PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, Ogos 19, 2011

DIMENSI BARU PESTA KONVO UKM 39

Assalamuaalaikum  w.b.t , salam sejahtera dan salam mahasiswa
                
Objektif yang cukup jelas, pesta konvo merupakan aktiviti mega saban tahun yang dilaksanakan di seluruh Universiti bertujuan untuk meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pembelajaran di perbukitan ilmu ini.

Khamis, Ogos 18, 2011

Tangani kontroversi elak perpecahan kaum - MPM Noraini


Ada sesuatu yang sedikit menganggu fikiran saya kini, selepas mengikuti beberapa perkembangan di media massa arus perdana kebelakangan ini.  Saya melihat perihal ini juga mengganggu fikiran beberapa rakan di luar sana, dengan kondisi kita yang kini berada di bulan penuh barakah bagi umat Islam, iaitu bulan Ramadhan yang mulia ini.

Saya bersetuju dengan pandangan rakan MPP saya, saudara Wan Ahmad Fahmi  dalam ucapannya bahawa sebagai umat Islam yang berpegang dengan ajaran agama yang meraikan semua manusia yang diciptakan berbeza-beza dari sudut bahasa, warna kulit, pengalaman budaya dan tidak terkecuali berbeza dari sudut kepercayaan beragama.,maka proses berkenalan dan memahami (at-ta'aruf & at-tafahum) akan membentuk sikap saling menghormati (at-takaful) sesama manusia sebagai langkah awal pencegahan dalam menghindari permusuhan selain dapat meleraikan persengketaan yang ada. (Baca artikel beliau di sini )

Terbaru insiden yang terjadi di media arus perdana, iaitu iklan komersil di televisyen dan ‘menu hidangan berbuka’ yang sedikit kontroversi dilihat oleh saya secara peribadi sebagai tindakan yang tidak seharusnya berlaku. Namun begitu, sebagai Muslim yang menjadi majoriti penduduk di Malaysia, kita juga tidak harus melatah dan bertindak ‘menyerang’ tanpa menyelidik terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku. Tindakan kurang matang ini dilihat juga lebih kepada memburukkan keadaan kerana mungkin di sebalik insiden ini, masih ramai rakyat bukan Islam di luar sana yang sebenarnya masih tidak memahami perkara-perkara yang menjadi ‘taboo’ atau sensitif bagi rakyat Malaysia beragama Islam.

  NONE    

Sebagai Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan PMUKM, saya lebih gemar untuk membawa rakan-rakan melihat insiden ini dari sudut pandangan yang lain. Cuba kita lihat, insiden ini adalah bukti bahawa hubungan antara kaum di Malaysia ini masih di tahap memuaskan, dan perlu banyak dibaiki lagi. Jika kita selidiki, insiden ‘iklan kontroversi’ di musim perayaan juga pernah berlaku pada tahun lalu, dan telah ditarik balik setelah didesak oleh rakyat Malaysia. Ironinya perkara ini masih berlaku pada tahun ini. Justeru itu, saya mengesyorkan lebih banyak program-program berbentuk silang budaya dapat diadakan di segenap peringkat agar kita semua selaku warganegara Malaysia dapat memahami antara satu sama lain sebelum timbul insiden-insiden yang bakal menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara tercinta hari ini. Sebagaimana yang diulas oleh Stephen Covey dalam buku beliau “7 Habits Of Effective People” , kita perlu mengamalkan sikap ‘seek first to understand, then to be understood’

Saya juga berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang komplikasi di masa hadapan. Biarpun ada segelintir pihak yang beranggapan ini merupakan isu penting bagi umat Islam untuk pertahankan, saya lebih memilih agar ianya dikira sebagai isu yang masih boleh dikawal dan dibetulkan dengan sesi dialog dan program-program yang membentuk kefahaman tentang adat resam dan budaya kaum-kaum di negara ini.  Saya juga menyeru agar perkara ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang  dan memohon agar semua pihak berhati-hati dalam merencanakan sesuatu agenda untuk kepentingan bersama.

"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"


Noraini Binti Jumahir
Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan
Persatuan Mahasiswa UKM 10/11

Rabu, Ogos 17, 2011

Maklum Balas KPM Berkaitan Isu Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT)

Pihak KPM telah memberi respon berhubung dengan tindakan MPP Mohamad Timbalan Presiden PMUKM, MPP Ezzuan Setiausaha Agung PMUKM, MPP Izzuddin Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM dan Afham YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM (PENDIDIK) memohon penjelasan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 1 Ogos 2011 lalu, (rujuk sini).

 Respon surat bernombor rujukan KP(PP)0017/122/34/4 Jilid 2(9) bertarikh 3 Ogos 2011/ 3 Ramadhan 1432H menyatakan bahawa isu permohonan penempatan Guru Sandaran Terlatih yang masih belum dibuka sehingga kini mempunyai perkaitan dengan pembekuan jawatan yang diselaraskan dengan keputusan JPA melalui surat rujukan JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld. 3(17) bertarikh 20 Mei 2011.

Selain itu, respon mengenai pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih yang ditawarkan mengikuti kursus sebelum diserapkan ke jawatan tetap. Jawapanya ialah tawaran KPM kepada 13000 GSTT untuk mengikuti latihan perguruan adalah merupakan program “On-Off” yang diaksanakan oleh pihak Kerajaan kerana menghargai jasa dan sumbangan GSTT yang telah berkhidmat melebihi 2 tahun di sekolah-sekolah KPM.

Disamping itu, MPP Fakulti Pendidikan UKM merangkap Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan PMUKM telah berhubung dan berjumpa sendiri dengan Ketua Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Maklumat KPM En. Amran bin Abdullah pada 11 Ogos 2011 mengenai perkara tersebut. Beliau menjelaskan dengan lebih terperinci. Respon beliau, perkara ini berkaitan dengan masalah ekonomi dan lambakan guru dan penawaran bidang pendidikan yang banyak  ditawarkan di IPG, Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta dan pengambilan kursus perguruan. Secara lanjutnya, boleh rujuk kepada Rancangan Malaysia Ke -10 dalam bab ke-5. Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru. Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA.

Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.
Hal ini telah berlaku banyak perubahan isu pendidikan disebabkan oleh keadaan zaman yang berbeza. Menurut beliau lagi, Malaysia sedang kearah mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Apabila ditanya mengenai tarikh pembukaan permohonan Guru Sandaran Terlatih, beliau menjawab ianya bergantung kepada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Menurut beliau, sekiranya tidak ada masalah, permohonan tersebut akan dibuka pada pertengahan atau hujung bulan september dan calon-calon akan layak akan ditemuduga pada bulan 11. Ini mungkin merupakan ambilan terakhir sebelum ditukarkan  kepada Sistem Pasaran Terbuka”. 

Kesimpulannya, bakal graduan Fakulti Pendidikan perlulah meluaskan pemikiran minta supaya tidak terikat dengan kerangka sekolah saja. Bakal Graduan perlu mencari peluang dan ruang yang lain seperti skim pensyarah Politeknik DG41, guru di Maktab Rendah Sains Mara dan banyak lagi peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Selasa, Ogos 16, 2011

Harga kolej naik ?

Assalamu'alaikum, salam Ramadhan, salam sejahtera, dan salam mahasiswa.

Meneruskan agenda kebajikan mahasiswa, pihak PMUKM bersedia terkehadapan membawa isu-isu kebajikan mahasiswa ke peringkat pentadbiran Universiti. Terbaru, PMUKM juga cakna akan isu yang hangat dibincangkan di laman sosial, Facebook rakan-rakan UKM berkenaan yuran kolej yang dikatakan sudah dinaikkan.

Untuk makluman rakan-rakan, sebagaimana yang telah dilaporkan di blog ini pada awal bulan ini berkenaan isu harga yuran kolej kediaman telah selesai diajukan kepada pihak pentadbiran UKM, khususnya Unit Perumahan Pelajar (UPP) dan Bendahari UKM. Justeru itu, dengan isu terkini yang dikatakan yuran kolej telah naik dilihat juga telah selesai dan tidak perlu digembar-gembur lagi. Ini kerana pihak UKM telah berjanji untuk membuat pengumuman berkenaan harga yuran kolej kediaman bagi sesi pengajian 2011/2012 akan datang dalam masa terdekat sebagai makluman rasmi kepada semua mahasisw

Speaker PMUKM saudara Arif bin Misrol dalam komen beliau di Facebook telah memaklumkan bahawa pihak Bendahari sepatutnya mengeluarkan senarai harga yuran kolej kediaman di UKM pada minggu ini, tetapi masih belum dapat mengeluarkannya kerana sedang membuat perbandingan dengan harga kolej kediaman di IPTA yang lain.



Berkenaan cakap-cakap yang mengatakan PMUKM lewat membawakan isu ini, kami di PMUKM ingin memohon rakan-rakan merujuk laporan berkenaan yuran kolej kediaman di UKM di blog ini pada awal bulan ini. Laporan tersebut jelas buktimanifestasi tindakan pihak PMUKM yang proaktif dan tidak 'duduk berpeluk tubuh' atau bersetuju bulat-bulat dengan pihak pentadbiran Universiti. 

Untuk makluman rakan-rakan, pihak PMUKM kini giat mengadakan siri-siri perbincangan dengan pihak pentadbiran UKM serta dalam proses meneliti kewajaran harga kolej kediaman yang terkini, sama ada ia berkurangan atau bertambah berbanding harga yuran kolej sebelum ini.

Di sini, pihak PMUKM ingin menegaskan bahawa kita sebagai wakil suara mahasiswa bersedia membawa apa-apa isu dengan tindakan yang matang dan profesional demi kepentingan kedua-dua pihak; mahasiswa dan pentadbiran Universiti tanpa perlu mencetuskan provokasi. 

Justeru itu, diharapkan isu ini tidak perlu digembar-gembur atau ditokok-tambah sehingga mencetuskan suasana tidak tenang di kalangan rakan mahasiswa yang sedang berada di kampung halaman.

Pihak PMUKM juga berjanji akan segera memaklumkan sebarang perkembangan terkini berkenaan isu ini di blog ini dan group laman sosial Facebook PMUKM.

Teruskan bersama kami di PMUKM !


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

Tabung Bencana Tanah Runtuh Cameron Highland

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Pengumuman terkini, lanjutan peristiwa tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highlands sebagaimana yang dilaporkan di blog ini awal minggu lalu, pihak UKM melalui Pejabat Hal Ehwal Industri & Masyarakat UKM telah menyediakan tabung untuk kutipan sumbangan kepada mangsa bencana.


Kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada mangsa bencana tanah runtuh Kampung Sungai Ruil, Cameron Highland boleh berbuat demikian dengan menyerahkan sumbangan di Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat di Aras 5, Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM Bangi atau menghubungi pihak pejabat di talian 03-89214653. 

Semoga dengan sumbangan kita dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pihak keluarga mangsa.