Ahad, Januari 16, 2011

Secebis bingkisan buat rakan-rakan mahasiswa UKM yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah

Sumber : e-Pelajar

Berikut adalah rakan-rakan kita yang telah telah meninggal dunia. Ucapan salam takziah penuh ikhlas kepada keluarga mereka daripada MPP Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM).


12/11/2010
(Ahad)

NORHIDAYU BINTI YAAKOB
A128628 FSSK/2

Dukacita dimaklumkan bahawa pelajar Norhidayu binti Yaakob FSSK/2 dari Kolej Ibrahim Yaakob, mengalami kemalangan jalanraya di KM63 Jalan Klang Teluk Intan, Tg. Karang (Kemalangan motosikal dengan Traler) semasa perjalanan dari UKM –Sekinchan Selangor pada 12/11/2010 dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarhamah dikebumikan di kampungnya Parit 12, Sg. Nibong 45400 Sekinchan Selangor.







SITI ESAH MOHAMED
A125775 FPI/3

Dukacita dimaklumkan bahawa pelajar Siti
Esah Mohamed FPI/3 dari Kolej Ungku Omar, mengalami kemalangan Jalanraya di Gua Musang, Kelantan (Kemalangan kereta dengan treler) bersama rakannya Maisarah binti Md. Ghazali semasa perjalanan dari UKM – Kelantan pada 12/11/2010 jam 4.00 petang. Arwah dimasukkan ke Hospital Kuala Krai Kelantan dan meninggal dunia pada 13/11/10 jam 11.45 pagi.

Allahyarhamah dikebumikan di kampungnya di Kg. Permatang Rambai, 16800 Pasir Puteh, Kelantan





23/12/10
(Khamis)



SITI NABILAH BINTI ANUAR
A133410 FST/1

Dukacita dimaklumkan bahawa pelajar Siti Nabilah Binti Anuar FST/1, dari Kolej Keris Mas, mendapat kemalangan jalanraya di Jalan Reko, Kajang Selangor dan telah kembali ke rahmatullah pada 23 Disember 2010.

Allahyarhamah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid UKM. Allahyarhamah di kebumikan di Kg. Bukit
Changgang, Banting Selangor pada 23/12/10 jam 4.00 petang





2/01/2011
(Ahad)


NORIMANISAH BINTI OMAR
A123934 FSSK/3

Dukacita dimaklumkan bahawa pelajar
Norimanisah binti Omar dari Kolej Keris Mas,
mengalami kemalangan Jalanraya pada
2/1/2011 jam 4.00 petang, di Parit 8
Sekinchan Selangor dan meninggal dunia
di tempat kejadian.

Allahyarhamah dimandikan di Hospital
Sabak Bernam Selangor dan dikebumikan
di alamat 43 A- Kampung Kuala Akob,
21700 Kuala Berang Hulu Terengganu.
Terengganu pada 3/1/2011 jam 1.00 pagi