PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Ahad, Jun 26, 2011

Tahniah! Kejayaan anda kebanggaan kami..

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA... seindah namanya.. Begitulah keharumannya semakin mekar hari demi hari dengan pelbagai kejayaan dan aksi hebat yang telah disumbang oleh mahasiswa/wi UKM itu sendiri menerusi pelbagai bidang yang diceburi baik dalam akademik, sukan, kepimpinan, kebudayaan, rekacipta dan pelbagai acara-acara yang disertai. Seiring dengan gagasan yang dijulang, "Mengilham harapan, Mencipta masa depan", UKM terus menempah nama baik menerusi kegemilangan pelajarnya.

Yang terkini, pasukan dari UKM telah menunjukkan aksi yang bergaya dengan memenangi tempat kedua bagi kategori reka bentuk dalam cabaran Perodua Eco Challenge di litar MIMC iaitu Malacca International Motorsport Circuit. Tahniah diucapkan buat kontinjen UKM dari fakulti kejuruteraan dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.


Di samping itu, tidak lupa juga kepada beberapa pasukan dari UKM yang menunjukkan prestasi yang cemerlang satu demi satu di karnival sukan MASUM yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada tahun ini. Antaranya seperti Pasukan Bola Tampar UKM yang berjaya menumpaskan pasukan dari UPSI dengan kemenangan 3 berbalas 0. Kejayaan ini merupakan kejuaraan keenam UKM secara berturut-turut bagi sukan ini di dalam karnival MASUM. Satu pencapaian yang mantap dipersembahkan oleh mahasiswa UKM. Seterusnya, tahniah juga diucapkan kepada barisan pasukan kriket UKM yang memberikan rentak yang menarik juga sepanjang perlawanan berlangsung dengan kemenangan bergaya ke atas beberapa universiti ternama. Syabas buat kalian! Juga buat beberapa kontinjen sukan UKM yang lain di dalam MASUM seperti pasukan silat dan sebagainya yang berjaya membawa pulang pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan. Beberapa keputusan akhir masih dinantikan dalam beberapa acara yang belum selesai. Semoga pasukan UKM terus mencipta kecemerlangan kerana ANDA adalah kebanggaan kami.

~BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI~

Sabtu, Jun 25, 2011

Delegasi Bayu MPP UMS Ke UKM

Pada 23 Jun 2011, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMS) ke UKM. PMUKM berbesar hati dengan kesudian MPP UMS kerana mengadakan lawatan ke UKM. Kunjungan  tersebut seramai 26 Orang MPP dan seorang pegawai daripada Hal Ehwal Pelajar UMS dan beberapa orang Yang Dipertua Kolej Kediaman atau lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i dengan tujuan ingin berkenalan dengan lebih dekat dengan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (PMUKM). Bermula jam 8.30 Pagi sehingga jam 1 petang sesi delegasi bermula.

Antara program yang diadakan sepanjang delegasi ini ialah lawatan ke Galeri UKM, dan seterusnya dialog di Bilik Senar Canselori. Sesi dialog ini bermula dengan Ucapan Aluan Pengerusi Majlis dan sedikit tayangan video Koperat UKM dan PMUKM. Seterusnya, majlis diteruskan dengan Ucapan Presiden PMUKM iaitu Saudara Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dam Presiden PMUMS  Saudara Khalil. Dengan kesempatan ini sedikit taaruf ringkas setiap orang. Majlis ini dihangat lagi dengan dialog yang bertajuk “Peranan Mahasiswa Dalam Mengurangkan Kadar Kemiskinan di Luar Bandar”.

Antara yang dibincangkan ialah kemiskinan ini terbahagi kepada 2 aspek iaitu pendidikan dan harta benda. Selain itu, pendidikan di luar Bandar ini perlu memfokuskan kepada kemahiran asas seperti membaca,menulis dan mengira 3M. Perkara yang amat penting bagi mengurangkan kadar kemiskinan ialah dengan menerapkan kemahiran dan nilai yang diperlukan dalam mendapatkan peluang pekerjaan dan sara diri.

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan mengikut jawatan yang disandang. Antaranya majlis tertinggi,biro kebajikan, biro keusahawan dan biro kerohanian dan Pembangunan Insan. Didalam kumpulan ini, terdapat banyak soalan dan cadangan yang dikemukan mengenai kebajikan mahasiswa di universiti masing-masing.Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada kedua belah pihak.

Laporan Lawatan Rasmi PMUKM ke Pusat Kesihatan

Pada 13 Jun 2011, PMUKM telah mengadakan Lawatan Ramah Mesra PMUKM ke Pusat Kesihatan UKM. Antara perkara yang disampaikan ialah utama ialah rawatan gigi dan ubat, perlindungan, promosi dan pendidikan, pengawalan dan pencegahan penyakit.

Pelangannya terdiri 80 % pelajar 15% staf dan tanggungan 5% orang awam. Waktu operasi (Isnin-Khamis) 7.30 Pagi – 12.45 tengahari dan 2.00 petang- 5.15 petang hingga 5 Petang (Jumaat) 7.30 Pagi- 12.00 Tengahari dan 2.45 petang – 5.15 petang dan selepas itu mestilah menggunakan perkhdimatan doctor on call. 

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan iaitu Pameran Kesihatan Bulanan, Pameran Hari Keluarga, Pameran Pra Konvokesyen, Kempen Kesihatan Pergigian, aktiviti bersama Pusat Sukan.Selain itu, perkhidmatan diluar waktu pejabat boleh dirujuk kepada Klinik Panel UKM di Section 15 Bandar Baru Bangi. Terdapat juga Skim Kesihatan Pelajar yang berperanan bagi mendapatkan perkhidmatan percuma bagi penyakit-penyakit tertentu. 

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Jumaat, Jun 24, 2011

Dari Meja Pengarah Pesta Konvokesyen UKM Kali Ke-39

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk mengepalai program kelas pertama kampus. Pesta konvokesyen adalah agenda tahunan universiti yang merupakan tanda penghargaan dan bagi meraikan kejayaan para graduan yang akan menerima segulung ijazah pada 24 September - 27 September 2011.

Tahniah kepada para graduan diatas kejayaan mereka setelah megharungi dunia pembelajaran dengan penuh daya usaha, kegigihan dan kesabaran sehingga mereka berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup. Majlis ini merupakan titik permulaan bagi mereka menaburkan bakti kepada agama, bangsa dan negara. 

Bertemakan Apresiasi Melestari Kecemerlangan merupakan tema Pesta Konvokesyen Kali Ke-39 yang telah kami sepakati secara bersama. Mahasiswa yang hebat dan cemerlang bukan sahaja lahir daripada bilik-bilik atau dewan-dewan kuliah semata-mata, bahkan mereka juga lahir daripada lapangan kemasyarakatan. Segala ilmu yang diperolehi di dalam kampus haruslah diintergrasikan kepada masyarakat setempat yang memerlukan pimpinan yang fleksibel dan kompitens  untuk kehidupan sejagat. Maka jelaslah tema pesta pada kali ini adalah merupakan pencerahan semula kepada maksud kecemerlangan graduan lantas ditonjolkan dalam bentuk penghargaan kepada kecemerlangan seorang graduan. Keberhasilan ini bertitik tolak daripada kesungguhan dan kemahuan mahasiswa/i  untuk mencari nilai tambah pada diri mereka di dalam universiti demi mengutip mutiara pengalaman di kampus semasa menguruskan organisasi.

Nantikan program-program yang menarik sepanjang Pesta Konvo kali ke 39, kerana program pesta kali ini menampilkan 4 elemen penting yang bakal dipertontonkan iaitu teknologi, sukan, kebudayaan, intelek dan kerohanian serta kebajikan. Kami optimis dengan 4 elemen penting ini mampu menceriakan semua pengunjung yang datang ke tapak pesta. Pesta konvokesyen kali ini juga akan tetap terus mengutamkan perpaduan di UKM kerana entiti-entiti kaum yang terbesar di kampus  dapat mewujudkan citrawarna yang pelbagai dalam konteks meningkatkan keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Akhir kata, Kami di peringkat Sekretariat Pesta Konvokeyen Ke-39 mengalu-alukan penglibatan anda semua dalam program-program yang bakal diadakan, mahupun dalam usaha menyumbang idea dan kritikan membina bagi menjayakan Pesta Konvokesyen pada bulan September yang akan datang.







Sekian, terima kasih

Mohd Faizal Bin Ahmad


Naib Presiden III PMUKM 10/11


Merangkap Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen Ke-39






BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI


Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-39 Mula Berpencak


Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-39 di bawah pimpinan Saudara Mohd Faizal Ahmad sebagai Pengarah Eksekutif sudah pun menjalankan gerak kerja awal sejak April. Tema  Pesta Konvokesyen Ke-39 ini adalah Apresiasi Melestari Kecemerlangan.

Perkampungan Ahli Jawatankuasa Dasar (AJKD) baru bermula pada 13 Jun 2011 lalu dan akan tamat pada 13 Ogos 2011. Pada peringkat awal ini, beberapa bengkel telah dianjurkan bagi memantapkan lagi AJKD iaitu Bengkel Pemasaran dan Bengkel Komunikasi Koperat. Selain menjalani latihan kerja melalui bengkel, latihan spiritual dan jasmani juga turut dititikberatkan melalui slot ceramah dan riadhah.

Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu acara tahunan yang gilang-gemilang dan juga merupakan acara yang terbesar anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2010/2011 dalam meraikan para mahasiswa/i yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Pada tahun ini, Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-39 di bawah kendalian Presiden PMUKM sekali lagi akan menganjurkan projek mega ini. Pesta Konvokesyen UKM telah masuk tahun yang ke-39 dan sepanjang tempoh tersebut Pesta Konvokesyen telah mencetuskan pelbagai pembaharuan yang memberi impak mendalam pada seluruh warga UKM serta masyarakat luar. Pesta Konvokesyen mencerminkan imej universiti sebagai pusat pengembangan ilmu dan pembentukan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai tambahnya yang tersendiri. Pelaksanaannya juga dapat dilihat sebagai wadah yang menghubungkan mahasiswa/i UKM dengan organisasi dan masyarakat luar. Program terbesar universiti ini akan disempurnakan oleh Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pesta Konvokesyen telah berjaya merealisasikan kesinambungan kerjasama dengan pelbagai organisasi korporat terkemuka di seluruh negara. Kerjasama yang dimeterai dari segi perkongsian maklumat, material, dan kewangan adalah bagi membolehkan Pesta Konvokesyen dapat dilaksanakan dengan penuh meriah dan jayanya. Selain itu, ia berjaya memartabatkan nama dan imej universiti di mata masyarakat tempatan sebagai sebuah universiti yang mampu melahirkan para intelektual berdedikasi, berketrampilan, berwawasan dan berkepimpinan.
 
Sejajar dengan status universiti penyelidikan di samping Anugerah Kualiti Perdana Menteri yang telah diperoleh, sudah cukup untuk membuktikan bahawa UKM adalah sebuah institusi pendidikan yang terulung di Malaysia. Justeru, peranan Pesta Konvokesyen Ke-39 adalah mewujudkan nilai tambah dalam pemeliharaan imej universiti serta membantu mempromosikan para intelektual yang lahir dari UKM.