Khamis, Disember 06, 2012

UKM4PALESTINE: MAHASISWA UKM BERSATU BANTU SAUDARA PALESTIN


Satu persidangan meja bulat telah diadakan oleh PMUKM (rujuk: Palestine: Apa Peranan Mahasiswa) dihadiri persatuan-persatuan utama seperti PMUKM, Pembina UKM, Kelab Sahabat Aqsa UKM, PMFPI, ASPIRASI, wakil-wakil JAKSA seluruh kolej kediaman UKM dan beberapa persatuan lain. Mahasiswa/i UKM sebulat suara telah bersetuju untuk bergabung di bawah payung SEKRETARIAT UKM4PALESTINE bagi melaksanakan 3 resolusi utama iaitu:
1.       Mengutip dana sebanyak RM20,000 dalam tempoh 2 minggu.

2.       Mewujudkan kesedaran umum di kalangan Mahasiswa/i dan masyarakat berkaitan isu Palestin

3.       Menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Nasional (Palestin, Kami Bersamamu)
Sehubungan dengan itu, PMUKM sukacitanya ingin menyeru seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk kita bersama dalam menjayakan usaha murni ini demi memastikan tangisan dan penderitaan rakyat Palestin dapat dihentikan. Setakat ini, misi kutipan derma sedang berjalan secara berleluasa sama ada di kolej, maupun di fakulti. Selain daripada kutipan derma, sekretariat UKM4Palestin juga telah adakan flashmob untuk bangkitkan kesedaran mahasiswa berkaitan isu Palestin.
MPP FSSK Bersama-sama Sekretariat UKM4PALESTINE
mengutip derma kelas ke kelas

Untuk pengetahuan semua, sekretariat UKM4PALESTINE mencari sukarelawan sepenuhnya dalam menjayakan misi RM20K untuk turut serta mengedar tabung derma di luar dan dalam UKM. Terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Untuk makluman, Jumaat ini (7 Disember) tabung UKM4Palestine akan dibawa ke beberapa buah msjid antaranya Masjid Bandar Baru Bangi, Masjid Solihin, Surau Islah, Masjid Putra dan Masjid Uniten. Manakala, pada hari Sabtu (8 Disember) tabung akan dibawa ke pasar-pasar berdekatan.
Sesiapa yang berminat, boleh mesej kepada facebook/nombor telefon Abdullah sani (0194494247) , Khalid Jimat ( 0133894705 ), atau Madias Sadiam (0132002384). Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk di Bilik PMUKM.
MPP PMUKM turut bekerjasama mengutip derma khas untuk
saudara di Palestin
PMUKM sukacitanya  menyeru semua warga UKM untuk sama-sama menderma seikhlas hati menolong saudara kita di Palestin. Isu Palestin adalah Isu Sejagat. Disamping berdoa, tindakan juga perlu untuk sama kita tegakkan hak saudara kita di PALESTINE. KITA TIDAK RASA APA YANG MEREKA RASA. Maklumat terkini pergerakan UKM4PALESTINE rujuk di page UKM4PALESTINE

Sama-sama kita membaca QUNUT NAZILAH atas
kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI