PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Ahad, Julai 03, 2011

PMUKM Sambut Baik Delegasi MPP UniSZA

Pada 29 Jun yang lalu, seramai 13 orang barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan kunjung mesra ke UKM bagi mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama MPP UKM. Lawatan yang bertemakan 'Ukhwah Fillah' ini telah memilih UKM sebagai salah satu lokasi jelajah mereka ke beberapa IPTA di semenanjung Malaysia untuk saling bertukar-tukar pandangan dan idea bersama barisan MPP di setiap universiti yang dikunjungi bagi memantapkan sesi kepimpinan masing-masing.



Delegasi dari UniSZA ini telah disambut oleh 6 orang barisan kepimpinan PMUKM sesi 10/11 yang diketuai oleh Setiausaha Agung PMUKM, Saudara Mohamad Ezuan Mohd Saad dengan kerjasama MPP Izzuddin Pisol, MPP Wan Ahmad Fahmi, MPP Helmi Othman, MPP Azidah Mashan dan juga MPP Noraini Jumahir. 

Sebelum sesi dialog dijalankan, MPP UniSZA telah dibawa melawat ke Galeri UKM dan Muzium Warisan UKM yang terletak di Bangunan Canselori bagi melihat pelbagai kejayaan dan sumbangan yang telah dicipta oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Tepat jam 10.00 pagi, kedua-dua peringkat kepimpinan UKM-UniSZA telah bersama-sama untuk duduk semeja di Bilik Mesyuarat Aras 5, Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) dengan membincangkan mengenai isu kebajikan mahasiswa di kedua-dua buah universiti. Pelbagai perkongsian telah diberi antara UKM dan UniSZA memandangkan isu kebajikan merupakan matlamat kepimpinan yang utama yang perlu ditangani.



Penyampaian cenderamata oleh Setiausaha Agung PMUKM, Saudara Ezuan kepada Presiden MPP UniSZA, Saudara Mohamad Isa.


Kami dari barisan PMUKM 10/11 mengucapkan terima kasih kepada MPP UniSZA atas kesudian untuk berkunjung ke UKM dan mengadakan sesi perbincangan bersama MPP UKM. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin akan berkekalan dan pelbagai kerjasama dapat dibentuk pada masa akan datang.

"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"

Teks Ucapan Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

Yang Berbahagia
Prof. Ir. Dr. Othman
Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal  Pelajar dan Alumni)
UKM

Yang Dihormati
En. Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM



Yang Berusaha
Saudara Ahmad Muzzammil Muhd Hairi
Presiden Persatuan Mahasiswa UKM

Saudari Siti Nur Hidayah Jaafar
Ketua Pengarah Program Majlis Pelancaran Logo, Laman Web Dan Watikah Perlantikan
Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM

Penasihat-Penasihat Pesta Konvokesyen Ke-39

Barisan Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa UKM

Barisan Majlis Pengurusan Tertinggi Pesta Konvokesyen Ke-39

Wakil-wakil Media

Seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian,

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam dengan izinNya kita  dapat bersama-sama berhimpun dalam majlis pelancaran logo, laman web dan penyampaian watikah secretariat sempena sambutan pesta konvokeseyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-39, tahun 2011. Selawat dan salam  ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa di atas segala limpah nikmat dan kurniaan-Nya yang  sehingga saat ini kita masih mampu  mengecapi pelbagai nikmat dan anugerah yang tidak terkira banyaknya. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa seharusnya mampu memberi berjuta input berharga dalam usaha mematangkan diri dan terus mendidik diri ke arah yang lebih baik.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian kalian semua untuk menghadirkan diri ke majlis penuh bermakna ini. Saya juga selaku pengarah eksekutif program dan mewakili barisan Majlis Tertinggi pesta konvokesyen kali ke-39 mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekretariat-sekretariat pesta konvokesyen yang telah menyumbangkan masa dan tenaga serta komitmen yang baik dalam menjayakan majlis perlantikan watikah kali ini. Saya yakin dan percaya, kerjasama semua eksekutif dan AJKD terhadap pesta konvo ke-39 melambangkan harapan dan sokongan kuat terhadap agenda perubahan yang lebih baik dalam teraju kepimpinan mahasiswa di UKM, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIR.

Bertemakan Apresiasi Melestari Kecemerlangan sebagai tema pesta konvokesyen kali ke-39 membawa makna  seorang mahasiswa yang hebat dan cemerlang bukan sahaja lahir daripada bilik-bilik atau dewan-dewan kuliah semata-mata, bahkan mereka juga lahir daripada lapangan kemasyarakatan. Segala ilmu yang diperolehi di dalam kampus haruslah diintergrasikan kepada masyarakat setempat yang memerlukan pimpinan yang fleksibel dan kompetensi untuk kehidupan sejagat. Maka jelaslah tema pesta pada kali ini  merupakan pencerahan semula kepada maksud kecemerlangan graduan lantas ditonjolkan dalam bentuk penghargaan di atas kecemerlangan yang dikecapi sebagai seorang graduan yang kompetens dari segenap aspek. Ia sejajar dengan misi tema itu sendiri iaitu melatih dan melahirkan individu yang berketrampilan, fleksibel dan dinamis.

Berpaksikan 4 dasar pmukm iaitu kelestarian agenda kebajikan mahasiswa, kebebasan akademik dan kedinamikan intelektual, pembangunan insan dan kepimpinan berintegriti dan kkeadilan sosial dan permuafakatan sejagat. Maka terciptalah sebuah logo pesta konvokesyen yang merangkumi tujuh elemen utama.  Setiap satunya membawa simbolik tersendiri. Pertama, Warna merah, kuning dan biru mewakili warna utama UKM, bunga raya merupakan bunga kebangsaan bagi Malaysia dan melambangkan perjuangan Universiti dalam memajukan Malaysia, ketiga nombor 39 menunjukkan pesta konvo yang diadakan ini merupakan kali ke 39, ke empat Ikon topi dan orang yang memegang ijazah simbol kejayaan  mahasiswa yang berjaya menamatkan pengajiannya di kampus, kelima daun dan batang melambangkan perpaduan pelbagai kaum hasil daripada pendidikan universiti dan keenam sijil pula adalah tanda apresiasi kepada graduasi yang telah berjaya dan yang terakhir adalah Apresiasi Melestari Kecemerlangan merupakan tema kali ini.

Pelancaran logo pesta konvo ke-39 ini adalah salah satu usaha yang berbentuk simbolik dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang berteraskan kepada agama sebagaiman yang dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pembangunan insaniah amat penting kerana merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Pembinaan warga muda terutamanya mahasiswa yang utuh keperibadiannya amat perlu dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Malik Bennabi, seorang tokoh sarjana islam ada mengatakan bahawa “segala-galanya bergantung kepada kedudukan generasi muda (mahasiswa). Jika lemah generasi muda ini, maka lemahlah masyarakat tetapi jika kuat generasi muda, maka kuatlah masyarakat yang dibina”.

          Program seperti ini juga sebenarnya dapat mengasuh minda ahli-ahli pesta konvo berfikiran kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang kami pelajari dan alhamdulillah kami mampu mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik dalam penciptaan logo mahupun laman web. Bagi melahirkan mahasiswa yang lebih kompetensi dan karismatis serta berakhlak mulia, mahasiswa siswi perlu diberikan pendedahan ilmu pengetahuan yang berbentuk kemahiran mahupun ilmiah serta perlu diselitkan nilai-nilai murni yang berterusan  ke arah  penjanaan generasi yang berakhlak dan mempunyai keperibadian yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan yang holistik serta berdaya saing dalam memenuhi pasaran kerjaya sama ada di dalam atau di luar negara.

Intisari-intisari program yang terdapat di dalam pesta konvo banyak mendedahkan ahli sekretariat ke bidang lapangan yang memerlukan kemahiran berkomunikasi untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Pertubuhan sesebuah organisasi yang dinamik dan sistematik dalam program sedemikian ini membuka peluang kepada ahli jawatankuasa pesta konvo mempelajari, meneroka dan mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi terutamanya dalam aspek pengurusan organisasi.

Selain itu juga, AJKD didedahkan dengan berbentuk kemahiran kendiri dalam pengurusan organisasi dan birokrasi pentadbiran UKM. Di antara program berbentuk softskill ialah bengkel komunikasi korporat yang disampaikan oleh cik Sarah Azizul, pengusaha Zaisara Enterprise dan bengkel pengurusan persembahan oleh pihak pusat kebudayaan UKM. Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak jabatan perkhidmatan pelajar dan jabatan pengurusan pelajar yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada ahli jawatankuasa dari bertatih hinggalah merangkak dalam memastikan pelaksanaan majlis pada pagi ini berjalan  lancar.

Saya yakin pesta konvokesyen ke-39 kali ini disambut dengan lebih meriah dan para pengunjung pasti terhibur dengan program-program menarik yang ditawarkan. Justeru, perlunya semua ahli jawatankuasa pesta sentiasa bersedia melengkapkan diri dengan kemahiran (skills), ilmu pengetahuan (knowledge) dan sifat-sifat peribadi (attitude) yang tinggi dalam menjayakan matlamat sebuah organisasi kelas pertama di UKM. Kami berjanji dengan tanggungjawab amanah yang telah diberikan, kami akan sentiasa memberi komitmen dan dedikasi dalam gerak kerja supaya dapat membuahkan program pesta yang berkualiti sebagai imej mahasisiwa UKM.

Sesungguhnya, kecemerlangan prestasi sebuah organisasi adalah bergantung kepada agregat kecemerlangan prestasi individu-individu dalam berorganisasi. Maka, pentingnya kami untuk sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan pihak pentadbiran universitti sebagai batu asas sumber rujukan ahli jawatankuasa pesta konvokesyen ke-39. Seiring dengan pembawakan tema kali ini, saya juga berazam untuk menjadikan program-program pesta sebagai satu wadah menyalurkan ilmu yang bermanfaat kepada warga UKM dan masyarakat sekeliling di luar sana. Ianya bertujuan untuk mengekalkan status kampus UKM sebagai pusat intelektual. Saya berharap kepada sekretariat, jadikanlah pesta konvo ini sebagai medium menimba pengalaman yang luas, yang tidak dirasai oleh pelajar-pelajar lain. kita akan menjadikan pesta konvokesyen kali ke-39 sebagai kenangan bersama yang tidak dapat dilupakan hingga ke akhir hayat.

Justeru, pentingnya kerjasama  semua sekretariat dengan bantuan pihak pentadbir UKM untuk kita sama-sama berganding bahu menjayakan  pesto konvo ke-39 ini dengan sungguh gilang-gemilang. Marilah kita mengambil pedoman dari surah An-Nahlu yang bermaksud “lebah”. Lebah adalah pekerja yang komited dan sentiasa bekerja keras. Sebaik saja ia keluar dari dari bilik menetas, lebah berpangkat pekerja ini mengosongkan dan membersihkan bilik sarangnya untuk diisi dengan telur-telur baru. Selepas berumur tiga hari, ia memberi makan larva dengan membawakan serbuk sari madu. Demikianlah hari-hari seterusnya, ia tetap komited dan istiqamah bekerja dengan penuh semangat dan bermotivasi tanpa sebarang ganjaran.

Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri dan bersendirian. Mereka bekerja secara kolektif, berpasukan dan amat setia kawan. Masing-masing ada tugas tersendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil kawan-kawannya untuk bersama-sama menikmatinya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan  feromon (suatu hormon) yang dikeluarkannya untuk memberi isyarat penggera bahaya. Isyarat ini bertujuan mengundang kawan-kawannya agar segera membantu dirinya yang sedang dalam kecemasan. Lebah pekerja tidak pernah melakukan kerosakan di pokok-pokok yang menjadi transitnya. Bahkan ia sentiasa membaik pulih kerosakan yang dilakukan oleh makhluk-makhluk lain dengan cara cepat dan tepat. Lebah yang berstatus tentera pula akan sedaya upaya mempertahankan sarangnya, biarpun nyawanya dipertaruhkan.

Ternyata tidak sia-sia Allah SWT mengabadikan serangga sekecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah dalam kitab suciNya iaitu An-Nahlu. Dan  kita adalah sebaik-baik makhluk manusia yang Allah ciptakan lebih mulia dari seekor lebah. Oleh itu, marilah kita sama-sama menterjemahkan rasa kesyukuran itu dengan membudayakan kecemerlangan bukan sahaja di dalam akdemik tapi juga dalam organisasi pesta konvokesyen demi menjaga nama baik UKM di persada kebangsaan, seterusnya mengungguli kegemilangan. Sama-samalah kita mencipta masa depan yang lebih gemilang demi masa depan mahasiswa siswi varisiti kita.

Wabillah hi taufiq walhidayah Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Sekian, terima kasih.


APRESIASI MELESTARI KECEMERLANGAN

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI




Pesta Konvo Kali ke-39 : Majlis Pelancaran Berjalan Baik

Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM ke-39 baru sahaja melangsungkan Majlis Pelancaran Logo, laman web dan penyampaian watikahnya bermula hampir jam 10 pagi tadi. Majlis ini diadakan di bawah anjuran Sekretariat Perhubungan Awam Pesta Konvokesyen yang diketuai oleh Saudari Nurul Hidayah. Alhamdulillah majlis yang dirasmikan oleh TNC HEPA, Prof Ir. Dr. Othman A.Karim berjalan dengan lancar. Turut hadir yang VIP yang turun padang, yang dapat meluangkan masa bersama-sama ke majlis tersebut ialah En.Musa, beberapa orang penasihat Pesta, barisan kepimpinan PMUKM dan Sidang Redaksi UKM.

Barisan Kepimpinan Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-39
Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku  dan Varsiti Kita. Kemudiannya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Pengurus Tadbir Pesta, iaitu Ahmad Shukran Shaharuddin. Logo Pesta kali ini yang ceria bukan hanya menarik untuk dipandang, tetapi mempunyai seribu makna tersurat dan tersirat. Saudara Mohd Faizal, sebagai Pengarah Eksekutif sempat menyatakan maksud logo didalam ucapannya pagi tadi. Pesta Konvokesyen kali ini yang bertemakan "Apresiasi Melestari Kecemerlangan", ahli Sekretariat Pesta Konvokesyen benar-benar optimis dan akan berkerja keras untuk merealisasikan visi dan misi Pesta Konvokesyen selari dengan temanya dan selaras dengan pembawakan PMUKM pada kali ini.
Logo Pesta Konvokesyen UKM ke-39
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Perasmi iaitu Timbalan Naib Canselor (HEPA) UKM dan gimik perasmian. Gimik perasmian yang berlangsung tadi sangat menarik hati semua hadirin. Bermula dengan persembahan silat, kemudiannya penyerahan keris kepada perasmi. Kemudiannya perasmi mendapatkan pedang untuk memotong kek Pesta Konvo. Kek seberat 5kg telah dipotong bersama-sama dengan VIP yang hadir menandakan Pesta Konvokesyen kali ke-39 telah rasminya dilancarkan.

Majlis berakhir hampir jam 12 tengahari selepas jamuan makan tengahari. Jutaan tahniah diucapkan kepada penganjur dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut hadir memeriahkan lagi majlis tadi. Moga-moga segala gerak kerja dan program-program yang bakal diadakan akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah hendaknya.

Untuk pengetahuan semua, esok (3 Julai) akan diadakan Mass Marketting disekitar Bandar Baru Bangi. Semua ahli sekretariat Pesta Konvo akan turun sekitar Bangi untuk mengumpul barang-barang terpakai seperti kertas, kaca, botol dan alat-alat elektrik yang telah rosak. Jadi diharapkan semua yang membaca dan mengikuti perkembangan Sekretariat Pesta Konvokesyen dapat sama-sama membantu menjayakan dan mewar-warkan berita ini  kepada orang ramai.

Pengarah Eksekutif, Sdra. Mohd Faizal
VIP jemputan
Ucapan Pengarah Eksekutif
Ucapan Perasmi, TNC HEPA
Upacara Gimik; Silat
Upacara Gimik; Pencarian Pedang
Upacara Gimik; Potong Kek
*Sumber gambar: FB Mohd Shafiq. Credit to Sidang Redaksi.

Jumaat, Julai 01, 2011

Laporan Lawatan PMUKM Ke JPP

JPP, 17 Jun: Lawatan Ramah Mesra PMUKM berakhir di Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) selepas beramah mesra dengan pihak Wisma Aman. MPP yang menyertai lawatan ini adalah MPP Wan Ahmad Fahmi, MPP Mohamad Ezuan dan MPP Izzuddin. MPP Mohd Faizal  dan MPP Muslimah yang sedang menjalani Latihan Industri JPP, diberi peluang untuk bersama-sama rakan MPP lain meluangkan masa beramah mesra dan berdialog dengan pihak pengurusan JPP.


PMUKM mengambil semaksimum ruang dan peluang dalam perjumpaan semi-formal ini. Segala permasalahan mahasiswa yang berada di bawah kuasa JPP diutarakan. Saudara Ezuan (MPP Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan Tahun 1/2 merangkap Setiausaha Agung PMUKM) mengambil peluang menyerahkan laporan kerosakan dan surat permohonan penambahbaikan kemudahan di fakultinya, begitu juga dengan Saudara Mohd Faizal bin Ahmad (MPP Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Tahun 3/4 merangkap Naib Presiden 3 PMUKM). 






Skop perbincangan tidak tertumpu di kawasan fakulti sahaja, namun keseluruhannya termasuk kolej dan isu kebajikan seperti isu air dan isu keselamatan mahasiswaa/i. Segala permasalahan yang berlaku dilaporkan dan dibincangkan terus dalam lawatan ini.


Perincian Hal Berbangkit


BIL
PERKARA
MAKLUMBALAS
1
Had kuasa JPP di fakulti
·         Berlaku kebakaran di FSSK –Peranan JPP berkaitan respon kepada masalah kebakaran. Dilaporkan penggera kebakaran tidak berfungsi.
·    JPP berperanan untuk menyelia dan memastikan peralatan pencegah kebakaran berfungsi bagi semua bangunan diUKM.
·      Sebahagian besar sistem sediada perlu dibaikpuli, tapi kekangan kewangan menyebabkan kerja baikpulih dibuat berperingkat.
2
Hubungan pihak Keselamatan dgn JPP dalam menangani masalah keselamatan kampus.
·         Contohnya keperluan menyediakan kemudahan keselamatan seperti palang berkunci untuk motorsikal dan sebagainya.
·         Kaedah yang lebih sesuai untuk pelajar menyalurkan permasalah berkaitan keselamatan.
· JPP merupakan agensi pelaksana mengikut kehendak Pihak TanggungJawab.
·         Sebarang permohonan perlu melalui / lebih sesuai disalurkan melalui pihak berkaitan / tuan punya bangunan / PTJ
· Contohnya untuk kes palang keselamatan perlu melalui Bahagian Keselamatan UKM.
3.
Permohonan untuk membaikpulih lampu dari KUO ke Pusanika. Bagaimana pihak pelajar ingin buat laporan kepada JPP.
·      Dicadangkan pelajar membuat laporan kepada JPPel (Timbalan Pendaftar JPPel) supaya disalurkan kepada JPP atau dibawa ke Mesyuarat HEPA.
4.
Saluran aduan yang tidak jelas – ada fakulti minta PMUKM rujuk terus kepada JPP, ada sesetengan fakulti akan ambil aduan dan salurkan ke JPP
·         Dasarnya aduan yang dibuat oleh pelajar perlu melalui saluran yang sesuai seperti pengurusan fakulti, pengurusan kolej, JPPel, Keselamatan.
·         Dicadangkan agar aduan yang dibuat hendaklah melalui pengurusan berkaitan.
5.
Kaedah pelajar membuat aduan. Yang mana lebih berkesan – Sistem Aduan Kerosakan? surat?
·     Semua aduan yang diterima akan ambil tindakan.
6.
PMUKM ingin menjadi pengantara untuk menyalurkan aduan dari pelajar ke JPP. 
·         Sekiranya aduan tersebut terkumpul, contohnya untuk satu-satu fakulti, kolej boleh disalurkan terus ke JPP.
·         Namun jika hanya ada satu atau dua aduan elok dikemuka kepada pengurusan fakulti / JPPel untuk dimasukkan ke SAK.
7.
Ada cadangan agar pelajar mencipta peralatan yang boleh diguna oleh JPP.
·         Amat dialukan.
8.
Masalah air di KPZ dan KKM.
·         Dijangka hujung Jun 2011 masalah ini dapat diselesaikan.
·         Pembinaan sistem pam dan tangki sedutan hampir siap dan akan boleh digunakan.
9.
Tandas surau perempuan PTSL – air keluar dari celah jubin lantai, cistern rosak
·         Dirujuk kepada unit awam (peny. bangunan)
10.
Tempat tunggu bas FST tiada lampu. Rata-rata aduan fokus kepada masalah lampu yang .
·         Dirujuk kepada unit elekrik (peny)
11.
Masalah keselamatan di KPZ – pemasangan grill
Rujuk pihak Kolej
12.
Masalah simpang jalan dari kejuruteraan ke TAMS yang kecil dan merbahayakan.
·         Banyak kerja-kerja pembangunan giat dilingkungan 2. Sekiranya dilaksana sekarang, mungkin akan rosak semula.
13.
Aduan jalan ke KPZ yang berlubang
·        Sebut Harga   dah dipelawa. Anggaran kerja RM300K. Kekangan peruntukan. Akan dilaksana jika peruntukan diperolehi.
14.
KUO K7B paras 2. Kepala paip tercabut dah setahun. Belum ada pembaikan. SEGERA.
Akan diambil tindakan oleh unit awam (peny kolej).

Jalan rosak

Terdapat Anjing-anjing yang tidur sekitar tapak pembinaan


Diharapkan jika rakan mahasiswa/i  mempunyai sebarang permasalahan, boleh merujuk mana-mana MPP. PMUKM sedia berkhidmat untuk kalian untuk menjaga kebajikan anda semua. Ketahuilah,  kebajikan anda tanggungjawab kami.
Diambil dan disunting dari : Blog MPP Muslimah
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Sumbangan Tabung Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim FELCRA Semungkis


Pada 28 Jun 2011 iaitu pada hari Rabu lalu, MPP PMUKM sesi 2010/2011 yang diwakili oleh Saudara Arif Misrol dan Saudara Wan Ahmad Fahmi telah menyerahkan sumbangan ikhlas kepada Tabung Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim FELCRA Semungkis. Jumlah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM 1031.70.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pegawai Jabatan Bendahari UKM iaitu Tuan Hj Misro Jerut untuk dikumpul dan diserahkan bersama dengan kutipan kewangan daripada semua Jabatan yang ada di UKM. Sumbangan ini akan diserahkan oleh Pentadbir UKM kepada pihak Rumah Anak Yatim FELCRA Semungkis.


Ucapan penghargaan dan terima kasih diberikan kepada semua mahasiswa/i UKM (MPP PMUKM, PMF, JAKSA KOLEJ & ANAK NEGERI) kerana telah memberi sumbangan kepada mangsa tanah runtuh ini dan membantu dalam melaksanakan kutipan kewangan sumbangan ini.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI