Di dalam kesibukan aktiviti kemahasiswaan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) dan Pesta Konvokesyen UKM pada minggu ini, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) tetap tidak mengabaikan agenda kebajikan rakan-rakan mahasiswa.
Terbaru PMUKM melalui ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi kerusi Fakulti Undang-Undang (FUU) telah mengemukakan permohonan peruntukan bas bagi mahasiswa Fakulti Undang-Undang di Kolej Burhanuddin Helmi (KBH).
Permohonan khas ini kerana terdapat seramai 58 orang mahasiswa tahun satu FUU yang menetap di KBH menyebabkan kesesakan di dalam bas Zon U yang turut mengambil pelajar dari kolej-kolej lain. Tambahan pula lokasi FUU yang jauh menyukarkan pergerakan pelajar untuk ke sana.
Adalah diharapkan permohonan khusus mahasiswa Fakulti Undang-Undang ini bakal mendapat perhatian daripada pihak Unit Kenderaan.
Isnin, September 19, 2011
Permohonan Bas Untuk Mahasiswa FUU di Kolej Burhanuddin Helmi
16:41
Persatuan Mahasiswa UKM Sesi 2014/2015