Selasa, September 30, 2014

PENGANTARABANGSAAN : PELAJAR NAMIKI HIGH SCHOOL JEPUN KE UKM

26 September 2014, UKM Bangi – PMUKM menerima satu kunjungan pelajar Namiki High School ke UKM seramai 75 orang pelajar dan 5 orang guru. Kunjungan ini dilakukan sempena lawatan mereka ke Malaysia bertujuan mengetahui budaya di sini. PMUKM diberi kepercayaan oleh UNIPEQ untuk menguruskan kunjungan mereka ke UKM. Seramai 19 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan mahasiswa UKM menjayakan kunjungan mereka.








Antara tempat yang dibawa oleh fasilitator adalah Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) ,Galeri Muzium, Canselori ,Pusanika , Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) . Setelah berada di FSSK , mereka telah diberi satu slot diskusi yang membincangkan tentang UKM, fakulti dan jurusan yang ditawarkan  dan karier masa hadapan fasilitator dan pelajar Namiki High School .

Selain itu , pertukaran pendapat mengenai budaya di Jepun dan Malaysia turut dibincangkan dalam slot ini. Fasilitator juga mempromosikan UKM kepada mereka untuk mereka menyambung pelajaran atau melakukan pertukaran pelajar di Malaysia. PMUKM sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi untuk aktiviti pelajar dalam dan luar negara.








Puteri Nor Adilah
MPP Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Tahun 1/2
Biro Perhubungan dan Antrabangsa PMUKM Sesi 13/14






::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::