PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Rabu, Jun 09, 2010

Pertemuan Pemangkin Persefahaman 2

Alhamdulillah selepas pertemuan pertama saudari Nur Ili bt Mohamad Tarmizi, MPP FSKB 3/4 pada 15/3/2010, kami di pihak MPP Mahasiswa, Mariah binti Zakaria, MPP Farmasi dan Nasiha binti Omar, MPP FPER 1/2, sekali lagi mengambil langkah susulan bertemu dengan En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur untuk mengetahui tindakan lanjut pihak pentadbiran tentang laporan dan aduan yang telah kami suarakan. Pertemuan ini diadakan pada 8/6/2010 sekitar jam 11.00 pagi. Tiga perkara utama yang telah kami bangkitkan ialah berkenaan (1) kemudahan pembelajaran, (2) kafeteria dan (3)pengangkutan. Berikut merupakan catatan kami buat rujukan bersama;


i. Kemudahan pembelajaran

Seperti yang sedia maklum, kemudahan-kemudahan di semua dewan kuliah di Kampus Kuala Lumpur mengalami masalah kerosakan. Ini kerana telah lama dewan-dewan kuliah ini tidak dinaiktaraf. Masalah kerosakan penghawa dingin juga tidak terkecuali. Aduan-aduan ini sebenarnya telah lama kedengaran. Sudah beberapa kali perkara ini dibawa ke dalam mesyuarat oleh pihak pentadbiran. Namun tiada tindakan susulan yang telah diambil. Oleh itu, baru-baru ini, menurut En Fairuz, di Mesyuarat Pengurusan Kampus Kesihatan yang melibatkan pentadbiran di Cheras dan juga di KL, dekan-dekan Kampus KL telah menyuarakan tentang kerosakan yang dialami di Kampus KL ini. Disebabkan banyak aduan yang diperolehi, pihak atasan bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kampus Kuala Lumpur. Mesyuarat ini baru pertama kali dijalankan pada bulan lepas. Mesyuarat ini akan diadakan setiap 2 bulan sekali dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri. InsyaAllah dengan tertubuhnya mesyuarat ini, aduan dan masalah di Kampus Kuala Lumpur diharap akan berkurangan. Menurut En Fairuz lagi, Dewan Kuliah 3 (DK 3) akan dibaiki semester hadapan. Manakala 3 lagi dewan kuliah akan dibaiki pada tahun hadapan. Masalah penghawa dingin dan pendawaian elektrik juga akan dibaiki secara berperingkat. Pembaikian bermula dengan tapak MB (menempatkan blok N,P,Q dan seterusnya) dan kemudian diikuti dengan tapak MA (menempatkan blok A,B, C, dll). Tidak terkecuali juga masalah tandas. Masalah sistem takungan tandas akan dibaiki secara berperingkat.


ii. Kafeteria


Sememangnya pelbagai aduan tentang kafeteria yang kami di pihak MPP terima. Menurut En Fairuz, pihak pentadbiran juga tidak terkecuali dari menerima aduan tentang kafeteria daripada kakitangan. Pada 28 April 2010 dan 7 Jun 2010, En Fairuz telah bertemu dengan pengusaha cafeteria. Beberapa perkara telah dibincangkan. Antaranya En Fairuz memohon pihak pengusaha suapaya meningkatkan kebersihan dan menetapakn harga pada kadar yang tetap.Ini adalah salah satulangkah jangka masa pendek. Manakala sebagai tindakan lanjut untuk memastikan seliaan terhadap kafe pada jangka masa panjang, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pematuhan Perkhidmatan Kafeteria yang khusus untuk menyelia kafe di KTSN dan juga di Kampus KL. Jawatankuasa ini dilantik oleh Mohd. Abd. Rashid Mohd Fadzil yang terdiri daripada pihak pentadbiran mahupun pelajar. Menurut En Fairuz, disebabkan ketiadaan sebuah jawatankuasa khas yang bertempat di KL yang memantau kafeteria sebelum inilah yang menyebabkan timbul beberapa masalah. Selain itu, mahasiswa/i juga digalakkan untuk membuat aduan. Sekiranya mahasiswa/i tidak berpuas hati, bolehlah menuliskan sebab, tarikh, masa, kenapa dan maklumat diri. Adalah lebih baik juga jika gambar dapat diambil sebagai bukti. Ini bagi memudahkan pihak pentadbiran untuk mengemukakan bukti atau saksi sekiranya diperlukan. Mahasiswa bolehlah membuat aduan di atas kertas kosong, mahupun menghantar email terus kepada En Fairuz, mrfairuz@ppukm.ukm.my. Ini kerana tiada borang aduan khas yang disediakan. Untuk makluman mahasiswa juga, perkhidmatan kafeteria ini berakhir pada bulan Oktober ini. Sekiranya jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan, maka kontrak akan dilanjutkan. Oleh itu aduan dan pendapat mahasiswa amat penting untuk pihak jawatankuasa membuat keputusan.


iii. Pengangkutan


Masalah dari segi pengangkutan juga tidak terlepas dari pemerhatian kami. Terdapat pelajar memberi aduan pemandu bas memandu secara tidak beretika, berbau rokok di dalam bas dan sebagainya. Setelah kami ajukan masalah ini, beberapa maklumat baru kami peroleh. Bas yang yang menggunakan perjalan dari Kampus KL ke Banggunan Yayasan Selangor dan akhirnya ke KTSN dan sebaliknya, adalah bas dari perkhidmatan ELTABINA JAYA SDN BHD. Perkhidmatan ini termasuk juga pemandu. Terdapat 3 buah bas berwarna biru merupakan bas dari perkhidmatan syarikat ini. Dua buah van yang digunakan pelajar untuk ke Kg Baru juga terletak di bawah perkhidmatan ELTABINA JAYA SDN. BHD. Manakala bas UKM pula adalah bas yang berwarna putih yang mempunyai lambang UKM. Bas ini digunakan untuk membawa pelajar pergi dan pulang dari Kampus KL ke PPUKM sahaja. Oleh itu, sebarang aduan berkenaan bas yang membawa mahasiswa pergi dan pulang ke KTSN (kecuali sebuah bas putih yang tidak mempunyai penghawa dingin) adalah ditujukan kepada syarikat ELTABINA JAYA SDN. BHD. Namun begitu, masalah ini telah kami suarakan kepada En Fairuz untuk disampaikan kepada pihak syarikat berkenaan. Terdapat juga aduan dari mahasiswa/i berkenaan masalah pengangkutan pada hari Sabtu dan pengangkutan ke PPUKM.


Untuk makluman mahasiswa/i, pengangkutan pada hari Sabtu tidak disediakan. Ia adalah berdasarkan permohonan pelajar. Bas yang disediakan setiap hari Sabtu pada sesi lepas adalah berdasarkan permohonan dari Fakulti Perubatan. Oleh itu, bagi pihak yang ingin menggunakan perkhidmatan bas pada hari Sabtu bolehlah mengemukakan permohonan. (InsyaAllah saya sebagai MPP Farmasi akan menyuarakan masalah ini kepada pihak Fakulti Farmasi). Selain itu, pengangkutan ke PPUKM juga berdasarkan permohonan pelajar. Terdapat 2 kali perjalan bas dari Kampus KL ke PPUKM iaitu pada jam 7.15 pagi dan 1.15 tgh. Manakala perjalanan pulang dari PPUKM ke Kampus KL hanya sekali iaitu pada jam 5.15 petang. (Masalah ini juga saya akan cuba keutarakan ke pihak fakulti mewakili mahasiswa/i tahun 3 dan 4). Selain itu, untuk makluman siswa/i, perkhidmatan bas akan ditambah sebuah lagi pada sesi depan. Ini bagi mengatasi masalah tidak cukup bas ketika ‘peak hour’.



Alhamdulillah, hasil pertemuan dengan En Fairuz, kami mendapat penjelasan yang baik dari beliau mengenai isu kebajikan. Memandangkan masa tidak mengizinkan iaitu menghampiri pukul 1 petang, masalah kemudahan ATM akan disuarakan dan dipanjangkan pada pertemuan berikutnya beserta perkembangan tindakan susulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib berkenaan isu kebajikan di atas, Insyaallah. Diharap mahasiswa dapat bersabar.














DISEDIAKAN OLEH :

Mariah binti Zakaria, MPP Farmasi
Nasiha binti Omar, MPP FPER 1/2

Ahad, Jun 06, 2010

Laporan Perkembangan ATM di UKM KL

SUMBER BERITA : MPP Mariah

Aduan demi aduan datang mengutarakan masalah ketiadaan mesin pengeluaran wang (ATM) Bank Islam di sekitar Kampus KL sejak tahun lepas lagi. Sama ada dari pelajar mahupun dari kakitangan pentadbiran, pensyarah dan pelajar. Dan aduan-aduan dari pelajar ini telah kami suarakan kepada pihak pentadbitran. Alhamdulillah langkah pertama telah diambil oleh En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar, Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur. Beliau telah menghantar surat kepada pihak Channel Strategi Bank Islam Berhad, Wisma Bank Islam di Bukit Damansara. Surat bertarikh 24 Mei itu juga dihantar salinan kepada kami MPP berlima UKM KL. Bersama surat itu juga disertakan tempat yang bersesuaian untuk meletakkan mesin ATM tersebut. Di bawah merupakan gambar salinan surat.























InsyaAllah langkah awal ini akan kami sentiasa mengikut dan memberitahu perkembangannya. Sama-sama kita mendoakan semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar. Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah lah yang lebih tepat.



‘KE ARAH MAHASISWA PROFESIONALISME UNGGUL’

Khamis, Jun 03, 2010

The Malaysian Bar : Drop action against the four UKM students

The Malaysian Bar deplores National University (UKM)'s action in using draconian Universities and University Colleges Act 1971 (UUCA) to institute displinary action against four political science undergraduates.

UUCA is unconstitutional, as it negates the freedoms of expression, assembly and association. It is anachronistic and has no place in any democratic society. Furthermore, the prohibition against legal representation for the students is unacceptable, in light of the potential penalties and the repercussions facing the students. By comparison, lecturers are permitted to be represented by legal counsel.

The four undergraduates- Muhammad Hilman Bin Idham, Muhammad Ismail bin Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha and Woon King Chai- have been asked to appear before the University's disciplinary board to answer charges that they "expressed support or sympathies" for a political party during the recent Hulu Selangor by-election in an alleged violation of section 15 (5)(a) of UUCA.

The Malaysian Bar views section 15(5)(a) of UUCA as being inconsistent with Article 10 of the Federal Constitution in that it renders the rights of students to express themselves, to assemble peacefully, and to form associations, ineffective and illusory. It is neither a reasonable ristriction permitted under Article 10(2) nor a law proportionate to the democratic needs of Malaysia.

To bar Malaysian students from taking an active role in politics during the course of their tertiary education is repressive, unjust and illogical. The continued existence of the many stifling UUCA provisions denies university students the opportunity to fully participate in the nation's democratic process, thereby serving to hinder valuable social discourse as well as the students' intellectual and spiritual growth.

The Malaysian Bar calls for the formation of a credible Parliamentary Select Committee to conduct a comprehensive and meaningful review of UUCA with a view towards bringing it in line with current developments and repealing the many provisions that curtail the democratic freedom of students.

Pending such a review, The Malaysian Bar calls on UKM to drop the proposed charges against the four undergraduate students.

Ragunath Kesavan
President
Malaysian Bar

2 June 2010

Rabu, Jun 02, 2010

Tahniah Mahasiswa UKM4 Berjaya Peroleh Injuksi Mahkamah Tangguh Kes Tatatertib di UKM

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengucapkan tahniah kepada keempat-empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM; Saudara Hilman Idham, Saudara Woon King Chai, Saudara Ismail Aminuddin, dan Saudari Azlin Shafina serta barisan peguam atas kejayaan memperoleh satu Injuksi Interim secara exparte bagi menghalang prosiding tatatertib universiti terus dijalankan pada hari ini. SMM merasakan bahawa ini adalah satu petanda awal yang sangat positif dalam usaha dan perjuangan SMM untuk menuntut agar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan. Bukan hanya kerana soal hak dan kebebasan mahasiswa sahaja, namun ia juga atas kesedaran untuk memperbaiki tahap kebebasan akademik yang semakin merudum di negara Malaysia ini.

Hari ini merupakan sejarah terbaru dalam gerakan mahasiswa sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Kemenangan mahasiswa menangguhkan prosiding pada hari ini adalah kemenangan pertama buat seluruh mahasiswa di negara ini. Walau bagaimanapun. SMM menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kembali mendengar semula kes ini secara inter-partes pada 17 Jun 2010. Di peringkat SMM, kita yakin bahawa 4 orang aktivis mahasiswa ini telah bersedia untuk berdepan dengan kes itu nanti. Harapannya, agar semangat dan keazaman mereka tetap kukuh dan berterusan dalam perjuangan.




Selain itu, SMM juga mengingatkan semua bahawa perbicaraan kes AUKU, Soh Sok Hwa, pada Jumaat, 4 Jun 2010 akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga pada jam 3.30 petang. Dalam hal ini, SMM konsisten seperti mana kes pada hari ini, SMM dan seluruh pergerakan mahasiswa menolak sama sekali Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Biarpun perjuangan ini sudah lama bermula, namun kami merasakan bahawa kes sepanjang minggu ini memberikan nafas baru kepada pergerakan mahasiswa dalam usaha SMM untuk menuntut supaya AUKU dimansuhkan.

Oleh yang demikian, SMM dengan lantangnya menyeru kepada seluruh pergerakan mahasiswa, anak muda, ahli akademik, serta seluruh masyarakat supaya bersama-sama kami menolak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Kami juga menuntut agar kerajaan memansuhkan akta ini yang sama sekali mengekang hak dan kebabasan mahasiswa dan yang lebih penting lagi turut mengekang hak dan kebebasan mahasiswa dan pensyarah berakademik. Atas semangat dan harapan ke arah masa depan Malaysia yang lebih baik, SMM sekali lagi menyeru seluruh masyarakat untuk turut sama dalam perjuangan menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti dan menuntut untuk dimansuhkan.

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

Selasa, Jun 01, 2010

Kenyataan Rasmi MPP Mahasiswa UKM Mengutuk Tindakan Zalim Israel

MPP Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis Israel yang menyerang kapal konvoi Mavi Marmara yang membawa bantuan ke Gaza melalui misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G). Kekejaman dan sikap keganasan Israel di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean itu telah mengorbankan 20 nyawa dan menyebabkan puluhan penumpang yang tidak bersenjata tercedera.

Menurut laman sesawang LL4G, LL4G merupakan satu misi kemanusiaan yang membawa bantuan ke Gaza. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuklah ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tiada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk digunakan sebagai alat mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dalam kalangan masyarakat awam.Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut :

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang datang secara aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

Menurut salah seorang MPP Mahasiswa, Saudari Nabilah Mohd Maiyidin," Kita selaku mahasiswa hendaklah berani tampil ke hadapan untuk sama-sama mempertahankan rakyat Palestin dan juga mereka yang menyertai misi kemanusiaan tersebut. Kita semua berhak bersuara. Kami mendesak kerajaan agar sama-sama bertindak menentang kezaliman Zionis. Perbuatan mereka sungguh kejam dan tidak boleh dibiarkan lagi", ujarnya, ketika diminta mengulas mengenai tindakan zalim Israel ke atas konvoi misi kemanusiaan LL4G.

Israel sememangnya tiada sebab dan tiada hak untuk menghalang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini. Konvoi tersebut bertujuan untuk memberikan bantuan bukannya untuk melancarkan serangan. Justeru, mahasiswa berpendirian bahawa tindakan kejam zionis seharusnya dihentikan dan dihalang demi menjamin keamanan semua pihak. Sekali lagi, pihak MPP Mahasiswa mendesak kerajaan agar melancarkan tindakan yang sewajarnya seandainya kekejaman ini terus berlaku. " Saya tidak sanggup melihat saudara kita yang tidak berdosa diperlakukan dengan sebegitu rupa. Saya berharap, tindakan yang sewajarnya dapat diambil dan sebagai umat Islam, kita perlulah berusaha membantu mereka dengan melakukan Solat Hajat dan berdoa serta membaca Qunut Nazilah setiap kali selepas solat fardhu", ujar Saudari Nabilah lagi.

Secara tuntasnya, semua pihak termasuk kerajaan seharusnya cakna dengan isu ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Memandangkan tindakan pihak Israel yang keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan itu, MPP mahasiswa berharap agar pihak kerajaan mengambil langkah menghentikan kerjasama dengan APCO sebagai menunjukkan tanda protes terhadap kekejaman mereka.

Seperti yang diketahui, Syarikat APCO Worldwide merupakan sebuah syarikat yang dikatakan pro-Israel dan dilantik kerajaan Malaysia untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh. Oleh itu, dapat difahamkan bahawa APCO melibatkan kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Israel. Justeru,kerajaan haruslah menghentikan kerjasama ini dengan segera demi membela nasib rakyat Palestin dan mereka yang terbunuh dalam misi konvoi kemanusiaan ke Gaza yang diserang tanpa belas kasihan. Sekiranya kerjasama ini masih diteruskan, kerajaan Malaysia akan dilihat bersekongkol dengan pihak Zionis dan menyokong kekejaman itu dilakukan.

KENYATAAN BERSAMA

Muhamad Faiz b Ismail
Muhammad Syafiq b Abdul Aziz
Ou Yong Koh Beng
Wan Ahmad Fahmi b Wan Abdul Hamid
Khairul Anuar b Mat Lazim
Nik Ahmad Syafie b Raja Daud
Mohd Zaim Juwaidi b Jamaluddin
Nabilah bt Mohamad Maiyidin
Alia Suzana bt Asri
Mariah bt Zakaria
Sarzliana bt Soaidin
Nasiha bt Omar
Farih Najihah bt Hashim
Nur Ili bt Mohamad Tarmizi