Rabu, November 14, 2012

SALAM MA'AL HIJRAH 1434H/2012M



SALAM MA'AL HIJRAH...."Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.."

Tanggal 1 Muharram merupakan detik bersejarah buat umat islam dan merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat islam. Di sebalik tarih tersebut, tersingkap sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat dalam mempertahankan agama islam. Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikmah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat terkandung di dalam hijrah Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman dalam hidup? Saban tahun kita meraikan sambutan Ma'al Hijrah, namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. 

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat, dari sudut istilah, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Sesungguhnya, di sebalik peristiwa hijrah terkanung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita peroleh. Soalnya, sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan ma'al hijrah dalam memberi kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, orang yang beruntung adalah  mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.

Marilah kita sama-sama menjadi mereka yang beruntung dan bermuhasabah, sudah sejauh manakah perjuangan hidup kita untuk tegakkan agama Allah di muka bumi ini.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI