Sabtu, September 04, 2010

MPP Fahmi : Hati-Hati Balik Kampung, Kirim Salam Keluarga

Bangi , 4 Sept – MPP Mahasiswa, Wan Ahmad Fahmi b Wan Abdul Hamid mengingatkan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar berhati-hati apabila pulang ke kampung.

"Saya memohon kepada rakan-rakan agar berhati-hati ketika memandu kereta, motorsikal serta menjaga keselamatan barang-barang dan diri semasa perjalanan pulang menaiki bas atau pengangkutan awam lain,moga-moga kita selamat pulang dan kembali "ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengirimkan salam kepada seluruh keluarga rakan-rakan mahasiswa, semoga berada dalam sejahtera hendaknya sempena menyambut kedatangan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidil Fitri bagi seluruh umat Islam.

"Saya juga mendoakan agar rakan-rakan mahasiswa selamat pulang berhari-raya dan dijauhkan dari segala musibah moga-moga dipermudahkan-Nya dalam segala urusan" tambah beliau.

Untuk makluman, UKM bakal bercuti bermula 8 September ini sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan bakal dibuka kembali pada 20 September.

MPP Mahasiswa juga melalui blog rasmi ini ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431 H. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu ini banyak memberi hikmah dan pengajaran kepada kita supaya matlamat akhir kita mencapai tahap bertaqwa bakal tercapai.

Salam Syawal.