Oleh : Muhamad Hafiz bin Ismail
Ketua Biro Kebajikan dan Prasarana
MPP Fakulti Pengajian Islam
Ketua Biro Kebajikan dan Prasarana
MPP Fakulti Pengajian Islam
27 Disember 2014, Bangi - PMUKM dengan kerjasama Persatuan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) dan Persatuan Anak Negeri Kelantan (PERDANA) berjaya melakukan sesi kutipan derma buat mangsa banjir di sekitar Pasar Malam, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Kutipan derma ini bermula pada jam 5.30 pm sehingga 7.00 pm dengan menggunakan khidmat sukarelawan daripada mahasiswa UKM sendiri. Beberapa wakil mahasiswa bersama MPP PMUKM turun ke lapangan bersama-sama dalam menjayakan kutipan derma pada petang tadi.
Alhamdulillah, hasil kutipan derma sekitar Pasar malam, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi adalah sebanyak RM4856.00. Ribuan terima kasih buat masyarakat Bangi dan mahasiswa yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Kutipan derma ini akan berterusan dalam dan luar UKM , serta akan berjalan sepanjang musim peperiksaan di UKM agar menunjukkan bahawa mahasiswa juga cakna akan perkembangan semasa berkaitan bencana banjir yang berlaku di beberapa buah negeri.
Gambar sekitar Kutipan Derma :
INFO :
29/12/2014 - 19/1/2015 : Pelancaran tabung dan kutipan derma di semua pusat peperiksaan (selepas setiap sesi exam)
Selepas Peperiksaan : Sukarelawan bergotong-royong di beberapa kawasan banjir ( bergantung kepada keadaan jika sudah surut)
Aktiviti berterusan :
1 ) Hantaran bantuan material ke bilik PMUKM yang bertempat di bangunan PUSANIKA
2 ) Update terkini keadaan banjir
Keahlian sukarelawan: melalui link ini http://goo.gl/forms/csp7sQM0Cp . Boleh berhubung terus dengan MPP USAMAH, MPP HAFIZ ISMAIL atau MPP WAN MUHAMMAD HAFIZ. Pergerakan ini adalah dengan kerjasama HEJIM UKM, Pusat Islam UKM , Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) dan Persatuan Anak Negeri Kelantan (PERDANA)
Sekian,
"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"