Sabtu, Disember 27, 2014

SUKARELAWAN PMUKM : GOTONG ROYONG SURAU TUN SRI LANANG


Oleh : Muhamad Hafiz bin Ismail
Ketua Biro Kebajikan dan Prasarana
MPP Fakulti Pengajian Islam


20 Disember 2014, UKM,Bangi - Perpustakaan Tun Sri Lanang bekerjasama dengan Pihak Syarikat Bina Intergrated sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa UKM telah melaksanakan program Gotong Royong sekitar Surau Tun Sri Lanang dan bahagian PTSL sendiri. Inisiatif ini dilaksanakan bersempena dengan perasmian nama Surau Tun Sri Lanang.

Terdapat seramai 44 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa UKM telah terlibat dalam program gotong royong ini. Antara kerja yang dilakukan ialah mengecat bilik karer di aras 3, membersihkan tandas,dan mengecat sebahagian surau,

Kerja gotong royong ini juga selari dengan kehendak Naib Canselor UKM sendiri, Prof Datuk Dr Nor Azlan Ghazali, iaitu kra 6 ( Prasarana dan Persekitaran Ilmu yang Kondusif). Antara perkara yang menarik pada hari kejadian ialah Pelancaran Kelab Sukarelawan PTSL dimana mereka yang terlibat dalam gotong royong pada hari berkenaan secara langsung telah menjadi ahli sukarelawan perintis.

InsyaAllah, selepas ini pihak PMUKM melalui biro kebajikan dan Prasarana akan bekerjasama dengan pihak perpustakaan untuk bersama sama mengimarahkan surau TSL dengan aktiviti bercorak akademik mahupun kerohanian. Kami di peringkat mahasiswa sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan pihak perpustakaan yang diketuai ketua Pustakawan Puan Hafsah Mohd. Hal Ini juga selaras dengan sabda Nabi Muhamad S.a.w "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(HR. Muslim).    

Saya secara peribadinya ingin mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada pihak PTSL dan juga sukarelawan serta barisan MPP PMUKM yang hadir pada hari berkenaan. Diharap usaha kecil kita ini besar pada pandangan Allah Swt.



Sekian,
"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"