASI MANIFESTO


24 April 2013 - MPP Hazrin dan MPP Ahmad Khidhir bersama SUK MPP fakulti FSK telah menghantar surat aduan berkenaan perkhidmatan bas shuttle di kampus Kuala Lumpur. Aduan dari pihak MPP telah disambut baik oleh pihak pengurusan dan mereka telahpun mengambil tindakan bagi menyelesaikan hal ini. antara aduan yang dibawa adalah mengenai kelewatan bas di awal pagi dan masalah shuttle ke BYS.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, April 18, 2013

MPP MUFADDAL KE KPT, SELESAI ISU ELAUN OKU KPT

MPP Mufaddal bersama Pn. Fairuz.

Berikutan aduan yang diterima daripada mahasiswa berkeperluan berkenaan kelewatan kemasukan elaun sara hidup OKU, MPP Mufaddal ke Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) bagi mendapatkan penjelasan dan menyelesaikan masalah kelewatan kemasukan elaun OKU.

MPP Mufaddal bertemu dengan Pn. Fairuz bagi mendapatkan penjelasan isu kelewatan ini. Dia menyatakan bahawa kelewatan ini disebabkan pihak KPT tidak menerima bukti salinan nombor akaun bank seperti yang dikehendaki. Sistem baru memerlukan semua pemohon elaun OKU perlu menghantar salinan nombor akaun bank setiap semester selaras dengan kehendak pihak audit KPT.

Bagi kemasukan elaun pada semester ini telah diproses dan akan masuk selewat-lewatnya hari Jumaat ini. Bagi penerima elaun OKU KPT, jika masih belum menerima elaun Jumaat ini bolehlah hubungi MPP Mufaddal di talian  0174307786 atau emel mpmmufaddal@gmail.com. MPP Mufaddal juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Kebajikan Pelajar, JPPEL atas kerjasama diberikan bagi menyelesaikan masalah kelewatan ini.




Mufaddal bin Mustansir
Pengerusi Biro Kebajikan & Khidmat Sosial PMUKM
Sesi 2012/2013

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PRESIDEN PMUKM SERAH MEMORANDUM MENUNTUT CUTI TAMBAHAN PRU13 KE KPT


Presiden PMUKM bersama wakil gabungan MPP IPTA Lembah Klang.
Putrajaya, 17 April – Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), saudara Ahmad Shukran bin Shaharudin mewakili gabungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA sekitar Lembah Klang telah menghantar surat dan memorandum menuntut cuti tambahan bagi memudahkan mahasiswa untuk pulang ke kampung menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan raya Umum 13.

“Mahasiswa merupakan antara kumpulan terbesar dalam kalangan 30% pengundi pertama. Tidak hairanlah sekiranya mahasiswa sangat teruja untuk terlibat secara langsung dalam proses demokrasi negara, Pilihan raya Umum 13 (PRU13). Tambahan pula, PRU13 kali ini menyaksikan mahasiswa punyai ruang yang sangat baik untuk memainkan peranan dalam arena demokrasi apabila AUKU telah dipinda pada Perkara 15”, katanya.

Presiden PMUKM, Ahmad Shukran Shaharudin.
Turut hadir bersama, wakil MPP Universiti Putera Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM). Memorandum tuntutan cuti tambahan ini juga ditandatangani oleh wakil MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Memorandum tersebut diserahkan kepada pegawai khas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di pejabat kementerian itu di Putrajaya hari ini.


Selain itu, terdapat juga wakil MPP yang terus berhubung dengan pentadbiran universiti masing-masing berkenaan permohonan cuti tambahan tersebut. Antaranya UKM, UIAM, UPM dan beberapa buah universiti lagi.

“Kami juga turut meminta Datuk KSU KPT jelaskan semula berhubung dengan kenyataan tak rasmi beliau pada wakil MPP berkenaan ''permohonan ini tertakluk kepada universiti'' kerana berlaku percanggahan atau ketidaksampaian makluman apabila pihak universiti sendiri tidak dapat membuat sebarang keputusan berkenaan cuti tanpa arahan daripada KPT”, kata wakil MPP UPM.



Pemberian cuti tambahan ini dilihat sebagai bukti keseriusan pihak KPT dalam memberi ruang kepada mahasiswa untuk terlibat secara langsung dalam PRU kali ini, selain merupakan pendidikan politik yang terbaik buat mahasiswa.





AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Rabu, April 17, 2013

KESUTRA 13 : TAHNIAH PESERTA YANG BERJAYA

KESUTRA 13 : TAHNIAH



Berikut adalah senarai nama peserta yang berjaya melepasi temu duga yang lepas. Anda terpilih untuk menyertai program Kesukarelawanan Siswa Antara Rantau (KESUTRA 13). SENARAI PESERTA KESUTRA 13

Perjumpaan rasmi akan diadakan pada 18 April 2013 (Khamis) ini jam 6.00 petang di bilik PM Ukm.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

FEP : PENTADBIRAN RESPON LAPORAN KEROSAKAN & PENAMBAHBAIKAN PRASARANA FAKULTI

MPP Mufaddal bersama En. Akbar.

Pada minggu lepas, MPP Mufaddal telah menyerahkan Laporan Kerosakan dan Penambahbaikan Kemudahan dan Infrastruktur Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kepada pihak pentadbiran FEP. (klik di siniLaporan itu dibincangkan pada Mesyuarat Fakulti pada 12/4/2013 yang lalu. Semalam, Encik Akbar, Penolong Pendaftar FEP, telah berjumpa dengan MPP Mufaddal bagi membincangkan laporan tersebut.

Menurut beliau, pihak pentadbiran telah memanggil wakil JPP bagi melihat kerosakan yang dialami di fakulti ini. Tindakan pembaikan akan diambil secepat mungkin. Beliau juga menambah, pengubahsuaian besar-besaran akan dilakukan terhadap bilik kuliah dan bilik seminar bagi meningkatkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Di samping itu, lantai surau dan kawasan dataran FEP akan di ratakan bagi membina “Student Centre” yang dicadangkan MPP Mufaddal pada tempoh hari. Buat sementara waktu, beliau akan menambah bilangan meja bagi memudahkan pelajar mengulang kaji.

16 April 2013 (Selasa), kerosakan soket plug telah dibaiki. Kerosakan yang lain akan dibaiki secara berperingkat-peringkat. MPP Mufaddal mengharap segala kerosakan akan dibaiki secepat mungkin.






Mufaddal bin Mustansir
MPP Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
Pengerusi Biro Kebajikan & Khidmat Sosial PMUKM
Sesi 2012/2013


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Isnin, April 15, 2013

SEMAKAN PUSAT MENGUNDI, SALURAN MULAI HARI INI



Orang ramai boleh mula membuat semakan mengenai pusat dan saluran mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mulai 15 April, menerusi laman web dan SMS.

Semakan boleh dibuat di lamanweb SPR www.spr.gov.my dan portal rasmi PRU13 di www.pru13.gov.my serta melalui sms dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Tiga kemudahan tambahan SMS turut disediakan oleh SPR iaitu, bagi pengguna Celcom boleh hantar ke 29292, pengguna Maxis hantar ke 33080 dan 22789 manakala pengguna Digi ke 33080.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selain semakan menerusi laman web dan SMS, pengundi juga boleh menelefon ke ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau pejabat pilihan raya negeri.

Beliau berkata daftar pemilih pilihan raya dalam bentuk cakera padat (CD) pula akan mula dijual pada 15 April dan dalam bentuk buku pada 19 April.

“Maklumat-maklumat lain berhubung dengan pilihan raya umum kali ini juga akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh ibu pejabat SPR atau pengarah-pengarah pilihan raya negeri atau pegawai-pegawai pengurus pilihan raya,” katanya pada sidang media khas hari ini.

Daftar pemilih yang akan digunakan bagi PRU13 ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama, Suku Tahun Kedua dan Suku Tahun Ketiga dan Suku Tahun Keempat 2012.

- Bernama

Ahad, April 14, 2013

JOM BALIK UNDI

Jom Balik Mengundi

Tarikh PRU13 sudah diketahui umum, 5 Mei 2013 (Ahad). Jadi, PMUKM menyeru rakan-rakan mahasiswa/i UKM yang sudah layak mengundi, JOM BALIK MENGUNDI. Laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Undi ANDA penentu kepimpinan negara!



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Jumaat, April 12, 2013

MPP FEP 1/2 USAHA SELESAIKAN MANIFESTO : INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA FAKULTI


Pada pertengahan bulan Mac yang lepas, satu tinjauan terhadap kemudahan dan infrastruktur di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) telah dijalankan oleh MPP Mufaddal bagi meningkatkan dan menambahbaik kemudahan dan infrastruktur di fakulti ini. Tinjauan dilakukan beberapa bahagian seperti dewan kuliah, bilik seminar, surau, tandas, foyer dan jaringan wifi.

Hasil daripada tinjauan tersebut, terdapat beberapa kerosakan kemudahan dan infrastruktur yang dialami. Dewan kuliah menghadapi masalah struktur siling yang landur, kerusi yang rosak dan keadaan komputer pensyarah yang kurang memuaskan. Di bilik seminar pula menghadapi masalah serius terhadap struktur siling yang lendur dan runtuh di beberapa bilik seminar. Masalah sama juga dihadapi di surau. Di foyer pula, kekurangan meja untuk pelajar belajar disebabkan banyak meja di buang kerana mengalami kerosakan. Segala kerosakan yang dialami telah dicatatkan dan sebuah. Laporan Kerosakan Dan Penambahbaikan Kemudahan Infrastruktur, FEP telah disiapkan. Di samping itu, MPP Mufaddal juga mendapatkan aduan daripada pelajar FEP untuk disertakan dalam laporan ini.

Laporan ini kemudian diserahkan kepada Timb. Dekan HEPAAA, Prof. Dr. Ishak Yussof untuk dibincangkan di peringkat pengurusan. Beliau menyambut baik laporan yang disediakan MPP Mufaddal kerana ia penting untuk pihak pentadbiran mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan meningkatkan prasarana di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Beliau akan membincangkan laporan ini pada Mesyuarat Pengurusan Fakulti yang akan diadakan pada Jumaat ini.

Laporan ini juga akan diserahkan kepada pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan untuk pemerhatian jabatan ini. Usaha membuat laporan adalah salah satu manifesto MPP Mufaddal iaitu meningkatkan infrastruktur dan prasarana fakulti di samping menjadi penghubungan antara pihak fakulti dan pelajar.
Keadaan struktur siling yang lendur.
Air bertakung di kawasan depan foyer selepas hujan.
Keadaan siling di bilik seminar.
Plug elektrik rosak.
Keadaan kerusi di dalam dewan kuliah.





Mufaddal bin Mustansir
MPP Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
Pengerusi Biro Kebajikan & Khidmat Sosial PMUKM
Sesi 2012/2013


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

BKTA: PENJELASAN ISU KELEWATAN ELAUN SARA HIDUP



4 APRIL - Kelewatan masuk  elaun sara hidup Biasiswa Khas Tenaga Akademik (BKTA) di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selama 2 bulan telah membebankan pelajar-pelajar tajaannya kerana wang tersebut sepatutnya diperuntukkan untuk perbelanjaan seharian di Universiti. Berikutan masalah yang berlaku, MPP Nur Farhana Bt Mohd Razali telah bertemu dengan wakil dari bendahari UKM untuk menanyakan masalah ini dengan lebih lanjut . Pihak Bendahari yang hanya membuat tuntutan yuran pengajian dari pihak biasiswa akhirnya meminta saudari Nur Farhana untuk berhibung terus dengan pihak KPT.

Selepas menghubungi wakil dari KPT yang menguruskan biasiswa berkanaan pada 1/4/2013, Puan Yusaita mendakwa bahawa cek baru sahaja diterima oleh pihak KPT pada minggu ke 7 pengajian dan pihak biasiswa dengan segera akan menyerahkan cek tersebut kepada pihak bank.

Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, akhirnya MPP Nur Farhana dan Afiah Nasuha Bt Aznan beserta wakil pelajar tajaan KPT pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya pada hari Khamis , 4/4/2013. Pihak kami telah berjumpa dengan Cik Ayu yang merupakan wakil dari BKTA yang menguruskan bayaran elaun sara hidup kepada pelajar tajaan di seluruh IPTA. Beberapa penjelasan di peringkat BKTA tentang isu kelewatan masuk elaun sara hidup dan yuran yang di bayar hanya separuh dari yang ditetapkan diperjelaskan kepada kami.  Cik Ayu mengakui bahawa mereka baru memerima cek dari pihak KPT namun penjelasan tentang kelewatan cek diterima tidak dimaklumkan kepada kami. Pembayaran elaun sara hidup yang dibayar separuh pula berikutan terdapat pelajar  yang akan menamatkan pengajian pada bulan Jun nanti. 
Oleh itu, pihak BKTA akan membuat bayaran baki elaun selepas mengenal pasti senarai pelajar yang akn menamatkan pengajian bagi mengelakkan sebarang  penolakan semula wang  dari pihak pelajar.

Kami berhasrat untuk memanjangkan lagi perbincangan ini dengan pihak KPT dan Kedekanan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM  bagi menjernihkan keadaan dan mengembalikan kepercayaan pelajar di bawah tajaannya terhadap pengurusan biasiswa oleh pihak KPT.  

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia memandang serius masalah yang berlaku yang melibatkan kebajikan mahasiswa/i dan dalam proses perbincangan untuk mengadakan Sesi dialog Bersama Mahasiswa dan pihak Pengurusan BKTA tidak lama lagi.    





MPP GMUKM
Nur Farhana Binti Muhd Razali
Timbalan Setiausaha Agong PMUKM
Sesi 12/13









AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Rabu, April 10, 2013

5 MEI 2013 AYUH MAHASISWA TURUN MENGUNDI

     

Sebentar tadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusoff telah mengumumkan tarikh-tarikh penting menjelang PRU-13 di Putrajaya. Tarikh penting adalah seperti berikut:

Penamaan Calon  : 20 april
Pilihanraya ke 13 : 5 Mei 2013 (Ahad)
Mengundi Awal    : 30 April

     Pengumuman tarikh ini dibuat setelah ahli-ahli Panel SPR mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarih-tarih penting tersebut. Tarikh yang dikeluarkan setelah pertimbangan banyak faktor antaranya, pertembungan dengan hari perayaan mana-mana agama yang terdapat di Malaysia dan ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi.

       Ayuh, mahasiswa sekalian yang boleh mengundi , tempah tiket awal ke kampung halaman masing-masing  memudahkan urusan anda untuk mengundi 5 Mei nanti. PMUKM berharap pilihanraya ke-13 ini, adalah pilihanraya yang bersih dan mahasiswa sekalian dapat menentukan acuan pemimpin bagaimana yang dikehendaki serta layak untuk memimpin Negara  Malaysia pada masa akan datang. Anak muda penentu masa depan negara.

    Untuk Maklumat lanjut tentang PRU-13, anda boleh rujuk Page Pilihanraya Raya Umum 13 dan Portal Rasmi PRU-13.



Sumber: Kosmo Online: SPR Tentukan Tarikh Pilihanraya Hari Ini.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI


Rabu, April 03, 2013

HARAPAN PMUKM UNTUK PRU 13

PRU 13

Akhirnya saat yang dinantikan telah tiba. Tanggal 3 April 2013 sudah tentu menjadi tarikh yang akan terus dikenang dalam lipatan sejarah. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan rasminya telah mengumumkan pembubaran Parlimen. Maka, pembubaran ini menandakan Pesta Demokrasi buat seluruh rakyat Malaysia sangat dekat. Rakyat sekali lagi berpeluang untuk turun beramai-ramai ke lapangan demokrasi Pilihan raya Umum ke 13 (PRU13) bagi memilih dan menentukan kepimpinan negara yang dicintai ini.

Kita dikejutkan dengan Tsunami Politik pada PRU12. Iklim politik hari ini bakal menjanjikan sesuatu yang menarik dan berbeza bagi PRU13 kali ini bahkan mungkin lebih dahsyat daripada Tsunami Politik PRU12. Analisis berkenaan dengan keputusan PRU13 telah dibuat oleh beberapa pihak. Antaranya ialah berkenaan dengan penglibatan “first time voter”, 30% daripada jumlah pengundi keseluruhannya. Mereka ini dilihat sebagai penentu kepada kalah menang parti politik yang bertanding. Lebih menarik lagi, hampir kesemua golongan “first time voter” merupakan kumpulan anak muda termasuklah mahasiswa.

Mahasiswa sangat sinonim sebagai suara ketiga, “check and balance” bagi pihak pemerintah. Kelantangan mahasiswa dalam menyatakan pandangan dan pendapat terhadap polisi-polisi kerajaan merupakan antara sebab diwujudkan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU). Lalu, apabila AUKU dipinda pada tahun lepas, terutamanya pindaan pada perkara 15 berkenaan penglibatan mahasiswa dalam politik, gerakan-gerakan mahasiswa tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan lagi Pesta Demokrasi Malaysia. Muncul gerakan seperti Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Kelab Penyokong BN IPTA, Siswa4U, Gelombang Anak Muda Tolak UMNO BN (Tolak).

Harapan saya buat seluruh mahasiswa, terutamanya yang sudah layak mengundi, laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, buktikan pada masyarakat Malaysia yang mahasiswa hari ini sangat ambil berat soal urus tadbir negara dan pembangunan rakyat dalam segenap aspek. Gunakan peluang yang ada untuk terlibat secara langsung dalam pilihan raya kali ini, hatta sebagai calon seandainya layak dan mampu. Penglibatan kita ini, sebenarnya merupakan pendedahan yang terbaik buat generasi anak muda untuk terjun ke lapangan demokrasi seterusnya membentuk negara impian anak muda.

Akhir sekali, impian saya untuk melihat universiti menjadi institut yang terbuka dalam memberi pendidikan politik kepada mahasiswa dan masyarakat umumnya. Bezakan antara doktrinisasi ideologi politik dan pendidikan politik. Pendidikan politik yang sebenarnya ialah pendidikan yang dapat memberi kesedaran buat mahasiswa akan pentingnya untuk terlibat secara langsung dalam urus tadbir negara. Mahasiswa harus berperanan dalam membentuk negara yang mereka idamkan, negara yang berintegriti, bebas daripada politik wang. Inilah peranan universiti yang sebenarnya, institut pendidikan yang berpegang teguh dengan prinsip keadilan dan kebenaran.






Ahmad Shukran Shaharudin
Presiden
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)
Sesi 2012/2013


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, April 02, 2013

PROGRAM BEDAH BUKU PEMBUDAYAAN ILMU TERPAKSA DIBATALKAN


Dukacita dimaklumkan Program Bedah Buku Siri II - Sejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad tulisan Ust Riduan Mohamad Nor terpaksa dibatalkan atas arahan JPPel UKM.

Kami di peringkat PMUKM telah mencuba yang terbaik bagi membina landskap pembudayaan ilmu di UKM. Harapan kami agar mahasiswa/i terus menyokong usaha-usaha sebegini di masa akan datang. Sekian terima kasih.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Isnin, April 01, 2013

KEBEBASAN TIDAK DIRAI, PMUKM KESAL TINDAKAN POLIS




Hari ini anak muda Malaysia menunjukkan semangat juang mereka. Hasrat mereka untuk melihat perubahan di Malaysia khususnya dari sudut urus tadbir negara. Aktivis anak muda yang mahu dikenali sebagai TOLAK : Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN jelas dengan prinsip mereka.

Perjalanan konvoi mereka hari ini telah ditamatkan dengan penahanan Pengerusi TOLAK, Saudara Muhamad Azan Safar serta beberapa rakan seperjuangan mereka yang lain di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.  Sebahagian besar yang menyertai konvoi ini adalah dalam kalangan mahasiswa seluruh Malaysia.

Insiden penahanan aktivis anak muda ini jelas menolak kebebasan berhimpun, meskipun Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi dalam urus tadbir negara. Komponen yang wujud dalam sistem demokrasi tidak diraikan dengan mesra oleh pihak-pihak tertentu.

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Presidennya, Ahmad Shukran Shaharudin kesal atas penahanan aktivis tersebut, malah tindakan itu menzahirkan sistem demokrasi yang tidak diraikan oleh pihak-pihak tertentu.




Sumber: 


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI