Bangi, 19 Sept – Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) membuka tirai hari ini dengan lebih 30 buah persatuan induk dan khusus hari ini sama-sama terlibat dalam pameran di Pusanika bermula hari ini.
Seorang mahasiswa tahun satu dari Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) , saudara Faizul berkata, beliau teruja dengan aktiviti M3P yang pertama kali dilaluinya.
“Pengalaman pertama saya (apabila) didekati (oleh) ramai senior yang mengajak daftar persatuan masing-masing. (Mungkin) kaedah promosi yang unik (akan menggamit) pelajar-pelajar untuk daftar (kelab terbabit), “ ujar beliau yang juga merupakan penghuni Kolej Ungku Omar.
Anne, mahasiswi dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) yang juga dari tahun 1 berkata, “(Pada) mulanya saya ingin daftar Artisukma sahaja, tapi bila datang sini (Pusanika), macam-macam persatuan nampak macam menarik (untuk disertai).”
Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) merupakan aktiviti rutin persatuan pelajar di awal semester. Selain di Pusanika untuk persatuan-persatuan khusus dan berbentuk keagamaan, persatuan-persatuan di fakulti turut membuka keahlian kepada semua mahasiswa-mahasiswi khususnya yang baru mendaftar awal bulan ini.
Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) ini bermula hari ini, 19 September hingga 23 September.
Majlis perasmian M3P ini dijadualkan pada hari Rabu, 21 September pada pukul 2.00 petang di Dataran Pusanika, aras 4 bangunan Pusanika.
Majlis perasmian M3P ini dijadualkan pada hari Rabu, 21 September pada pukul 2.00 petang di Dataran Pusanika, aras 4 bangunan Pusanika.