Selasa, September 23, 2014

ISU PAGAR KKM : PMUKM TAMPIL BERSAMA CADANGAN DAN SOLUSI ELAK BAYARAN

23 September 2014, UKM Bangi - Hasil daripada aduan serta maklumat pelajar Kolej Keris Mas sendiri, PMUKM melihat isu parking berbayar di KKM merupakan isu yang besar dan perlu diatasi segera. PMUKM berpendapat, perancangan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran kolej mempunyai tujuan yang baik iaitu bagi menjaga kebajikan pelajar khususnya ketika mereka berada di kolej. Namun, terdapat beberapa kelompangan yang boleh diperbaiki bagi kebaikan bersama.

Sistem merit yang cuba dilaksanakan oleh kolej dilihat tidak relevan berikutan sistem tersebut masih tidak mempunyai indikator yang tetap. PMUKM melihat sistem ini hanya memberi kelebihan individu kepada sesiapa yang disifatkan sebagai kroni pentadbiran itu sahaja. Peraturan-peraturan lain seperti larangan penggunaan plastik polisterin, pengurangan tong sampah serta larangan selipar di luar bilik dilihat mempunyai matlamat yang baik, tetapi PMUKM berpendapat bahawa perlaksanaannya harus dilakukan secara berperingkat. Pelajar senior terutamanya memerlukan masa untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan.

Bagi masalah parking berbayar pula, PMUKM berhasrat untuk memberi idea serta solusi yang lebih relevan bagi mengatasi masalah parking ini tanpa perlu menuntut bayaran pelajar. Berdasarkan maklumat yang kami terima, masalah parking yang menjurus kepada permasalahan laluan untuk lori tangki air, lori sampah,bomba mahupun ambulans, dilihat berpunca daripada kurangnya kawasan parking kereta untuk pelajar perempuan. 

Melalui hasrat pengetua untuk mengosongkan kawasan parking di kawasan tanah rendah berdekatan blok 10,11,12,13,14,15 bagi memudahkan pergerakan lori-lori terbabit, pihak pentadbiran bercadang untuk melaksanakan parking berbayar umpama parking khas di kawasan perumahan kondominium untuk pelajar. Impaknya, kos yang bernilai RM4000 untuk proses installment serta RM1400 untuk bayaran sewa bulanan palang automatik perlu ditanggung secara bersama. Bagi menampung kos tersebut, sekeping kad bernilai RM10 serta RM7 sebagai bayaran bulanan dikenakan kepada pelajar.

Memandangkan arahan pengetua untuk memindahkan kawasan parking bagi staff kepada kawasan parking di kawasan blok 3 sudah dikeluarkan, kami melihat lebih 35 parking kosong terdapat di belakang bangunan pentadbiran tersebut. Dengan kira-kira sebanyak 30 buah kereta yang parking di kawasan parking perempuan yang ingin dikosongkan, kami melihat tempat kosong ini cukup untuk menampung kekurangan kawasan tersebut. Oleh itu, dengan jumlah parking sebanyak 65 tempat di bahu jalan ke blok perempuan, 15 tempat di kawasan parking berhadapan blok 13 dan 15, 8 tempat di tepi banguna pentadbiran serta 35 tempat di belakang bangunan pentadbiran, sejumlah 123 parking bagi perempuan dapat disediakan.

PMUKM melihat jumlah ini cukup untuk menampung sejumlah pelajar perempuan KKM yang menggunakan kereta kira-kira seramai 120 orang. Namun, kami turut melihat beberapa kesan lain andai cadangan ini diterima. Antara kesannya ialah :
1) Terdapat pelajar yang masih akan parking di kawasan yang ingin dikosongkan.
2) Jarak kawasan parking pelajar perempuan agak jauh dari kawasan blok mereka.


Solusi bagi kesan tersebut, kami mencadangkan kepada pihak pentadbiran KKM untuk menguatkuasakan beberapa peraturan yang sememangnya telah tersedia iaitu:
1) Menguatkuasakan denda clamping kepada kereta yang masih parking di kawasan terbabit
2) Membuat penyusunan kawasan parking mengikut blok iaitu menempatkan kawasan parking kepada pelajar yang lebih tersusun agar jarak parking tidak terlalu jauh dengan blok.



Dengan cadangan dan idea ini, kami melihat palang automatik yang berkos tinggi tidak perlu dilaksanakan. PMUKM akan membawa idea-idea ini untuk dibincangkan bersama pengetua KKM dalam pertemuan yang akan berlangsung khamis ini.

Langkah susulan daripada :
Muhammad Sallehudin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
Naib Yang Dipertua PMUKM sesi 13/14






::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::