Sabtu, September 20, 2014

ISU PINTU BERPALANG KKM: PMUKM SAMPAIKAN KEPADA NC UKM DAN PENGETUA KKM

13 September 2014, UKM Bangi - Satu surat permohonan penangguhan sistem pintu berpalang di Kolej Keris Mas telah dihantar semalam kepada pengetua KKM dan NC UKM. Ini merupakan langkah lanjutan PMUKM selepas pertemuan pertama bersama pengetua KKM, Prof Madya Dr. Muhammad Hussin sebelum ini. Pada pertemuan kali kedua ini, kami mendapat respon daripada pengetua KKM yang ironinya menyatakan bahawa sebahagian besar pelajar-pelajar KKM bersetuju dengan cadangan sistem yang ingin dilaksanakan. Ini berikutan perjumpaan mengikut blok yang telah pihak beliau anjurkan untuk mendapatkan respon serta memberi penerangan kepada pelajar berkenaan isu ini.



Pihak PMUKM sangat terkejut mendengar kenyataan tersebut yang sememangnya bercanggah dengan aduan pelajar yang kami dapat ketika ini. Namun, sejauh mana kebenarannya akan kami pastikan secepat mungkin.



PMUKM bertegas bahawa bayaran yang dikenakan kepada pelajar sangat membebankan dan tidak wajar untuk diteruskan. PMUKM berharap agar pihak NC akan memberi pertimbangan dan keputusan positif terhadap surat ini dengan bersetuju menerima cadangan kami untuk penangguhan pelaksanaan sistem yang membebankan warga Kolej Keris Mas. 



Tindakan susukan daripada :


Mohd Salehuddin Bin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
NYDP I PMUKM Sesi 13/14








::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::