Selasa, Disember 18, 2012

KONVENSYEN MPP IPT 2012

MPP PMUKM bersama TNC HEPA semasa Majlis Penutupan
Konvensyen MPP IPT

14 & 15 DIS - Seramai 8 orang MPP UKM iaitu Presiden PMUKM, Ahmad Shukran  Bin Shaharudin, MPP Azrai, MPP Izati Othman, MPP Afifah, MPP Afiah Nasuha, MPP Shahrul Akmal, MPP Syahir dan MPP Azreen Malek telah menghadirkan diri ke Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2012. Konvensyen ini bertujuan untuk mengumpulkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di semua universiti awam dan swasta, di samping menjadi salah satu medan bagi MPP berkongsi masalah dan melontarkan idea.

Pada 14 Disember, Perasmian Konvensyen MPP IPT telah diadakan seiring dengan Majlis Pensijilan 1Citizen oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Za'ba, Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. 1CITIZEN merupakan satu program latihan khas yang dibangunkan oleh Prestariang Sistem Sdn Bhd untuk memupuk perpaduan negara melalui penggunaan teknologi yang sesuai. Ia memberi inspirasi orang muda untuk menjadi pemikir kritikal yang memahami kesan etika tingkah laku dalam talian. 1Citizen. Pelajar UKM dialu-alukan untuk menyertai 1Citizen dalam menyerlahkan potensi anda dalam bidang siber.

Semasa Majlis Perasmian Konvensyen MPP IPT 2012 oleh
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Hasil perbincangan antara semua MPP, isu yang telah dibawa daripada MPPK semasa Majlis Penutupan Konvensyen MPP IPT yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib ialah:
  1. Isu wifi yang perlahan di kampus.
  2. Isu penempatan pelajar yang tidak cukup untuk menampung bilangan pelajar.
16/20 IPTA mengalami masalah wifi seperti kekurangan akses di kolej kediaman, server tidak mampu menampung jumlah pengguna yang ramai, dan juga masalah gangguan wifi kerana dalam proses penambah baikkan  kabelfiber. Respon PM semasa ucapan beliau, beliau telah berjanji akan tambah penempatan pelajar dalam kampus. Beliau juga berkesempatan menyampaikan replika cek Baucar Buku 1Malaysia kepada Pengerusi MPPK, Presiden MPP UTHM.
 
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI