Isnin, September 19, 2011

Taklimat LC Berjalan Lancar

Lebih daripada 200 orang mahasiswa telah menghadiri Taklimat Penerangan Perlaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran (Learning Contract - LC) yang baru selesai sebentar tadi.


Taklimat yang dikendalikan oleh PM Dr Khaidzir bin Ismail selaku Pengarah Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP) berjaya memberi penjelasan yang terperinci kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru ingin mengenali silibus kokurikulum yang baru diperkenalkan awal tahun ini.



Program anjuran PMUKM tersebut telah dihadiri saudara Presiden Ahmad Muzzammil; Timbalan Presiden Mohd Abdullah; Naib Presiden 4 saudara Ikram bin Darus dan saudari Aida Rahayu selaku Exco Informasi & Penerangan PMUKM.