PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, November 30, 2012

SKIM DANA PERSATUAN (SDP)

SKIM DANA AKTIVITI PERSATUAN (SDP)

 PMUKM kini menawarkan bantuan kewangan kepada persatuan dan kelab yang mengadakan program, selain bekerjasama dengan PMUKM untuk program tersebut.

Antara syarat kelayakan menerima bantuan SDP adalah:

1)      Program yang diadakan mestilah menepati 4 paksi utama yang dibawa PMUKM sesi 2012/2013

(rujuk:Paksi PMUKM )
 
       2)      Hantar dokumen seperti berikut:

(i)    Surat mohon bantuan kewangan ( kepada PRESIDEN PMUKM )

(ii)   Surat kelulusan program daripada JPPel

(iii)  Kertas Kerja Program atau Ringkasan Eksekutif
 KEMUDAHAN UNTUK MAHASISWA UKM

 PMUKM juga ada menyediakan beberapa kemudahan di pejabat PMUKM untuk semua mahasiswa/i di UKM. Waktu operasi pejabat PMUKM 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara kemudahan yang disediakan:

1)      Surat khabar

2)      Majalah

3)      Perkhidmatan fotostat (urusan kerja sahaja)

4)      Bilik Mesyuarat

5)      Kaunter aduan

Sebarang masalah boleh merujuk Bendahari Kehormat PMUKM 2012/2013

MUHAMMAD SYAFIQ MD ISA        : 013-3530997
                                                               : mpmsyafiq@gmail.com

 AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, November 29, 2012

PPUKM : ISU KELEWATAN KEMASUKAN JPA SELESAI??


Penyampaian cenderamata kepada En.Roslan, Ketua Unit Kebajikan JPPeL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1.  Setelah isu kelewatan kemasukan biasiswa JPA berlegar hampir 2 bulan lamanya, semalam, 28 November 2012 (rabu) telah pun berlalu sesi dialog kebajikan JPA bersama mahasiswa/i di Auditorium PPUKM dengan jayanya.

Di peringkat MPP dan PERSIAP amat berpuas hati dengan perjalanan sesi dialog 2 hala yang dikira efektif dan tercapai objektifnya. Antaranya :

·   Penerangan lebih jelas berhubung sebab dan faktor kelewatan kemasukan biasiswa JPA.
·      Langkah mengatasi dan keputusan rasmi tarikh kemasukan biasiswa iaitu pada 29 November 2012 (khamis).
·      Jaminan kemasukan biasiswa.
·    Muhasabah tentang kepentingan pengurusan wang, masa dan prestasi akademik.
·        Cara mengatasi kesilapan yang sama pada masa akan datang.
·   Isu "claim" tiket kapal terbang mahasiswa/i yang berasal dari Sabah dan Sarawak.
·       Isu "claim" latihan amali sebanyak rm900 setiap semester.
·      Dan isu-isu yang lain.

2.      Dengan rendah hati, kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dengan baik. Komunikasi yang efektif di antara mahasiswa/i dengan wakil pemimpin mahasiswa juga dengan pihak atasan telah berjaya membentuk suatu jalinan yang kukuh dan diharapkan agar berterusan dan dipertingkatkan.

3.      Selain daripada isu ini, terdapat banyak lagi isu kebajikan yang masih belum disuarakan dan diambil tindakan. Sebagai contoh isu kafe, kecurian dan sebagainya. Untuk itu, pihak kami menyeru dan mengajak agar mahasiswa/i dapat meluangkan masa dan menghubungi kami supaya setiap masalah dapat diatasi dengan seberapa segera.

4.      Daripada mahasiswa untuk mahasiswa. Suatu kepimpinan dianggap berjaya dan membumi apabila adanya konsistensi dalam komunikasi dan saling membantu secara ikhlas. Akhir kata, sebarang cadangan dan persoalan amat dialu-alukan dan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

Kenyataan bersama.

1. MUHAMAD FAIZ ZULKAPLI
Pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaan,
MPP Fakulti Perubatan,
PMUKM 2012/2013
(No hp : 013-2935523)

2. MOHAMAD QAZREEN BIN AHMAD SHAWALUDIN
YDP PERSIAP 2012/2013,
Fakulti Perubatan UKM



Sesi dialog yang dipengerusikan oleh MPP Faiz

Antara mahasiswa yang hadir

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Rabu, November 28, 2012

Siswi UKM : Wanita perlu tahu seni mempertahankan diri

Gambar ini sekadar hiasan

Berita ragut, rogol dan bunuh yang sering kali menghiasi dada-dada akhbar negara memang menggusarkan masyarakat dan memberi kesan yang mendalam kepada kaum hawa yang sering menjadi mangsa. Bak kata pepatah lama, malang itu tidak berbau. Wanita sering dijadikan sasaran oleh mereka yang tidak dikenali malah yang juga dikenali kerana dianggap 'lemah' dan mudah diambil kesempatan. Maka sudah tiba masanya bagi wanita menangkis tanggapan itu dan belajar untuk menjadi 'sekuat' lelaki dengan melengkapkan diri mempelajari seni mempertahankan diri.

Pelakon dan pengacara, Sazlini Shamsul Falak, 31, atau lebih dikenali sebagai Sazzy Falak, melihat seni mempertahankan diri sebagai satu bonus bagi golongan wanita pada masa kini. Ibu kepada sepasang kembar perempuan ini berkata meskipun golongan wanita memang terkenal dengan sifat lemah-lembut namun ketegasan harus dipamerkan dalam berdepan dengan ancaman. Beliau berkata ilmu mempertahan diri mampu memantapkan daya ketahanan fizikal dan mental selain meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang mencemas dan membahaya keselamatan diri. 

"Kita tinggal di dunia yang mana saban hari banyak jenayah berlaku, ia amat menyedihkan... kita tidak mahu ia terjadi kepada kita sendiri atau yang lain.

"Jadi sekurang-kurangnya jika kita belajar sedikit mengenai seni mempertahan diri, kita telah mempersiap diri kita dengan lebih baik tatkala kita melangkah keluar dari rumah," katanya ketika ditemui pada Majlis Minum Petang Amal anjuran Forum Ibu-Ibu Bekerjaya Malaysia (MWMF) baru-baru ini.

MWMF adalah forum online yang diwujudkan pada 2011 bagi membantu wanita dalam kerjaya mahupun kehidupan berkeluarga serta membincangkan isu-isu semasa yang menjadi permasalahan bagi kaum wanita masa kini. Tidak rugi untuk mempelajari seni itu dan berdasarkan pengalaman beliau sendiri menyertai beberapa latihan singkat, pelbagai teknik dan kaedah berguna diajar untuk melepaskan diri jika diancam penjenayah.

"Saya sendiri mahu belajar lebih lagi... Bagi saya pendidikan dan pengetahuan adalah kuasa, lebih banyak yang anda tahu, maka lebih bersedialah anda dalam menghadapi dunia," katanya.

Tiada masa bukan alasan

Bagi pelakon, pengacara, perunding motivasi, penyanyi dan komposer, Datuk Ahmad Fazley Yaakob, 32, wanita terutama yang bergelar isteri dan ibu sering mengabaikan seni mempertahankan diri atas alasan faktor kekangan masa. Beliau berkata keselamatan diri juga menjadi keutamaan justeru alasan itu hanya menunjukkan sikap acuh tidak acuh terhadap keselamatan diri sendiri.

"Mempelajari seni mempertahankan diri adalah sangat penting untuk wanita, malah atas kesedaran bersama, saya juga mengajar isteri saya, Azrene Soraya seni pertarungan 'kickboxing'.

"Kalau ada masa terluang, wanita disaran tidak hanya belajar aerobik tetapi juga seni mempertahankan diri kerana itu dapat membantu menjaga keselamatan diri apabila tidak ada orang yang membantu," katanya, yang juga pengamal seni silat dan taekwondo.

Beliau berkata penjenayah kebiasaannya akan menghentikan hajat untuk melakukan apa-apa terhadap wanita selepas menyedari mangsa mempunyai ilmu mempertahankan diri.

"Seni mempertahan diri juga membantu wanita tampil lebih kental dan berkeyakinan," katanya.

Pupuk disiplin dan keyakinan

Dr Ramlan Ahmed, 44, pula berkata kaum hawa harus menimbangkan seni mempertahankan diri Jepun Aikido yang turut membantu menerapkan disiplin, fokus dan semangat serta keyakinan yang tinggi pada diri sendiri. Beliau, yang juga Pengasas Aikido Shudokan Malaysia (ASM) berkata Aikido berbeza daripada seni mempertahankan diri yang lain kerana ia tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk berlawan, sebaliknya menggunakan tenaga lawan untuk menangkis serangan.

"Semua seni lain bagus, cuma perbezaan Aikido adalah ia lebih terarah kepada strategi mempertahankan diri bagi mengelakkan kecederaan jadi semua boleh mempelajarinya termasuk wanita dan kanak-kanak.

"Aikido lebih kepada penggunaan minda serta kepekaan kepada persekitaran dan tidak memerlukan pengamalnya menyerang lawan apatah lagi menggunakan senjata malah tiada pertandingan dalam seni mempertahankan diri ini," katanya.

Seni mempertahan diri ini juga berupaya membuka minda wanita bahawa anggota badan mereka juga berupaya bertindak sebagai senjata ketika menghadapi serangan.

Belajar seawal usia lima tahun

Ramlan berkata seni mempertahan diri seharusnya diperkenalkan dan diajar kepada kanak-kanak khususnya kepada kanak-kanak perempuan seawal usia lima tahun untuk membentuk sahsiah dan keyakinan diri. Bagi memberi semangat kepada kanak-kanak dan wanita untuk menyertainya, seni mempertahankan diri boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga dengan satu keluarga belajar bersama. Beliau berkata pelbagai aksi Aikido yang dilihat seakan berbahaya seperti aksi menggulingkan badan dan terhempas sebenarnya tidak mendatangkan kecederaan jika menggunakan teknik yang betul.

"Walaupun ada bunyi hentakan yang agak kuat, ia tidak sesakit yang difikirkan kerana sebenarnya ada teknik untuk melambatkan hentakan dan mengelakkan berlakunya kecederaan." katanya.

Beliau berkata seni atur Aikido yang kemas dan tegas membantu wanita untuk memiliki kekuatan fizikal tanpa mengorbankan sifat kesopanan dan kelembutannya.

"Apabila seorang wanita yakin dengan kebolehan untuk menjaga dirinya sendiri, wanita juga akan berasa lebih selamat untuk melaksanakan aktiviti hariannya," katanya.

Fokus keadaan sekeliling

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MWMF Parveen Yassin, 32, berkata selain seni mempertahankan diri, adalah amat penting bagi wanita agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling ketika berada di mana-mana khususnya ketika berseorangan.

"Bila berjalan kaki tengok depan dan awasi sekeliling, jangan sibuk menggunakan telefon atau leka buat perkara lain bagi mengelakkan diri menjadi sasaran," katanya yang turut berminat mempelajari seni mempertahankan diri.

Majlis Minum Petang Amal yang bertemakan 'Fab, Fit and Fresh for 2013' itu berjaya menarik seramai 100 peserta termasuk kaum lelaki dan memperuntukan RM5,000 untuk disampaikan kepada Yayasan Chow Kit. 

Sumber : malaysiakini

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI  FALSAFAH VARSITI

PENGUMUMAN PENTING: JPPEL TEMPOH PENGHANTARAN AKTIVITI PELAJAR (DALAM NEGARA) SESI 2012/2013

Tempoh Penghantaran Permohonan Aktiviti (Dalam Negara)
Sesi Akedemik 2012/2013

Makluman untuk semua Persatuan, Kelab, Jaksa Kolej dan Urusetia, bagi tujuan penambahbaikan pengurusan JPPEL, semua permohonan aktiviti pelajar dalam negara perlu mematuhi tarikh yang tercatat dalam surat tersebut. Permohonan yang dilakukan selepas tarikh tersebut, tidak akan diperakukan.

Junaidah Harun
Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
UKM Bangi
Tel: 03- 8921 3146
Fax: 03-8921 4534



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI
 

PAKSI PMUKM : PEMBUDAYAAN SUASANA KEILMUAN DAN PEMERKASAAN INTELEKTUALISME



26 November 2012 - Dua orang wakil Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM iaitu saudara Azrai Ahmad Zamri dan Nurhidayah Juhari telah mengadakan satu sesi pertemuan ramah mesra bersama para pustakawan Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Tujuan utama pertemuan diadakan adalah untuk mendapatkan saran idea mengenai bagaimana PMUKM boleh berpartisipasi dalam usaha untuk memperluaskan pembudayaan ilmu pengetahuan dalam kalangan warga kampus. Perkara ini selaras dengan salah satu paksi dasar pembawaan PMUKM sesi 2012-2013 iaitu pembudayaan suasana keilmuan dan pemerkasaan intelektualisme.

Secara asasnya pihak PTSL amat bersetuju dengan beberapa cadangan yang dikemukakan oleh PMUKM dalam menggerakkan budaya ilmu dan keintelektualan. Rancangan perlaksanaan beberapa program bersiri yang lebih bersifat terbuka dan santai diyakini dapat menarik perhatian warga kampus. PMUKM juga perlu menyediakan platform terbaik bagi membolehkan kebebasan akademik terus berkembang selari dengan budaya ilmu yang ingin diterapkan seterusnya dapat melahirkan inovasi idea dan falsafah pemikiran yang bermanfaat. Beberapa contoh program pembudayaan ilmu sepanjang tahun yang dilaksanakan oleh pihak PTSL turut dibentangkan seperti kempen membaca, pertandingan mengulas buku, pertandingan mengakses maklumat, bicara buku, forum ilmiah dan syarahan Tun Seri Lanang.

Dalam pertemuan tersebut juga, pihak PTSL telah menyatakan kesediaan mereka bagi menjemput wakil PMUKM untuk turut serta dalam mesyuarat pembangunan intelektual yang diadakan pada setiap semester. Mereka juga menyambut baik cadangan PMUKM agar PTSL mengadakan Pesta Buku pada setiap awal semester. Sebaliknya pula, wakil PMUKM turut menyatakan kesudian untuk membantu PTSL mempromosikan segala jenis aktiviti keintekletualan yang dianjurkan pada masa akan datang. Bahkan, pihak PTSL turut menyatakan harapan mereka untuk berkerjasama secara lebih erat dengan JAKSA kolej-kolej kediaman memandangkan mereka mempunyai wakil pustakawan yang sedia berkhidmat di setiap kolej khususnya dalam aspek perkongsian maklumat dan kemahiran asas pengurusan pusat sumber.

Akhir sekali, pihak PTSL turut mengambil kesempatan atas pertemuan ini untuk mendapatkan maklum balas umum daripada wakil PMUKM mengenai kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, November 27, 2012

UKM : DASAR PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BARU

Sesi perbincangan sedang diadakan
27 Nov 2012 - Satu perbincangan diadakan bersama wakil ahli PMUKM, Pusat Pembangunan Akademik (PPA), dan persatuan mahasiswa dari setiap fakulti. Penulisan esei, pembentangan, tugasan tutorial, kuiz dan pelbagai lagi kaedah penilaian berterusan telah dilaksanakan oleh para pensyarah di samping peperiksaan akhir semester yang wajib diambil oleh setiap pelajar. Namun sejauh manakah para pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan mereka andai perincian markah bagi setiap penilaian ini tidak diberikan? Mereka hanya dimaklumkan mengenai gred keseluruhan sahaja sama ada A/B/C/D.

Sehubungan itu dasar pengajaran dan pembelajaran baru UKM telah bersetuju untuk membangunkan satu Sistem Penilaian yang membolehkan para pelajar mendapatkan akses kepada skor perincian ini secara lebih terperinci tidak lama lagi.

Jika mahasiswa/i mempunyai pelbagai input lain bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di UKM, sila emelkan pandangan atau maklum balas anda ke emel mpmazrai@gmail.com untuk diajukan kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum 3 Disember 2012.

Azrai Ahmad Zamri
Ketua Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM
Sesi 2012-2013

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

TAHNIAH UKM : PENYELIDIK UKM HASIL GELATIN HALAL

Antara komponen peralatan yang direka pihak UKM untuk menjalankan
proses mengeluarkan gelatin halal dan kolagen terhidrolisis

27 November 2012 - Sebuah kumpulan penyelidik skala tinggi dan proses hiliran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menyediakan proses canggih untuk mengeluarkan gelatin halal dan kolagen terhidrolisis daripada sumber bahan pertanian iaitu tulang ternakan, kulit dan sisik ikan.

Ketua Kumpulan itu, Prof Ir Dr Abdul Wahab Mohammad daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses UKM berkata, proses tersebut dibangunkan melalui rekaan peralatan untuk mengisi keperluan gelatin dan kolagen terhidrolisis bagi pasaran halal dunia.

Menurutnya, rekaan peralatan dipergiat itu boleh dibina dan dipasang bersama dengan loji pemprosesan ternakan atau ikan di negara Islam.  “Kami membina sebuah loji percubaan kecil di UKM untuk menunjukkan proses keseluruhan itu. Kos RM2 juta dilaburkan untuk membeli peralatan dengan pembiayaan awal diperoleh daripada Technofund melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya.

Penyelidikan terhadap projek itu mula dijalankan pada 2007 oleh beliau sambil dibantu Prof Ir Dr Mohd Sobri Takriff, Prof Dr Abu Bakar Mohamad dan Prof Madya Dr Siti Masrinda Tasirin daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses. Barisan penyelidik ini kemudian dibantu Profesor Pelawat Ir Ad Grobben dari Belanda yang mempunyai pengalaman luas dalam industri pemprosesan gelatin dan kolagen terhidrolisis apabila projek itu bergerak ke arah loji skala pandu. “Kami menggunakan jenama Halagen untuk gelatin dan kolagen terhidrolisis yang dihasilkan ini di mana ia boleh digunakan sebagai bahan dalam makanan, kapsul, kosmetik dan makanan tambahan,” katanya.

Penemuan itu membolehkan masa pemprosesan dapat dikurangkan dengan menggunakan partikel halus di peringkat nyahgalian sekali gus turut menjimatkan masa dalam menghasilkan satu kelompok produk. Rekaan proses yang canggih juga membolehkan masa pemprosesan disingkatkan serta mengecilkan saiz loji. Ia amat sesuai untuk operasi setempat berdekatan loji pemprosesan ternakan haiwan dan penternakan ikan. Abd Wahab berkata, beliau berharap agar kedua-dua projek itu berjaya sekali gus membolehkan negara menjadi perintis dalam penghasilan gelatin dan kolagen terhidrolisis untuk pasaran halal dunia. “Situasi ini dilihat amat penting kerana gelatin dan kolagen terhidrolisis banyak digunakan dalam pengeluaran pelbagai jenis produk makanan dan perubatan,” katanya.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PPUKM : DIALOG PENERANGAN ISU KELEWATAN BIASISWA JPA


Susulan perjumpaan dengan pihak JPA pada petang tadi, satu persetujuan telah diambil dan pihak JPA bersetuju untuk turun padang bagi mengadakan sesi dialog penerangan berhubung isu kelewatan biasiswa JPA kepada mahasiswa/i Fakulti Perubatan.

28 Nov 2012 (Rabu)
8 MALAM
Auditorium PPUKM

Semua mahasiswa dijemput hadir bersama. Sebarang bentuk cadangan dan persoalan sangat dialu-alukan dan boleh diajukan secara langsung kepada pihak JPA. 

Sekian, terima kasih.

Kenyataan bersama.

1. MUHAMAD FAIZ ZULKAPLI
Pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaan,
MPP Fakulti Perubatan,
PMUKM 2012/2013
(No hp : 013-2935523)

2. MOHAMAD QAZREEN BIN AHMAD SHAWALUDIN
YDP PERSIAP 2012/2013,
Fakulti Perubatan UKM

AUTONOMI MHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Isnin, November 26, 2012

BICARA HIJRAH : SHAM KAMIKAZE




Oleh : Sham Kamikaze 
Anjuran: Kelab Warga Kebajikan Perpustakaan

30 November 2012 (Jumaat)
10.00 pagi 
Bilik Serbaguna,Aras 2, Perpustakaan Tun Seri Lanang


Sila klik untuk poster. 

Semua warga UKM dijemput hadir.

Sumber : (ewarga/bul/bil.26112012-126)


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Ahad, November 25, 2012

KESELAMATAN SISWI : PMUKM, SEKRETARIAT SISWI KOLEJ DAN FAKULTI

Barisan PMUKM bersama Sekretariat Siswi Kolej & Fakulti

21 November 2012 - Satu perjumpaan ramah mesra diadakan antara PMUKM bersama-sama sekretariat Hal Ehwal Siswi Kolej dan Fakulti. Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh Naib Presiden I PMUKM, saudari Nur Afifah Abd Rahim, diadakan bagi membina hubungan yang lebih erat dan merancang gerak kerja bersama dalam melahirkan siswi kampus yang lebih berketrampilan.

Agenda utama perjumpaan ini adalah sebagai mekanisme awal ke arah menyatukan pimpinan siswi UKM. Antara perkara yang  dibincangkan bersama adalah isu keselamatan siswi dan beberapa langkah yang akan diambil oleh pihak kolej dan fakulti bagi menangani isu tersebut.

Beberapa cadangan telah dibangkitkan oleh wakil kolej dan fakulti bagi memastikan keselamatan siswi terjamin. Inisiatif awal bagi mencegah kejadian pecah masuk kolej  dan gangguan seksual terhadap siswi antaranya memperkasakan semula kelab rukun tetangga dan mengadakan kelas pertahanan diri di setiap kolej.

Resolusi yang kami perolehi dalam perjumpaan tersebut adalah ke arah memperkasakan jaringan hubungan di antara pimpinan siswi UKM. Kami juga telah merancang beberapa mekanisma ke arah merealisasikan resolusi tersebut. Kami di peringkat PMUKM juga meraikan pihak sekretariat siswi yang ingin mengadakan kerjasama dengan PMUKM bagi sebarang aktiviti siswi yang berlandaskan paksi PMUKM.


Sebarang masalah yang dilontarkan pada pertemuan tersebut telah mendapat perhatian pihak PMUKM dan kami akan mencuba sedaya upaya bagi menyelesaikan masalah yang timbul bagi memastikan keharmonian pelajar terutamanya keselamatan siswi terpelihara.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

ISU KESELAMATAN : PMUKM, WISMA AMAN, WAKIL JAKSA

PMUKM, Wisma Aman,  dan wakil Jaksa Kolej
 22 November 2012 - Perjumpaan khas Isu Keselamatan yang melibatkan PMUKM, Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM, dan Jaksa Keselamatan Kolej Kediaman diadakan. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Presiden PMUKM, Ahmad Shukran bin Shaharudin. 

Perjumpaan ini adalah susulan resolusi PMUKM berkenaan isu keselamatan yang lalu berkenaan mengadakan kempen kesedaran keselamatan dan pemusatan badan “rukun tetangga” kolej sebagai ajen “Rakan Wisma Aman”. klik di sini. Dalam perjumpaan singkat ini, Wisma Aman tampil dan memberikan pandang sisi berhubung isu keselamatan mahasiswa UKM khususnya siswi dan setiap wakil kolej yang hadir memberikan respon tahap keselamatan kolej kediaman masing-masing daripada aspek permasalahan yang dialami dan mekanisma awal yang telah diambil setiap kolej kediaman dalam membendung isu kes keselamatan yang tidak disenangi terutama yang melibatkan golongan siswi.

PMUKM bertindak sebagai medium yang menyatukan kerjasama yang lebih berpusat dalam memastikan usaha ke arah menyelesaikan isu keselamatan ini dapat dijalankan dengan lebih membumi. Dalam perjumpaan ini, Bahagian keselamatan UKM bersama PMUKM dan Jaksa kolej kediaman bersetuju menjalankan kerjasama dalam menjalankan program 'roadtour' keselamatan ke setiap kolej kediaman yang dijadualkan akan bermula 3 Disember 2012 hingga 12 Disember 2012 dan aktiviti kemuncaknya adalah perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan yang dijangka akan diadakan pada 13 Disember 2012.

Kami juga telah mengambil beberapa mekanisma awal dalam meningkatkan hubungan jaringan maklumat di antara kami. Semoga kerjasama ini akan dapat memberi impak positif ke arah mengurangurangkan peluang dan ruang terhadap lambakan kes ragut yang menimpa siswi UKM sejak kebelakangan ini.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PPUKM : ISU KELEWATAN JPA


Seperti semua yang sedia maklum, isu kelewatan kemasukan biasiswa JPA adalah isu besar yang mana melibatkan majoriti mahasiswa/i Fakuti Perubatan. Tempoh kelewatan ini adalah suatu tempoh yang kritikal dan membebankan mahasiswa/i. Hampir 2 bulan lamanya isu ini berlegar tanpa sebarang jawapan yang konkrit daripada pihak berwajib.

Di peringkat wakil mahasiswa, MPP dan PERSIAP telah pun berhubung beberapa kali namun gagal kerana pihak JPA tidak memberikan sebarang notis secara rasmi berhubung kelewatan kemasukan biasiswa JPA.

Antara langkah terakhir, di peringkat MPP dan PERSIAP, kami bersetuju dan bersepakat untuk melawat pejabat JPA secara rasmi dan bersemuka dengan pegawai JPA sendiri pada hari Isnin ini, 26 November 2012. Bersama dengan penasihat PERSIAP, Prof Madya Dr. Shahrir Mohamed Said, (MPP Perubatan) Muhamad Faiz Zulkapli (YDP PERSIAP) Mohamad Qazreen Bin Ahmad Shawaludin dan (Exco Kebajikan I PERSIAP) Qamarul Ariffin bin Samin akan berbincang dengan pihak JPA untuk mencari solusi terbaik.

Jika tiada tindakan yang diambil dalam masa terdekat, langkah penyelesaian seterusnya dengan membawa petisyen ke Pejabat Perdana Menteri akan dipertimbangkan. Dan dari masa ke semasa, kami akan sentiasa mewar-warkan setiap tindakan susulan kepada mahasiswa/i.

Akhir kata, pihak MPP dan PERSIAP amat bersimpati dan kesal akan kesulitan yang dihadapi oleh mahasiswa/i Fakulti Perubatan. Segala kesabaran dan kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.

Kenyataan bersama.

1. MUHAMAD FAIZ ZULKAPLI
Biro Sukan dan Kebudayaan,
MPP Fakulti Perubatan,
PMUKM 2012/2013
(No hp : 013-2935523)

2. MOHAMAD QAZREEN BIN AHMAD SHAWALUDIN
YDP PERSIAP 2012/2013,
Fakulti Perubatan UKM


Sumber : FB Mpp Fper

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, November 24, 2012

RAMAH MESRA PMUKM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN (JPP) DAN JABATAN BENDAHARI


RAMAH MESRA PMUKM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN (JPP) DAN JABATAN BENDAHARI
19 Nov – Pertemuan MPP Muhammad Syafiq Bin Md Isa dan MPP Nur Farhana Binti Mohd Razali bersama pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP)  telah diadakan di  bilik mesyuarat jabatan tersebut. Pertemuan tersebut telah disertai oleh Ir. Ab Ghani Wahab, Timbalan Pengarah Penyelengaraan dan Operasi, Puan Farhanah Md Isa , Penolong Pendaftar  dan jurutera-jurutera JPP.
Timb Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) Ir. Ab Ghani Wahab yang turut serta bersama ramah mesra PMUKM 
MPP PMUKM juga telah menyampaikan beberapa aduan para pelajar berkaitan dengan kemudahan infrastruktur di kolej dan fakulti yang perlu diambil perhatian oleh pihak JPP.
1.     Kemudahan seperti tempat menunggu bas yang telah bocor dan lampu-lampu jalan yang malap.
2.     Prosuder perlu dilakukan mahasiswa yang ingin melaporkan sebarang kerosakkan dan aduan terhadap kemudahan di kolej dan fakulti.
3.     Tindakan pihak JPP berkenaan isu tanah runtuh yang kerap berlaku kebelakangan ini.
Respon balas dari pihak JPP terhadap isu yang dibangkitkan MPP PMUKM:
1.     Pihak JPP akan mengadakan penilaian semula terhadap tempat menunggu bas dan akan segera membaiki jika terdapat sebarang kerosakan. Lampu jalan yang malap akan digantikan dengan lampu baru. Pihak JPP telah menambah lampu spotlight di tempat-tempat yang sunyi dan gelap.

2.     Pelajar yang ingin membuat laporan  kerosakkan infrastuktur di kolej, pelajar boleh membuat laporan kepada pihak Pentadbiran Kolej. Bagi kerosakan di fakulti, boleh laporkan kepada pentadbiran fakulti. Sistem online turut disediakan untuk para pelajar menyalurkan aduan mereka. Pelajar hendaklah sertakan gambar, nama tempat dan perincian tentang masalah yang diadukan untuk memahkan pihak JPP mengenalpasti. e-FACt

3.     Pihak JPP telah mengenalpasti tempat-tempat berlakunya tanah runtuh. Pihak universiti juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat punca berlakunya tanah runtuh. Pihak JPP meminta agar mahasiswa yang mlihat tanda-tanda awal yang boleh membawa kepada tanah runtuh segera menghubungi HOTLINE JPP di talian 03-89213333
Sebarang makluat lanjut berkaitan dengan JPP boleh rujuk pada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan.
RAMAH MESRA MPP PMUKM BERSAMA JABATAN BENDAHARI 
21- Nov - Seramai 7 orang MPP PMUKM telah mengadakan lawatan ramah mesra ke jabatan bendahari. MPP PMUKM diwakili oleh MPP Muhammad Syafiq Bin Md Isa, MPP Mufaddal Bin Mustansir, Mpp Azrai Bin Ahma Zamri, MPP Arief Bin Othman, MPP Nur Afifah Bt Abd Rahim, MPP NurHidayah Binti Juhari dan MPP Nur Izati Bt Othman. Pihak Jabatan Bendahari diketuai oleh Haji Mohd.  Abd Rashid Mohd Fadzil, Bendahari UKM.

Bendahari UKM, Haji Mohd Abd Rashid Mohd Fadzil turut serta dalam ramah mesra bersama PMUKM

           Perkara berbangkit daripada pihak Jabatan Bendahari:
1. Kerelevanan yuran kolej yang puratanya bagi kolej biasa dengan kadar RM2.50 bagi setiap pelajar.
          Perkara berbangkit yang dibawa oleh MPP PMUKM:
1        1. Tender mesin air dan mesin basuh kolej kediaman yang kian diabaikan   pemantauannya. Tender mesin air dan mesin basuh ini berada di bawah pantauan pihak bendahari UKM dan sehingga kini masalah tender masih berlaku. Respon pihak bendahari: Berjanji akan menyelesaikan isu ini segera. 
2       2. Isu perkhidmatan bas rengit: MPP PMUKM telah menyerahkan 200 aduan pelajar kepada pihak bendahari untuk mereka menilai pandang sisi mahasiswa berhubung isu bas rengit dan PMUKM berharap penambahbaikkan perkhidmatan Transrengit dilakukan segera, kami meminta pihak bendahari menilai semula perjanjian tender dengan pihak Rengit. 
3       3.Isu OKU dan yuran semasa latihan ilmiah juga turut menjadi topik bualan kami  secara ringkas. 
PMUKM berharap agar perhubungan positif ini akan lebih erat untuk memudahkan urusan berkaitan kebajikan mahasiswa. Maklumat lanjut mengenai Jabatan Bendahari an perkhidmatan yang disediakan rujuk Jabatan Bendahari.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

MAJLIS PENUTUPAN SUKEM '12

Para peserta perbarisan SUKEM
 22 Nov 2012 – Hari ini, merupakan satu lagi detik kemanisan bagi warga Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pada tarikh tersebut telah berlangsungnya majlis penutupan SUKEM bagi meraikan para atlit yang berhempas-pulas untuk beroleh kemenangan dalam acara-acara SUKEM sebelum ini. Bibir tersenyum, hati tertawa saat menghadiri majlis gilang-gemilang ini apabila melihat telatah  penyokong-penyokong atlit dan juga maskot-maskot yang  berbakat sekali dalam melakukan aksi-aksi spontan sehingga menggamit hati penonton. Bukan itu sahaja, kilauan cahaya yang berwarna-warni dari pakaian para peserta perbarisan disertai pula dengan cahaya gemerlapan dari setiap penjuru stadium turut mencorak suasana yang amat ceria dan mampu memberikan kenangan indah yang tidak mampu dilupakan bagi sesiapa sahaja yang menghadirinya.

Senyuman semakin melebar tatkala bonda tercinta Naib Canselor Y.Bhg. Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin memberikan janji untuk mempertimbangkan dana bagi kemudahan sukan di kolej-kolej dan PMUKM pasti itu merupakan satu mesej tersirat supaya mahasiswa UKM meminati sukan di samping meningkatkan kualiti sukan UKM. Walau ceria suasana, walau gembira tak terkata saat itulah keinsafan datang menjelma apabila melihat peserta perbarisan dari Kolej Keris Mas mengibarkan banner yang terpampang jelas ‘FREE GAZA’  lantas mengingatkan penonton tentang penderitaan dan kesengsaraan rakyat-rakyat Palestin yang seperti tiada kesudahan. Kemuncak majlis diiringi dengan persembahan bunga api yang berwarna-warni menandakan tamatnya majlis yang julung-julung kali diadakan ini.

Akhir kata,PMUKM mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada Kolej Aminuddin Baki yang merangkul juara keseluruhan dalam SUKEM 2012 ini serta para pemenang,tidak lupa juga kepada para penganjur SUKEM yang berpenat lelah dalam usaha untuk memberikan kualiti yang tebaik sepanjang SUKEM dijalankan,kepada peserta-peserta kolej terutamanya peserta-peserta dari Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Tun Syed Nasir yang sanggup hadir ke UKM Bangi walaupun berjauhan. Tahniah juga kepada pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaan, Muhamad Faiz kerana berjaya merangkul emas dalam acara catur berpasukan. Pesanan ringkas dari PMUKM.. jika letupan bunga api mampu gegarkan satu UKM..!!  maka sehebat itu juga kita akan gegarkan seluruh IPT..!! PMUKM yakin dengan kualiti-kualiti atlit yang ada ini mampu memberikan saingan hebat kepada IPT-IPT lain dalam acara SUKIPT dan MASUM kelak. Ayuh..!! Atlit hebat..!! UKM dasyat..!! sekian.

MPP Faiz bersama warga UKM dan trofi kemenangan

Free GAZA..! ,kata warga KKM

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI