Khamis, September 15, 2011

Siswi FKAB Patah Kaki Dikejar Anjing

Bangi, 14 Sept - Satu kejadian telah menimpa seorang siswi dari Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina tahun 2, saudari Nurul Nadiah bt Mohd Sanusiy awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku ketika saudari Nadiah baru pulang dari solat Subuh dan sedang menuju bilik rakan beliau di blok 8C, Kolej Ungku Omar apabila seekor anjing yang tiba-tiba berada di bahagian atas tangga kecil yang menuju blok 7B dan 8C KUO menyalak dan kelihatan mahu menerkam mangsa.

Keadaan tangga yang kecil dan tidak sesuai digunakan menyebabkan mangsa yang terperanjat tiba-tiba terjatuh dari bahagian atas tersebut mengakibatkan dia patah tulang di bahagian paha kiri/

Seorang siswi dari bilik berhampiran blok 7B tersebut menyedari hal tersebut segera membantu mangsa. Tetapi dengan keadaan mangsa yang dilihat mengalami kepatahan, segera menghubungi pihak felo dan pentadbiran kolej.

Pihak pentadbiran kolej segera menghubungi Hospital Serdang dan pihak ambulans datang lebih kurang 6.30 pagi.

MPM Nurul Mardhiah selaku Biro Kebajikan & Aduan bersama-sama saudari Muslimah bt Marsi (Naib Presiden 2 -Hal Ehwal Siswi) PMUKM sempat menziarahi mangsa tengahari semalam.
 



Saudari Nadiah telah dipindahkan ke Hospital Temerloh lewat tengahari semalam menggunakan van UKM.