Jumaat, Jun 15, 2012

Polis Perkenal Sistem Web Menjelang Ogos Ini

PETALING JAYA, 14 Jun (Bernama) -- Polis telah bersedia untuk memperkenalkan satu sistem berasaskan web bagi membolehkan orang awam memantau laporan yang dibuat dengan pasukan keselamatan itu menjelang akhir Ogos ini.


Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata sistem itu, yang bertujuan meningkatkan perkhidmatan awam, akan memaparkan butiran perkembangan siasatan polis.


Idris, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata sistem itu mudah bagi orang ramai kerana ia boleh diakses daripada rumah.


"Semua menerusi internet...anda tidak perlu menghubungi balai polis kerana semua maklumat akan dimuat naik ke dalam sistem itu," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat oleh polis Selangor mengenai pelaksanaan sistem penarafan kajian pelanggan (CSR) di ibu pejabat polis daerah Subang Jaya hari Khamis.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Perubahan