Sabtu, September 27, 2014

KONVENSYEN : PMUKM BANTERAS RASUAH

Peserta Konvensyen
18 September 2014 hingga 21 September 2014, UNIMAS – PMUKM diwakili oleh lima orang Majlis Perwakilan Pelajar telah menghadiri Konvensyen Badan-badan Pelajar IPTA Malaysia SPR UMS yang bertempat di Universiti Malaysia Sabah. Konvensyen selama 4 hari ini telah banyak memberi penerangan berkaitan gejala rasuah dan peranan mahasiswa dalam menangani gejala rasuah.


Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UMS, Prof. Madya Dr Ismail Ali dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Media RTM Sabah. Program ini mampu membuka mata para mahasiswa khususnya dan masyarakat umumnya tentang bahaya rasuah yang mampu memberikan titik hitam dalam kehidupan seseorang. Selain itu, program ini dapat mencungkil dan menajamkan kebolehan memimpin dalam kalangan ahli jawatankuasa pelaksana. Ia secara tidak langsung meningkatkan motivasi dalam kalangan mahasiswa untuk melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan. 

Media : New Sabah Times


Objektif Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR)


1)Menerapkan nilai anti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar IPT.


2)Mendedahkan pelajar-pelajar IPT kepada program-program pencegahan rasuah. 


3)Menjadikan pelajar-pelajar IPT sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus. 


4)Meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai-nilai integriti semasa menjalankan tugas.


5)Mendidik dan mendedahkan pelajar-pelajar IPT kepada pelaksanaan program-program kemasyarakatan yang menekankan kepada penghayatan nilai-nilai murni. 


6)Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani jenayah ini. 

7)Meningkatkan kerjasama dua-hala antara SPRM dan IPT. 

PMUKM bersama alumni UKM yang kini memegang jawatan hebat dalam SPRM



Resolusi :


Hasil daripada slot resolusi bersama semua peserta. Beberapa kesimpulan dan kepentingan dapat diambil sepanjang kami menjalani konvensyen SPR UMS. Antaranya dapat mengetahui peranan mahasiswa, kesedaran terhadap gejala rasuah, peluang kerjaya, penampilan diri ( Jenayah Imej), kepimpinan. Konvensyen ini juga adalah salah satu medium utama kepada mahasiswa untuk mengenali SPRM dengan lebih dekat dan membantu SPRM untuk mendidik dan memupuk masyarakat tentang nilai-nilai murni serta memberi penerangan yang jelas tentang pengertian rasuah, bagaimana mencegah dan mengelak daripada terlibat dalam jenayah rasuah. 


Penambahbaikan : 


1. Perkasakan Sekretariat SPRM di setiap kampus ( Penglibatan Pelajar ) 


2. Mewujudkan duta SPRM dalam kalangan artis. 


3. Penglibatan NGO. 


4. Pembentangan kertas kerja setiap kampus dan mewujudkan perhimpunan mahasiswa SPRM setiap tahun. 

Justeru itu, Golongan siswa mampu memainkan peranan dalam membantu mencegah gejala rasuah dalam masyarakat melalui program berbentuk pendidikan dan ilmiah. Pentingnya peranan siswa masa kini sebagai ejen untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani gejala tersebut kerana mereka adalah penggerak dalam pembangunan negara agar bebas daripada sebarang gejala rasuah. PMUKM menyambut baik usaha untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat mengenai toleransi sifar terhadap rasuah, khususnya dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersih daripada gejala itu. Sekalung Tahniah buat Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS kerana telah mengadakan sebuah program yang mantap dan dapat membuka minda para mahasiswa dalam mendepani arus kehidupan hari ini. Semoga program sebegini dapat diikuti oleh seluruh Universiti lain dan menjadikan UMS sebagai role model dalam menjalankan aktiviti berkaitan SPRM.

Universiti Malaysia Sabah

Disediakan Oleh :





Muhammad Amirul Hamlad
MPP Fakulti Sains Kesihatan
Timbalan YDP PMUKM Sesi 13/14 










Siti Nor Bahijah Mohd Zak
MPP Umum Tahun 1/2
Biro Penerangan dan Komunikasi PMUKM Sesi 13/14







Puteri Nor Adilah
MPP Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Tahun 1/2
Biro Perhubungan dan Antarabangsa PMUKM Sesi 13/14








Nurul Syifa' Mohd Shukri
MPP Fakulti Sains Teknologi Tahun 1/2
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial PMUKM Sesi 13/14






::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::