Presiden & Speaker PMUKM Buat Aduan Masalah Air Kepada Adun Bangi
11 Jan - Pejabat Adun Bangi semalam telah menerima kunjungan Jawatankuasa Bertindak Menuntut Air (TUNTUT AIR) Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang diwakili saudara Ahmad Muzzammil (Presiden PMUKM) dan Arif Misrol (Speaker PMUKM) telah datang membuat aduan dan memohon penjelasan masalah air yang berlaku sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.
Kedatangan ke Pejabat Adun tersebut ekoran gangguan air di UKM telah beberapa hari berlaku. Mereka menyatakan kerisauan, kerana pada bulan ini kebanyakan mahasiswa di UKM sedang menjalanni peperiksaan akhir semester 1 Sesi 2011/2012.
Aduan yang sama Adun Dr Shafie terima dari penduduk setempat memaklumkan:
Saya ingin memaklumkan telah menghadapi gangguan air on-off sejak 5 – 6 hari. Minta bantuan YB untuk membuat susulan di atas gangguan ini, tanpa notis dan makluman awal oleh Syabas amat menyusahkan kehidupan. Saya mahu tahu bila lori bekalan air akan tiba untuk memberikan talian hayat bagi saya dan keluarga. Sampai bila gangguan ini akan berlarutan ? Mohon bantuan segera dari YB.
Sebenarnya kita mempersoalkan pada musim hujan yang hanya beberapa hari tak hujan, maka sepatutnya air adalah banyak. Tetapi jawapan dari Syabas ialah pengeluaran air tidak dapat menampung permintaan bekalan air.
Menurut Siaran Media Syabas:
"Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) memaklumkan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan (LRA) Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan bekalan air, walaupun loji-loji tersebut telah beroperasi pada tahap maksimum. Akibat dari kejadian ini, beberapa kawasan di Daerah Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah."
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
KUALA LUMPUR - Petanda awal krisis bekalan air di Lembah Klang yang dijangka berlaku pada 2014 kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda apabila 2.2 juta penduduk di empat kawasan kini menghadapi gangguan bekalan akibat penggunaan melebihi pengeluaran sejak awal tahun ini.
Akibat daripada itu, dua buah loji utama yang membekalkan air di Lembah Klang iaitu Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kini terpaksa beroperasi melebihi kapasiti sebenar untuk menampung bekalan ke daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat.
Difahamkan, jumlah pengeluaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat meningkat kepada 468 juta liter sehari berbanding kapasiti sepatutnya hanya 386 juta liter sehari (JLH) manakala bagi LRA Sungai Semenyih meningkat kepada 682 JLH berbanding kapasiti reka bentuknya hanya 545 JLH.
Pada 5 Januari lalu, empat kawasan berkenaan mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual secara tiba-tiba dan mungkin akan berulang pada masa akan datang.
Kawasan berkenaan mendapat bekalan daripada dua loji utama iaitu LRA Sungai Langat dan LRA Sungai Semenyih yang masing-masing diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn. Bhd. (Puncak Niaga) dan sebuah anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS).
Punca utama gangguan bekalan air itu adalah disebabkan kadar pengeluaran air yang terhad di LRA Sungai Langat dan LRA Sungai Semenyih.
Rujuk capaian di blog PMUKM di bawah tajuk PMUKM tubuh TUNTUT AIR, dapatkan penjelasan krisis air di UKM
Menurut Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, keadaan seperti itu akan terus berlaku dari semasa ke semasa ekoran tahap pengeluaran air di dua loji berkenaan sudah tidak mampu menampung permintaan yang semakin meningkat.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Menurut Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, keadaan seperti itu akan terus berlaku dari semasa ke semasa ekoran tahap pengeluaran air di dua loji berkenaan sudah tidak mampu menampung permintaan yang semakin meningkat.
Secara logiknya adakah penukaran paip air besar-besaran dua tahun lepas nampaknya tak memberi kesan pada penyaluran air?
Adalah amat malang jika jalan mudah diambil dengan menyusahkan bekalan air, agar rakyat marah dan imej kerajaan rosak yang menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat. Kita harap perkara ini tidak benar dan kepentingan rakyat diutamakan. Jika benar ada gangguan pastikan tindakan mengatasinya diambil segera.
Alasan pengeluaran tidak dapat menampung permintaan, permintaan air meningkat, malah turut diberi hujah tentang raya Cina yang belum berlaku yang dikatakan mulai banyak digunakan air.
Kita juga berharap pihak berkuasa khususnya di pihak kerajaan dapat memantau dakwaan-dakwaan yang dibuat tentang kebenaran gangguan berterusan, jangan sampai menyebabkan rakyat marah dan menentang pihak kerajaan.
Sumber berita :
> Presiden & Speaker PMUKM Buat Aduan Masalah Air Kepada Adun Bangi
> Petanda krisis 2014 mula dirasai
Sumber berita :
> Presiden & Speaker PMUKM Buat Aduan Masalah Air Kepada Adun Bangi
> Petanda krisis 2014 mula dirasai