Rabu, September 01, 2010

Salam kejayaan, semoga dipermudahkan!




MPP Mahasiswa dengan berbesar hati mengucapkan selamat menghadapi musim peperiksaan pertengahan semester kepada semua mahasiswa UKM Kampus Kuala Lumpur. Diharapkan
kita semua dapat memperbetulkan niat untuk berjuang di jalan akademik ini.

Sedikit pesanan buat pedoman, telah dirakamkan di dalam Kitab Suci Al-Quran bahawa;

dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi

(Al Baqarah:30)

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Az-Zariyat:56)

Justeru, MPP Mahasiswa ingin berpesan kepada semua mahasiswa supa menjaga hubungan kita dengan Allah, sesama manusia dan sesama makhluk.




'Strive hard strive smart'!!

Semoga berjaya buat semua!!