PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, Jun 15, 2012

UKM Menangi Kejohanan Kriket Undangan Universiti Antarabangsa Kali ke-5


http://www.ukm.my/news/images/stories/Campus2012/KriketKe-51.jpg
Oleh Nur Azimah Mahmood
Foto Muhammad Izwan Azman

BAYUEMAS OVAL KLANG, 10 Jun 2012- Pasukan kriket Unversiti Kebangsaan Malaysia berjaya merampas kejuaraan Kejohanan Kriket Undangan Antarabangsa dari johan tahun lalu, University of Colombo, Sri Lanka yang berakhir di sini semalam.

Ia telah mengalahkan juara tahun lalu itu dengan 85 larian. Pasukan UKM mendapat 191 larian berbanding 106 di perolehi University of Colombo di perlawanan akhir kejohanan itu. Inilah kali kedua ia berjaya menjadi johan dalam lima tahun menganjurkan kejuaraan itu.

Selasa, Jun 12, 2012

PAP : Pengumuman Penting Pembangunan Insaniah (HHHC9118)




Dimaklumkan bahawa Pusat Akreditasi Pembelajaran sedang dalam proses pengemaskinian gred kursus kokurikulum. 

Sehubungan dengan itu, pelajar prasiswazah yang telah memenuhi 8 Kredit kokurikulum Kursus HHHC 9118 : Pembangunan Insaniah, termasuk pelajar yang mendaftar kursus kokurikulum lama (sebelum sesi kemasukan 2010-2011), dan pelajar yang mendaftar HHHX 1002 pada Semester 1 2010-2011 diminta ke pejabat Pusat Akreditasi Pembelajaran, Aras 5 Bangunan Pusanika dengan kadar SEGERA untuk memudahkan proses pengemaskinian gred .

Kerjasama dan perhatian saudara/i didahului dengan ucapan terima kasih.


Sabtu, Jun 09, 2012

PTPTN-Unisel: Sekadar uji Selangor, kata Khaled



PTPTN-Unisel: Sekadar uji Selangor, kata Khaled 
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2012
SHAH ALAM - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya sekadar ingin menguji sama ada Kerajaan Negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memansuhkan PTPTN dan menggantikan dengan pendidikan percuma jika diberi manfat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jumaat, Jun 08, 2012

Kerajaan Akan Terus Sediakan Pendidikan Berkualiti Tinggi Dan Berpatutan - Najib


KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus menyediakan pendidikan yang berpatutan dan berkualiti tinggi kepada pelajar, di samping mengimbangi keperluan rakyat dengan memupuk bakat masa hadapan.

Katanya pendidikan yang baik adalah penting bukan sahaja kerana orang ramai perlu diberi peluang mengembangkan pengetahuan mereka, tetapi juga kerana tenaga kerja mahir semakin diperlukan dalam ekonomi masa kini yang kian berkembang dan diterajui oleh teknologi maklumat.

Khamis, Jun 07, 2012

Perdana Menteri Malaysia Mesti Orang Melayu, Kata Tokoh Sejarah Negara




KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Malaysia mesti seorang Melayu yang beragama Islam walaupun tiada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu menjawat jawatan itu kerana majoriti penduduk negara ini adalah orang Melayu, kata seorang tokoh sejarah.

Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata semua orang mesti menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu (nama Malaysia sebelum merdeka) dan jumlah orang Melayu adalah majoriti berbanding kaum lain.

"Pihak British juga telah mengiktirafkan Malaysia sebagai 'Malay States' ketika negara belum mencapai kemerdekaan.