Khamis, Mei 05, 2011

PENGUMUMAN : Bantuan Khas daripada Jabatan Bendahari

Pengumuman daripada MPM Aida Rahayu. Dimaklumkan bahawa terdapat Bantuan Khas daripada Jabatan Bendahari untuk melangsaikan tunggakan yuran pelajar. Rakan-rakan dipelawa memuat turun borang dari capaian berikut: http://www.ukm.my/bendahari/borang/ukp/Borang%20Bantuan%20Khas.doc




Sila sertakan bersama salinan kad pengenalan, slip gaji atau pencen ibu bapa yang disahkan & surat permohonan (tunjuk sebab).

Antara syarat-syarat permohonan:

1. Warganegara Malaysia
2. Pelajar Pra Siswazah yang mendaftar pada semester yang dipohon.
3. Bantuan bagi menjelaskan yuran pengajian yang tertunggak sahaja (maksima RM 1,000.00) bukan untuk
sarahidup
4. Pendapatan keluarga kurang daripada RM 2,000.00 sebulan.
5. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan terus kepada Unit Kewangan Pelajar, UKM.
6. Tidak mendapat sebarang tajaan atau tempoh tajaan yang telah tamat atau tajaan tidak dibayar pada
semester dipohon.

Tawaran sehingga bulan September 2011


Biro Informasi & Penerangan Persatuan Mahasiswa UKM (2010/2011)