Jumaat, September 26, 2014

UKM4PALESTIN : PMUKM TERUS CAKNA ISU INI


14 Julai 2014, UKM Bangi  - Gaza terus ditindas dan diserang oleh Israel ketika mana seluruh umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan . Tindakan ini menyebabkan seluruh dunia mengecam kekejaman Israel terhadap Palestin.

PMUKM juga tidak terlepas untuk bersama-sama menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin demi keamanan negara mereka. Oleh itu , PMUKM melancarkan minggu kutipan sumbangan untuk diserahkan rakyat Palestin melalui NGO yang terpilih iaitu Muslim Care . Usaha PMUKM bukan sahaja dengan mengutip sumabngan tetapi menyatakan pendirian dan memberi penerangan kepada masyarakat kampus tentang isu Palestin. Kempen UKM 4 Palestin ini telah dilancarkan pada hari Ahad 13 Julai dan dirasmikan oleh YDP PMUKM, Saudara Mustafa Kamil Husen. Kempen mengutip sumbangan ini telah dimulakan di bazar Ramadhan di Seksyen 16. Aktiviti di bazar bukan sahaja hanya mengutip sumbangan daripada pengunjung yang berkunjung di bazar tersebut tetapi telah diselitkan dengan piket berkaitan Palestin yang telah disampaikan oleh YDP PMUKM, saudara Mustafa serta Presiden Ikatan Studi Islam UKM, saudara Fareed Fahimi. Seramai lebih kurang 25 orang yang terdiri daripada mahasiswa UKM berlainan fakulti telah sama-sama terlibat untuk menjayakan kempen pada petang tersebut.




Kempen ini juga telah dimeriahkan dengan flashcard yang antaranya tertera ‘Save Palestin’, ‘Boikot Barangan Israel’ dan sebagainya. Menariknya, orang-orang yang memberi sumbangan bukan sahaja terdiri daripada orang Islam malahan ada juga masyarakat yang beragama India dan Cina turut prihatin untuk meenghulurkan sumbangan. Hal ini menjelaskan bahawa isu yang berlaku di Palestin bukan sahaja telah menarik perhatian umat Islam tetapi turut mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat bahkan di seluruh dunia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin.


Kempen ini akan terus berlangsung sehingga pada hari Jumaat dan kemuncak program ini ialah wakil UKM 4 Palestin akan menyerahkan hasil sumbangan kepada badan NGO iaitu Muslim Care di Shah Alam. Jadi kepada semua rakyat Malaysia khususnya warga UKM supaya mengambil cakna akan isu ini dan dapat bersama-sama mendoakan keamanan dan keselamatan penduduk di Palestin.





Puteri Nor Adilah
MPP Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Tahun 1/2
Biro Perhubungan dan Antarabangsa PMUKM Sesi 13/14





::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::