PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, Jun 24, 2011

Laporan Lawatan Rasmi PMUKM ke Wisma Aman

Pada 14 Jun 2011, seramai 6 orang MPP UKM iaitu MPP Ezuan, MPP Izzuddin, MPP Wan Fahmi, MPP Noriah, MPP Noraini dan MPP Helmi telah meneruskan lagi ramah mesra bersama unit-unit Jabatan di UKM. Kali ini lawatan ramah mesra diadakan di Unit Keselamatan UKM, Wisma Aman. Rombongan MPP disambut mesra oleh pihak Wisma Aman yang diketuai oleh Ketua Pegawai Keselamatan, Mejar Housaini serta ketua-ketua di setiap unit di Wisma Aman. Majlis dipengerusikan oleh En. Nasir Hamed dimulakan dengan pengenalan barisan warga kerja Wisma Aman diikuti oleh pihak MPP.


Mejar Hosaini memberi talimat ringkas berkaitan unit-unit di Bahagian keselamatan. Unit-unit ini terdiri daripada Unit operasi, Unit pentadbiran, Unit Kampus Cheras dan Kuala Lumpur yang meliputi fakulti farmasi, fskb, perubatan, pergigian, Unit trafik, Unit siasat – tindakan khas (peronda sempadan) dan Unit kad kampus.

Unit tindakan khas  bertanggungjawab kepada hal-hal berkaitandengan haiwan liar. Pemantauan/rondaan bersepadu sentiasa diadakan untuk memastikan keselamatan warga dan harta benda UKM selamat. Para pelajar yangingin menghubungi Wisma Aman boleh terus mendail  03-89214444 sekiranya terserempak dengan haiwan liar.


Berkenaan dengan saman kenderaan pelajar ukm, Mejar Husaini menasihatkan agar pelajar datang berunding dahulu dengan pengawal keselamatan UKM sekiranya disaman. “Kebanyakan pelajar UKM suka untuk menangguhkan dahulu saman yang didapati, sedangkan kami di pihak Wisma Aman masih bermurah hati mengenakan diskaun terhadap saman yang dikenakan. Terdapat juga pelajar yang meninggalkan kunci di motor, jadi pegawai saya akan ambil kunci dan meninggalkan nota ringkas kepada pelajar tersebut agar pelajar tersebut hadir ke Wisma Aman untuk menuntut kembali kunci motornya. Apa yang kami dapat hanyalah cemuhan daripada pelajar tersebut, bukannya sikap berterima kasih kerana mnyelamatkan motosikalnya daripad dicuri” ujarnya panjang lebar.

Berkenaan isu anjing liar, para pelajar dinasihatkan untuk memaklumkan terus di talian 03-89214444 kerana pihak WismaAman sendiri akan menjejaki ‘sarang’ haiwan tersebut berkumpul. Dan sekiranya ada pelajar yang melihat anjing tersebut berjalan ke suatu tempat, seeloknya maklumkan setelah ia berada di tempat tersebut (berehat dll) dan bukan ketika mereka masih dalam perjalanan kerana dalam tempoh masa laporan dan jangka masa pihak Wisma Aman sampai ke tempt tersebut lebih kurang 10 minit.Kemungkinan haiwan tersebut tidak lagi rada di tempat tersebut. 

Berkenaan haiwan liar juga, En.Mazlan telah menerangkan kepada MPP yang hadir tentang beberapa operasi yang melibatkan penangkapan haiwan liar seperti anjing, khinzir, ular serta monyet. Terdapat juga kes kecurian kayu gaharu yng berlaku di Hutan Simpan UKM yang telah berjaya diselesaikan oleh pihak Wisma Aman. Gambar-gamar operasi tersebut boleh dilihat dihadapan papan kenyataan Wisma Aman.

Pihak Wisma Aman turut meminta kerjasama daripada pihak pelajar agar tidak membuka sangkar monyet yang telah disediakn dt tempat-tempat tertentu. Monyet-monyet yang ditangkap ini tidak akan dibunuh. Mereka akan dibawa ke Hutan berhampiran kawasan Sungai Tekala.
Pihak Wisma Aman juga memohon kerjasama agar felo-felo kolej turut memberi kerjasama kepada pihak Wisma Aman dalam memastikan keselamatan di kolej-kolej. Pihak felo mungkin boleh membantu pelajar yang terlibat dalam menjadi mangsa kecurian sebelum pihak Wisma Aman sampai ke tempat kejadian. Pihak MPP mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Wisma Aman atas kecekapan mereka menyelesaikan masalah haiwan liar dan beberapa kes kecurian.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Khamis, Jun 23, 2011

Laporan Kebajikan Terbaru MPM Kamarul Hatem

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua

Alhamdulillah, pada 15.6.2011, saya, selaku MPP FPER 1/2, Kamarul Hatem bin Muhammad telah berjumpa dengan En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kafe, mesin atm Bank Islam dan lain-lain.

Saya diberitahu bahawa kedua-dua kafe iaitu kafe fakulti dan kafe KTSN akan bertukar tender, proses ini dijangka pada bulan puasa tahun ini iaitu pada bulan ogos 2011. Selain itu, proses mengubahsuai juga akan dilakukan, untuk kafe fakulti ubahsuai akan dilakukan dalam masa terdekat iaitu pada bulan 7 untuk menambah 2 stall dibahagian luar.

Ini bertujuan untuk mewujudkan 3 pemilik kafe untuk menambahkan persaingan dari segi kualiti perkhidmatan.unkuk kafe di ktsn, ubahsual akan dilakukan pada tahun hadapan.

Selain itu, mesin ATM Bank Islam akan dipasang sebelum bulan 9, pihak pegurusan fakulti juga meminta pihak Bank Islam supaya memasang juga mesin Cash Deposit bagi memudahkan urusan pembayaran yuran.

Dewan kuliah 2 dan 3 juga akan diubahsuai sebelum bulan 9 ini. Untuk tambahan , tempat letak motor di depan blok E fakulti telah siap dan boleh digunakan

Sebarang info akan saya kemaskini dari semasa ke semasa. Terima kasih

-BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI..

Kamarul Hatem B. Muhammad
Biro Informasi dan Penerangan
PMUKM 2010/2011

Laporan Lawatan Ramah Mesra PMUKM ke PTM

Pada tanggal 14 Jun 2011, PMUKM meneruskan lagi lawatan kerja ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Lawatan kali ini dianggotai 5 orang MPP iaitu MPP Ezuan, MPP Izzuddin, MPP Noriah, MPP Noraini dan MPP Helmi. Lawatan ini telah disambut mesra oleh Pengarah PTM sendiri iaitu Dr. Mohamad Shanudin Zakaria. Turut hadir bersama wakil dari UKM Jaring iaitu En. Zaim sebagai Jurutera UKM Jaring, En. Tajudin Zakaria dari Bahagian Produk. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, kata aluan oleh Setiausaha Agung PMUKM iaitu MPP Ezuan serta sedikit pengenalan PMUKM kepada pihak PTM. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat jaringan baik dengan PTM agar pihak PMUKM maklum dengan saluran yang ada untuk menyelesaikan isu untuk makluman kepada mahasiswa.

PTM bertanggungjawab dalam kerja-kerja sistem maklumat  untuk pengurusan universiti di Canselori. MPP Izzuddin mengemukakan soalan berkaitan komputer di pusat sumber setiap kolej. Tujuan penyelenggaraan adalah untuk rangkaian linear dan medium pengaduan. Persoalan yang dikemukan oleh saudara Izzuddin telah dijawab sendiri oleh oleh Pengarah PTM sendiri  iaitu Dr. Mohamad Shanudin Zakaria. Beliau mengatakan bahawa segala  pengurusan universiti berkaitan sistem maklumat adalah berada di bawah Canselori. Beliau turut menperkenalkan pembahagian skop kerja dalam bangunan PTM. Di bahagian kiri bangunan PTM adalah untuk bahagian sistem maklumat universiti. Sementara bangunan di sebelah kanan PTM adalah bahagian untuk menyokong bahagian akademik dan penyelidikan serta bahagian bawah bangunan adalah untuk penyelenggaraan, operasi, data base dan dll.

Skop kerja PTM adalah berkenaaan rangkaian serta membaiki komputer rosak di fakulti dan kolej. Sekiranya sesebuah komputer terkena virus atau rosak, komputer tersebut boleh dihantar ke PTM untuk dibaiki. Oleh yang demikian segala yang masalah yang berkaitan dengan rangkaian maka pihak PTM akan selesaikan. Walau bagaimanapun, berkenaan masalah internet tanpa wayar di Fakulti Pendidikan mempunyai wi-fi tersendiri, masalah tersebut tidak boleh diadukan ke PTM kerana PTM hanya menyelesaikan masalah  berkaitan rangkaian UKM sahaja seperti tetamu ukm, dll. Sekiranya mahasiswa hendak membuat aduan maka mereka boleh mengadukan masalah mereka dengan menggunakan Sistem Aduan Dalaman Pelanggan (SADP) dan Sistem Maklum Balas.

Jaring juga telah menyediakan perkhidmatan wi-fi untuk setiap kolej bagi kemudahan mahasiswa UKM. Kami di pihak MPP berharap  agar PTM dapat membuat perubahan ke arah sistem yang lebih baik agar ia dapat memberi kemudahan kepada mahasiswa/I yang sedang  menuntut di UKM.

Antara perubahan-perubahan yang perlu dilakukan antaranya ialah memberikan perkhidmatan lain selain Jaring apabila bermula semester hadapan.  Naib Canselor  telah menandatangani persetujuan dengan syarikat Yes YTL. Bayaran permulaan yang perlu dibuat untuk mendapatkan perkhidmatan internet tanpa wayar ialah dengan membuat pembayaran RM100 dengan hadiah percuma sim kad 018, capaian internet 3.8 Mbps, 100 minit panggilan percuma, 400 sms, 1.6 G kadar muat turun pada setiap bulan. Pembayaran RM100 ini telah meliputi pembayaran selama 4 bulan berikutnya. Kiosk pendaftaran akan disediakan di fakulti serta di Pusanika.

Perkara kedua berkaitan internet yang sangat perlahan sehingga mendatangkan kesukaran kepada mahasiswa dalam mendapatkan maklumat di dalam internet. Jadi untuk mempercepatkan kepantasan line internet maka MBps perlulah diupgradekan ke 600 agar kepantasannya lebih laju dan sekaligus memberikan impak yang baik kepada semua pelajar terutama dalam pencarian maklumat. Jadi, buat pada masa sekrang, diharapkan para pelajar bersabar kerana proses upgrade sedang dijalankan dan dijgka siap sepenuhnya semester baru nanti.

Untuk makluman rakan-rakan mahasiswa, Kelab ICT Jaring telah ditubuhkan di setiap kolej. Penubuhannya akan mendatangkan banyak kebaikan dan manfaat khususnya kepada mahasiswa. Kelab ini akan memastikan bahawa servis yang disediakan di setiap kolej berjalan dengan baik, secara terus memudahkan akses mahasiswa untuk mendapat maklumat dengan cepat. Selain itu, keterlibatan mahasiswa dengan kelab ini dapat memberikan jam kredit dan penilaian kokurikulum. Mereka yang terlibat akan diberi ruang untuk mengendali sistem wi-fi sekiranya talian terganggu. Peranan kelab ini juga adalah menyediakan ruang kepada mahasiswa untuk menjalankan Latihan Industri di UKM Jaring.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Rabu, Jun 22, 2011

Perincian Kontrak Pembelajaran (Learning Contract Details)

Sumber : Blog CCC

Dalam pertemuan dengan CCC yg lepas, Dr. Jumali telah mengesahkan bahawa Pusat Akreditasi Kokurikulum (PAK) yang dahulu dikenali sebagai Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) akan memperkenalkan sistem ko-kurikulum yang baru, atau Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) pada semester akan datang.

Dalam sistem yang terbaru ini, Kokurikulum Berasaskan Kuliah telah digantikan dengan sistem penilaian berdasarkan penyertaan mahasiswa/i dalam aktiviti atau program yang dianjurkan oleh mahasiswa/i sendiri. Sebarang program atau aktiviti yang telah disahkan oleh JPPel, bolehlah memohon untuk dinilai di PAK dengan syarat, setiap aktiviti atau program telah dilantik penasihatnya masing-masing.

Mahasiswa/i akan dinilai berdasarkan 8 aspek HPPK seperti :
1) Sosial dan Kepertanggungjawaban
2) Komunikasi
3) Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
4) Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
5) Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
6) Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
7) Pengurusan dan Keusahawanan
8) Kreatif dan Inovatif

Prosedur untuk memohon Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) bagi setiap aktiviti atau program adalah seperti berikut:-

1) Hantarkan kertas kerja kepada JPPel dan dapatkan kelulusan (Surat Kelulusan). Setiap aktiviti atau program yang telah diluluskan akan diberikan kod projek.

2) Pengerusi/ Pengarah Jawatankuasa perlu menghantar satu lagi borang Kontrak Pembelajaran Kokurikulum kepada PAK. Sekiranya aktiviti atau program tersebut telah diluluskan oleh PAK, maka ia akan dikenali sebagai Kontrak Pembelajaran dan merupakan kontrak dimana setiap penyertaan ahli akan diperakui.
(p/s: PAK sedang memperbaharui sistem baru, bermula bulan Spetember, mahasiswa/i boleh mengisi Kontrak Pembelajaran Kokurikulum secara online untuk permohonan selepas mencetak maklumat dan dihantar ke “Daftar Secara Manual”.)

3) Setiap aktiviti atau program yang telah diluluskan dikehendaki melantik mana-mana individu yang layak sebagai Penyelia. Seorang penyelia hanya boleh menilai tidak lebih daripada 50 orang dalam satu aktiviti atau program (bermula dari Pengerusi hingga AJK). Sekiranya terdapat terlalu ramai ahli dalam suatu aktiviti atau program, maka lebih daripada seorang Penyelia boleh dilantik yang akan diketuai oleh seorang Penyelia Utama dalam kalangan mereka. Penyelia-penyelia juga boleh mengambil bahagian secara tidak langsung bagi memantau perjalanan dan gerak kerja mereka yang terlibat.
(p/s: Individu yang layak menjadi Penyelia :
- Pensyarah UKM
- Pegawai UKM yang layak (contoh: Pegawai dari Pusat Kebudayaan)
- Bukan warga UKM (mesti diakui dan disahkan oleh pihak PAK)

4) Apabila aktiviti atau program telah tamat, individu yang berkenaan (Ketua Projek) hendaklah mengahantar laporan aktiviti/program kepada PAK dan Penyelia (boleh didapatkan melalui sistem selepas September). Setiap ahli yang telah dinilai mestilah menghantarkan laporan mereka sendiri kepada Penyelia masing-masing.
5) Penyelia akan menilai setiap ahli berdasarkan 8 HPPK.

Semasa artikel ini dikeluarkan, pihak PAK masih belum memaklumkan secara jelas tentang sistem manakah yang perlu diikut oleh mahasiswa/i yang telah terlibat sebelum ini dengan sistem ko-kurikulum HX untuk semester akan datang.

GRADUAN ASPIRE 2011 - COMING SOON!



GRADUAN ASPIRE 2011 dianjurkan oleh BIZ CONNEXION SDN BHD dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) di bawah Exco Keusahawanan dan Kerjaya yang merupakan First-ever Talent Regional Talent Networking Fair in Malaysia! GRADUAN ASPIRE 2011 diadakan pada 16 & 17 Julai 2011 betempat di KL Convention Centre (KLCC Dewan 5) yang mensasarkan penglibatan lebih daripada 10,000 peserta (talents) daripada dalam dan luar negara.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada para graduan mengenai pasaran kerja di Malaysia. Pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk mengasah bakat graduan di Malaysia seperti conference bersama top icons daripada pelbagai industry,sesi berkumpulan dengan penglibatan syarikat yang terlibat,bengkel yang bermanfaat dan klinik yang memberi ruang kepada individu untuk menunjukkan bakat dan kreativiti peserta.

Program ini melibatkan 91 buah syarikat daripada Malaysia, singapura, Indonesia dan banyak lagi.KEHADIRAN ANDA(UNDERGRADUATES STUDENT) AMATLAH DIALU-ALUKAN. Hal ini demikian kerana,ini merupakan peluang anda untuk berjumpa dengan TOP GRADUATE EMPLOYERS IN MALAYSIA,yang mana merupakan langkah awal sebagai persediaan anda sebagai mahasiswa melangkah ke alam pekerjaan dunia
.
Mahasiswa/I UKM yang berminat boleh mendaftar dengan SYAFIQ & ANITA serta Pengerusi Biro Keusahawanan & Kerjaya ditalian 019-3858059.Pengangkutan adalah disediakan!!!sila rebut peluang anda..TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWA/I UKM.

BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR, ANDA  BOLEH MENGHANTAR COVER LETTER& RESUME UNTUK DIHANTAR KEPADA SYARIKAT YANG ANDA HENDAK JADIKAN SEBAGAI MAJIKAN..NAMUN BAGI PELAJAR YANG SEDANG BERCUTI,ANDA BOLEH MENGHANTAR COVER LETTER & RESUME ANDA KE ALAMAT mpmazidah@gmail.com BAGI MENOLONG PROSES PENGHANTARAN MAKLUMAT DIRI….

“REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI UNTUK MENDALAMI MAKLUMAT MENGENAI MALAYSIAN JOB MARKET”

SERTAILAH SELAGI PELUANG MASIH ADA!!!!!!!!TEMPAT ADALAH TERHAD!!!!

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI