PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Ahad, Disember 30, 2012

TAHNIAH, UKM TERIMA ANUGERAH CEMERLANG PENARAFAN 5 BINTANG

UKM Terima Anugerah Cemerlang Penarafan 5 Bintang "Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2012" 


 


PMUKM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana menerima Anugerah Cemerlang Penarafan 5 Bintang "Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2012". 

Portal Kerajaan Malaysia dan Penilaian Web (MGPWA) telah mula dilaksanakan pada tahun 2005 oleh E-Kerajaan. Antara objektif adalah untuk menganalisis prestasi lebih daripada 900 portal dan laman web Kerajaan. MDeC telah diberi mandat untuk menjalankan audit ke atas semua laman web Agensi Kerajaan dan menasihati serta mencadangkan cara-cara untuk menaik taraf laman web.
 
 

  

Isnin, Disember 24, 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM),mengucapkan semoga berjaya kepada semua rakan mahasiswa UKM di dalam peperiksaan akhir semester ini. Optimumkan masa yang ada ini untuk kita fokus kepada proses ulangkaji dan membuat soalan-soalan akhir yang lepas. Juga jangan lupakan untuk memohon kepada iIlahi untuk memakbulkan apa yang kita hajati. Di saat-saat sebegini, kami harapkan rakan-rakan jangan lupakan untuk berbuat kebaikan. Juga jangan lupakan untuk menghubungi ibu bapa di kampung untuk memohon restu daripada mereka.
Semoga apa yang kita hajati akan dimakbulkan-Nya.
 
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Jumaat, Disember 21, 2012

FORUM ANTARA PIMPINAN MPP MALAYSIA-THAILAND : KE ARAH MEMANIFESTASI PAKSI PMUKM


Satu forum antara Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia –Thailand telah diadakan di Bangkok bagi membincangkan hubungan antara Malaysia-Thailand. Hal ini sebagai salah satu langkah yang cukup baik sebagai asas kepada pembentukan “Asean Community” pada tahun 2015.  Atas sebab itu, Malaysia dan Thailand telah memulakan langkah yang proaktif dengan menjadi antara peneraju utama dan cuba untuk membina jaringan yang lebih erat bagi memastikan hasrat ini tercapai. Sedar akan tanggungjawab generasi-Y pada masa kini, pemimpin pelajar yang dipilih dari beberapa Universiti di kedua-dua buah negara telah mengadakan satu sesi perbincangan untuk menentukan hala tuju disamping mula membina jaringan antara kedua buah negara. Antara perkara yang dibincangkan adalah;
MPP Arief bersama Duta Thailand,
Mr Songsak Saicheua


1) Peranan mahasiswa universiti Malaysia dan Thailand dalam menyokong “ASEAN Community”.
2) “The Way forward” : Bagaimana hendak meningkatkan peranan mahasiswa universiti Malaysia dan Thailand dalam mempromosi hubungan dan persefahaman antara Thailand dan Malaysia.


Beberapa cadangan telah dikemukakan antara kedua buah negara dan antaranya adalah dengan merombak sistem semester Universiti Thailand mengikut sistem semester di Malaysia,pemberian unit kredit kepada  pertukaran pelajar dan perlaksanaan program dan kem bagi menambahkan lagi pengetahuan pemimpin pelajar berkaitan dengan ASEAN.

Selain daripada itu,wakil UKM, saudara Arief Othman, telah menjadikan ia sebagai satu platform terbaik bagi membina hubungan dengan universiti antarabangsa agar sebagai satu tapak asas kepada manifestasi dasar pengantarabangsaan yang ditetapkan oleh Presiden PMUKM sendiri. Beberapa pendapat dan idea telah dilontarkan bukan sahaja kepada mahasiswa di sana, namun juga bersama dengan Duta Thailand di Malaysia yang turut hadir sepanjang program itu berlangsung. 

“Saya telah berhubung dengan Mr. Songsak Saicheua selaku Duta Thailand di Malaysia berkaitan dengan beberapa idea dari kami di peringkat UKM, dan beliau amat menghargai dan menyambut baik idea yang telah dibincangkan tersebut dan bersedia untuk menolong.”, katanya sewaktu dihubungi di Bangkok, Thailand.

Tambahan lagi, sewaktu bertemu dengan wakil pemimpin pelajar University of Chulalongkorn, mereka bersedia untuk melakukan kerjasama bilateral antara universiti mereka dan juga UKM serta mengharapkan agar lawatan MPP Arief ke universiti mereka sebagai satu langkah pertama dalam mewujudkan kerjasama dua hala ini. MPP Arief Othman berkata, "Saya sudah membina tapak asas dalam perhubungan ini, dan selepas ini saya yakin MPP Mustapha selaku Ketua Biro Pengantarabangsaan akan mengambil berat akan tanggungjawab ini.".

MPP Arief Othman bersama beberapa wakil pelajar daripada University of Chulalongkorn,
Assumption University of Thailand, dan Thammasat University.
MPP Arief Othman bersama Presiden (seperti NC) University of Chulalongkorn

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI






Khamis, Disember 20, 2012

DIALOG TRANSRENGIT: MAHASISWA KESAL TIADA WAKIL UNIT KENDERAAN

MPP Azrai sebagai moderator. MPP Izati, wakil PMUKM
 dan En Mahyudin, Pengurus Eksekutif Rengit

19 Dis - Satu sesi dialog telah diadakan antara para pelajar, pengurus Transrengit, En Mahyudin dan wakil MPP PMUKM, MPP Izati Othman yang merupakan Setiausaha Agong PMUKM.

Respon mahasiswa/i yang hadir semasa sesi dialog semalam:
- "Sikap pemandu yang kurang disenangi Mahasiswa"
- "Mahasiswa merungut mengenai bas tidak tepati masa, ini akan mengganggu perjalanan kami ke dewan kuliah."
- Mahasiswa tuntut Jaminan Perkhidmatan Bas Trans-Rengit semasa musim Peperiksaan.
- Cadangan mahasiswa: Pastikan wujudnya penyelia disetiap zon. Tujuan utamanya adalah untuk pastikan bas tepati masa.
 
Respon MPP Izati Othman atas soalan yang diajukan:
- "PMUKM beri kata dua kepada Trans-Rengit, samada untuk meningkatkan perkhidmatan bas Trans-Rengit atau kami menggesa pihak pentadbiran UKM mengkaji semula kontrak Trans-Rengit bersama UKM"
-"Jika pada hari ini mahasiswa kecewa terhadap isu ini, maka jawapannya kami di pihak PMUKM lebih kecewa berhubung isu ini kerana hakikatnya kami dipilih mahasiswa untuk membawa suara mahasiswa"

Respon Pengurus Transrengit, En Mahyudin atas soalan yang diajukan:
- "Jika isu ini tidak selesai, bukan UKM sendiri yang halau saya keluar, tetapi saya sendiri yang akan keluar. Saya tidak dipilih berdasarkan kroni/kabel. Sehingga bulan 12 ni jika tidak selesai, kami akan berundur."
- "Usia bas kita yang diminta oleh pihak UKM, semuanya 2004 ke atas. Belting putus menandakan aircond tidak berfungsi."
- "Datang untuk rugi, bukan bisnes. Saya tak ingin datang ke UKM untuk mencipta nama yang buruk. Jika masalah ini tidak selesai, kami(Trans-Rengit) tidak ingin menyusahkan sesiapa."
-"Tiada unsur sengaja pada kemalangan yang berlaku pada tempoh hari. Kita berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat mahasiswa"
- "Penambahbaikan telah kami laksanakan. Kalau saudara/i perasan kita telah paparkan gambar driver bas di cermin bas"
 
Kesimpulannya, kami di barisan PMUKM memahami bahawa apabila kita berbicara tentang sesuatu perkhidmatan, maka kita akan banyak dihujani dengan aduan dan komen bagi tujuan penambahbaikan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang tidak mendapat penjelasan secara terperinci kerana ketidakhadiran wakil Unit Kenderaan dalam sesi dialog semalam. Kami memohon maaf kepada para pelajar yang hadir atas kekurangan ini. Semoga sesi dialog ini mampu menjernihkan kecelaruan yang bermain di minda mahasiswa/i UKM.
Di pihak pengurusan Transrengit, mereka telah memberi tempoh masa sehingga hujung bulan ini untuk memperbaiki keadaan. Andai kata masalah yang sama masih berlaku, mereka redha akan melepaskan kontrak pengendalian bas di UKM.
Akhir sekali, kami tuntut isu ini diselesaikan segera!!
 
Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN UKM4PALESTINE

Penyerahan cek sumbangan UKM4PALESTINE kepada
Aman Palestin dan Aqsa Syarif
19 Dis - Alhamdulillah selesai sudah majlis penyerahan kutipan derma UKM4PALESTIN ,berjumlah RM 40 Ribu. Tahniah PMUKM ucapkan kepada Pengarah Sekretariat UKM4PALESTINE, saudara Abdullah Sani yang juga merupakan Exco Lajnah Dakwah dan Perpaduan Nasional ISIUKM dan juga semua mahasiswa/i yang cuba sedaya upaya untuk mengutip dana tersebut.

Abdullah Sani juga mengharapkan usaha membantu umat islam ini tidak terhenti di sini , tetapi disambung lagi oleh kawan-kawan , persatuan-persatuan lain ,jaksa-jaksa demi meneruskan kesinambungan kebersamaan mahasiswa bersama dalam Isu Umat Islam. Mungkin selepas ini akan wujud UKM4SYRIA,UKM4ROHINGYA, dan lain-lain lagi sekretariat yang ditubuhkan untuk membantu umat islam di muka bumi ini.

Di peringkat PMUKM, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan kutipan derma UKM4PALESTIN. " "Palestin , UKM bersama mu ".



Presiden PMUKM bersama Dr Anuar Ahmad
di Majlis Penyerahan Sumbangan UKM4PALESTIN.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Rabu, Disember 19, 2012

PENGAMBILAN KMJP BARU MULAI 19 DISEMBER


Pertukaran tempat peperiksaan DECTAR ke Bangunan Baru Perpustakaan Lingkungan Kedua. Mohon semua Pelajar untuk dapatkan KMJP baru mulai HARI INI 19 DISEMBER 2012Perubahan tempat peperiksaan ini hanya melibatkan peperiksaan di DECTAR dan Panggung Seni sahaja. Peperiksaan di DEWAN TUN ABDULLAH MOHD SALLEH dan DEWAN GEMILANG DIKEKALKAN.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI 

SESI DIALOG MPP PMUKM BERSAMA PENGURUS TRANSRENGIT DAN UNIT KENDERAAN


19 Dis - Satu sesi dialog MPP PMUKM MPP Izati Othman dan MPP Azrai bersama Pengurus Transrengit serta Unit Pengangkutan UKM. Rujuk: MPP Arief Gesa Adakan Sesi Dialog Bersama Pengurus Transrengit. Sesi ini merupakan salah satu medium bagi pelajar dan MPP PMUKM untuk menjawab persoalan yang timbul.

SESI DIALOG MPP PMUKM BERSAMA PENGURUS TRANSRENGIT & UNIT PENGANGKUTAN UKM
- 8.30 pm
- Auditorium Siswa, Pusanika

SEMUA DIJEMPUT HADIR

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Disember 18, 2012

KONVENSYEN MPP IPT 2012

MPP PMUKM bersama TNC HEPA semasa Majlis Penutupan
Konvensyen MPP IPT

14 & 15 DIS - Seramai 8 orang MPP UKM iaitu Presiden PMUKM, Ahmad Shukran  Bin Shaharudin, MPP Azrai, MPP Izati Othman, MPP Afifah, MPP Afiah Nasuha, MPP Shahrul Akmal, MPP Syahir dan MPP Azreen Malek telah menghadirkan diri ke Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2012. Konvensyen ini bertujuan untuk mengumpulkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di semua universiti awam dan swasta, di samping menjadi salah satu medan bagi MPP berkongsi masalah dan melontarkan idea.

Pada 14 Disember, Perasmian Konvensyen MPP IPT telah diadakan seiring dengan Majlis Pensijilan 1Citizen oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Za'ba, Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. 1CITIZEN merupakan satu program latihan khas yang dibangunkan oleh Prestariang Sistem Sdn Bhd untuk memupuk perpaduan negara melalui penggunaan teknologi yang sesuai. Ia memberi inspirasi orang muda untuk menjadi pemikir kritikal yang memahami kesan etika tingkah laku dalam talian. 1Citizen. Pelajar UKM dialu-alukan untuk menyertai 1Citizen dalam menyerlahkan potensi anda dalam bidang siber.

Semasa Majlis Perasmian Konvensyen MPP IPT 2012 oleh
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Hasil perbincangan antara semua MPP, isu yang telah dibawa daripada MPPK semasa Majlis Penutupan Konvensyen MPP IPT yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib ialah:
  1. Isu wifi yang perlahan di kampus.
  2. Isu penempatan pelajar yang tidak cukup untuk menampung bilangan pelajar.
16/20 IPTA mengalami masalah wifi seperti kekurangan akses di kolej kediaman, server tidak mampu menampung jumlah pengguna yang ramai, dan juga masalah gangguan wifi kerana dalam proses penambah baikkan  kabelfiber. Respon PM semasa ucapan beliau, beliau telah berjanji akan tambah penempatan pelajar dalam kampus. Beliau juga berkesempatan menyampaikan replika cek Baucar Buku 1Malaysia kepada Pengerusi MPPK, Presiden MPP UTHM.
 
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI


Isnin, Disember 17, 2012

LAWATAN MPP UUM DENGAN PMUKM

PMUKM bersama MPP UUM di hadapan Bangunan FTSM
14 Disember 2012 - Dua orang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan ahli Kelab Komputer Universiti Utara Malaysia mengadakan lawatan ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ini dianggotai oleh seorang Pegawai pengiring, dua orang Majlis Perwakilan Pelajar dan 34 peserta dari Kelab Komputer Universiti Utara Malaysia.

Program ini bertujuan untuk membina hubungan yang baik di antara MPP UUM bersama dengan PMUKM. PMUKM telah mengadakan sesi bersama MPP UUM pada jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang dengan membuat lawatan di sekitar UKM.

Kami berharap dengan program sebegini mampu memberi kesan yang baik dan hubungan baik yang telah terbina menjadi tiket untuk memudahkan aktiviti-aktiviti secara bersama bagi kedua-dua pihak.

MPP Marwan menerima cenderamata dari MPP UUM, Izham

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI



Ahad, Disember 16, 2012

NOTIS PENGESAHAN KOLEJ BAGI SEM 2 SESI 2012/2013



PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SEMESTER II SESI 2012/2013
  • SILA BUAT PENGESAHAN MULAI 17 HINGGA 31 DISEMBER 2012
  • SELEPAS TARIKH INI PENGESAHAN PENGINAPAN ANDA AKAN DIRUJUK KEPADA PENGETUA KOLEJ UNTUK KELULUSAN.
  • PENGESAHAN HENDAKLAH MELALUI WEB : Sistem Perumahan Pelajar
  • PENDAFTARAN MASUK KOLEJ MULAI 18 FEBRUARI 2013


PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER II SESI 2012/2013
  • PELAJAR YANG TAMAT LATIHAN INDUSTRI DAN PELAJAR YANG TINGGAL DI LUAR KOLEJ, SILA BUAT PERMOHONAN MELALUI WEB SECARA “ON LINE” Sistem Perumahan Pelajar MULAI 1 HINGGA 31 DISEMBER 2012.
  • KEPUTUSAN PERMOHONAN AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI SMS SEBELUM SEMESTER II DIBUKA.


TARIKH AKHIR PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PERMOHONAN PENGINAPAN LUAR SEMESTER I
SESI 2012/2013
  •  TARIKH AKHIR MENGOSONGKAN BILIK PADA 19 JANUARI 2013
  • PERMOHONAN PENGINAPAN LUAR SEMESTER (Sem.5) ADALAH SECARA “ONLINE” Sistem Perumahan Pelajar MULAI 1 HINGGA 15 JANUARI 2013.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, Disember 15, 2012

MPP ARIEF MENGGESA DIADAKAN SESI DIALOG BERSAMA MAHASISWA DENGAN PENGURUS TRANS RENGIT

Kejadian kemalangan yang terbaru
di hadapan PPU UKM
Usai saya memberi sudut pandang berkaitan dengan piket bagi menerangkan situasi yang berlaku kepada perkhidmatan Bas Rengit ini, saya dimaklumkan bahawa pada hari ini, berlaku lagi kemalangan iaitu selang tempoh hanya tiga hari selepas daripada kemalangan di FUU berlaku. Kami di barisan PMUKM berasa amat dukacita berkaitan dengan isu ini dan lebih-lebih lagi ia melibatkan suara mahasiswa.


Oleh yang demikian, saya MPP Arief Ohtman mencadangkan agar diadakan perjumpaan antara Pengurus Trans Rengit bersama mahasiswa UKM bagi mengadakan sesi dialog dan penerangan mengapa perkara ini berlaku. Oleh itu, jika perkara ini tidak akan diambil serius oleh mana-mana pihak yang terlibat, saya dan wakil PMUKM tidak akan tergesa-gesa untuk mengambil tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah ini..



MPP Arief Othman
Speaker

PMUKM

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Jumaat, Disember 14, 2012

12.12.12 : TRAGEDI BAS TRANS-RENGIT


Salam mahasiswa.

Ramai yang meminta saya untuk mengulas isu PMUKM berpiket di hadapan Canselori pada tarikh 12.12.2012 yang lalu. Hakikatnya ia bukanlah bertujuan untuk memainkan sentimen politik, namun ia adalah lebih kepada memberi kesedaran, penjelasan berkaitan dengan isu bas ini. Hakikatnya, saya selaku Majlis Perwakilan Pelajar yang menjadi orang tengah terhadap isu ini, cuba untuk memberi penjelasan berkaitan dengan masalah ini. Cumanya, kami di barisan PMUKM amat jelas dengan pembawaan kami yang mana ia bukanlah hanya semata-mata dengan memberi penjelasan. Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, kami telah pun menyatakan beberapa tindakan seperti mengambil inisiatif dengan berjumpa pengurus Trans Rengit di Shah Alam, memberi aduan pelajar kepada Unit Pengangkutan, dan juga kepada Unit Bendahari. ( Selesaikan segera masalah rengit ).

Sudut Pandang MPP Arief Othman
Speaker
PMUKM
Selain daripada itu, atas alasan mulanya bahawa mereka baru sahaja berkhidmat, kami di barisan PMUKM telah turun ke padang pada awal pagi dengan mengambil inisiatif untuk memberi jadual lengkap perjalanan bas disamping laluan untuk perjalanan mereka. Namun begitu, apa yang dikesalkan bahawa selama lebih kurang tempoh 3 bulan ini, masalah ini masih lagi berlaku dan berulang.

Sikap pemandu, kondisi bas, dan sebagainya masih lagi berlaku. Kebetulan pada tarikh 12.12.2012, satu kemalangan telah berlaku melibatkan bas trans Rengit dan juga pelajar Fakulti Undang-Undang. Maka ini adalah sesuatu yang sangat dikesalkan dan saya amat bimbang jika perkara ini dibiarkan sahaja, maka ia mungkin akan menjadi lebih teruk lagi.


Saya akui bahawa kemalangan adalah sesuatu yang tidak dijangka, namun kita perlu mengambil sikap untuk berhati-hati semasa dalam pemanduan. Berbetulan dengan itu, kes yang sama bukan sahaja berlaku di UKM semata-mata, namun ia turut berlaku di UITM. Makanya, persoalan yang ditimbulkan di sini adalah, adakah ia isu yang sengaja dimainkan oleh mahasiswa ataupun perkhidmatan Trans Rengit ini yang bermasalah?

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, Disember 13, 2012

JPA : PERJUMPAAN PELAJAR BARU TAJAAN JPA


PENGUMUMAN

UNIT KEBAJIKAN PELAJAR
PERJUMPAAN PELAJAR BARU TAJAAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
SESI AKADEMIK 2012/2013
KAMPUS BANGI

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar baru tajaan JPA Sesi Akademik 2012/2013 pada:

18 DISEMBER 2012 (SELASA)
4.00 PETANG
DEWAN ANUAR MAHMUD, FST UKM BANGI

Sehubungan dengan itu pelajar yang telah ditawarkan PIDN pada Sesi 2012/2013 WAJIB HADIR pada sesi bersama  pegawai JPA. 

p/s : BERPAKAIAN KEMAS

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Disember 11, 2012

KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KDS1M) TAHUN 1 DAN 3


==================================
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Tahun 1 dan Tahun 3
==================================

Pengumuman rasmi dari JPPEL:

Sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia bagi pelajar
Tahun 1 dan 3 akan diadakan pada:
UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 12 dan 13 Disember 2012 (Rabu dan Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Aras 3, (Berhadapan PMUKM). Bangunan Pusanika, UKM Bangi
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI
 







Isnin, Disember 10, 2012

MPP PMUKM BERSAMA SEKRETARIAT UKM4PALESTINE DALAM MISI MENCAPAI TARGET

MPP Laila, MPP Hazrin, MPP Khidir bersama Sekretariat UKM4PALESTINE
di UKMKL berjaya mengutip Rm 10 671.00
Target UKM4PALESTINE untuk mengutip dana Rm20 000.00 dalam masa 2 minggu telah sampai ke kemuncaknya. UKM4PALESTINE: Mahasiswa UKM Bersatu Bantu Saudara Palestin Pelbagai usaha telak dilakukan bersungguh-sungguh oleh Sekretariat UKM4PALESTINE untuk mencapai dana yang ditarget. Kutipan dana bukan sahaja dibuat di fakulti dan kolej, kutipan juga dilakukan di luar UKM termasuk di masjid sekitar Bangi, Downtown Jalan Reko dan pasar-pasar yang berdekatan.

TAHNIAH diucapkan kepada MPP UKMKL bersama Sekretariat UKM4PALESTINE yang telah berjaya mengumpul dana sebanyak Rm10 671.00. Secara tidak langsung, jumlah kutipan dana yang dapat dikumpulkan membuktikan kesedaran mahasiswa/i UKM tentang keprihatinan penderitaan saudara Palestin atas kekejaman Regim Zionis. Di peringkat UKM4PALESTINE sendiri, masih optimis dalam mencapai target yang ditetapkan.


Antara usaha Sekretariat UKM4PALESTINE bersama MPP PMUKM
untuk mengutip dana termasuk di fakulti maupun di luar UKM
MPP PMUKM di Bangi juga turut tidak ketinggalan bekerjasama dengan Sekretariat UKM4PALESTINE dalam misi mencapai target kutipan dana Rm 20 000.00. Di kampus Bangi sekarang, dalam fasa pengiraan dan pengumpulan dana yang telah dikutip.

Isu Palestin bukanlah isu bermusim. PMUKM berharap penubuhan Sekretariat UKM4PALESTINE akan menimbulkan kesedaran serta keprihatinan mahasiswa/i UKM tentang nasib saudara kita di Palestin haruslah berterusan, terus menghulurkan doa, maupun usaha memboikot produk yang menyalurkan ekonomi ke Israel.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

PESTA JUADAH ANTARABANGSA UKM KALI KE-4


Selaras dengan salah satu paksi PMUKM iaitu Dasar Pengantarabangsaan Ke Arah Kesatuan Global, Pusat Pengajian Umum (PPU) bersama Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC) akan mengadakan PESTA JUADAH ANTARABANGSA KALI KE-4.

Pesta ini menggabungkan juadah-juadah dari negara Malaysia sendiri, Negara Arab dan NEGARA-NEGARA LAIN. Pesta ini adalah salah satu usaha pihak PPU dan ISC untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya yang dibawa oleh pelajar UKM. Pesta ini akan dikendalikan sendiri oleh para pelajar antarabangsa yang belajar di UKM.

PMUKM berharap pesta ini dapat memberi impak besar  kepada para mahasiswa/i bahawasanya, UKM merupakan gedung ilmu yang berjaya mengumpulkan pelbagai budaya dan bangsa untuk bersatu dalam menuntut ilmu. Oleh itu, semua mahasiswa dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Pesta Juadah Antarabangsa ini.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, Disember 08, 2012

RAMAH MESRA AHLI MPP PMUKM BERSAMA PENTADBIRAN PUSAT KESIHATAN

Pusat Kesihatan UKM
22 November 2012 - Ahli MPP PMUKM saudari Nur Hidayah, Izati Othman dan saudara Ahmad Shukran telah berjumpa dengan pihak pentadbiran Pusat Kesihatan yang diketuai oleh Ketua Pusat Kesihatan Dr Roslan.


Pertemuan ini bertujuan untuk beramah mesra antara Ahli MPP dan pihak pentadbiran Pusat Kesihatan dan mengetahui jenis perkhidmatan daripada pusat kesihatan. Perkhidmatan perubatan disediakan khas untuk para pelajar dan semua warga UKM. Perkhidmatan pergigian turut disediakan di Pusat Kesihatan UKM. Para pelajar hanya perlu membuat temu janji terlebih dahulu sekiranya ingin membuat pemeriksaan gigi kecuali kes kecemasan.
Surat jaminan bertempoh sepanjang semester pelajar, sekiranya tamat, boleh diperbaharui selagi digelar pelajar berdaftar. Surat jaminan boleh digunakan sewaktu pelajar yang mengalami kecederaan akibat kemalangan untuk pengecualian pembayaran yuran hospital dan membolehkan pelajar dipindahkan ke wad kelas ke-2. Namun, surat tersebut tidak boleh digunakan untuk kes kronik seperti sakit jantung, kanser dan sebagainya.

Untuk makluman para pelajar, fogging akan dilakukan dua kali setahun ketika cuti semester. Kebersihan kafetaria adalah di bawah selenggaraan  Pusat Kesihatan, dan sekiranya terdapat masalah tentang kebersihan kafetaria, pelajar boleh terus buat aduan ke efact atau terus ke pejabat Pusat Kesihatan.

Perkhidmatan Kecemasan
- Pegawai perubatan 0126485541

-Pegawai Paramedik 0126485542
- Van Ambulans 0126485546

Bantuan kecemasan di kolej disediakan oleh BSMM yang telah ditugaskan di setiap kolej. Maklumat lanjut boleh rujuk, JPPEL: Perkhidmatan Pusat Kesihatan

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Jumaat, Disember 07, 2012

MAKLUMAN PENTING: SELESAIKAN YURAN ANDA SEBELUM ATAU PADA 10 DISEMBER



 
MAKLUMAN PENTING
 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
 
Perhatian kepada semua pelajar program Ujazah Pertama UKM, Pelajar adalah dipohon untuk menyemak penyata yuran dari masa ke semasa. Bagi pelajar yang masih mempunyai yuran tertunggak, pelajar dipohon untuk menyelesaikan baki tersebut selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Disember bagi mengelakkan sekatan proses pendaftaran awal bagi Sem 2 Sesi 2012/2013.
 
Pendaftaran awal Sem 2 Sesi 2012/2013 10 Disember 2012 - 4 Januari 2013
 
( Rujuk Pekeliling Akedemik Bil. 31/2012)
 
SILA SEMAK PENYATA ANDA SEKARANG e-warga. Cara bayaran yuran boleh rujuk Jabatan Bendahari UKM. BAYARAN SECARA TUNAI TIDAK LAGI DITERIMA.
 
 Sekian, Terima kasih.
Unit Kewangan Pelajar (Prasiswazah)
Jabatan Bendahari UKM
03- 8921 5090/5165/3180/4211/5037
 
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI




Khamis, Disember 06, 2012

UKM4PALESTINE: MAHASISWA UKM BERSATU BANTU SAUDARA PALESTIN


Satu persidangan meja bulat telah diadakan oleh PMUKM (rujuk: Palestine: Apa Peranan Mahasiswa) dihadiri persatuan-persatuan utama seperti PMUKM, Pembina UKM, Kelab Sahabat Aqsa UKM, PMFPI, ASPIRASI, wakil-wakil JAKSA seluruh kolej kediaman UKM dan beberapa persatuan lain. Mahasiswa/i UKM sebulat suara telah bersetuju untuk bergabung di bawah payung SEKRETARIAT UKM4PALESTINE bagi melaksanakan 3 resolusi utama iaitu:
1.       Mengutip dana sebanyak RM20,000 dalam tempoh 2 minggu.

2.       Mewujudkan kesedaran umum di kalangan Mahasiswa/i dan masyarakat berkaitan isu Palestin

3.       Menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Nasional (Palestin, Kami Bersamamu)
Sehubungan dengan itu, PMUKM sukacitanya ingin menyeru seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk kita bersama dalam menjayakan usaha murni ini demi memastikan tangisan dan penderitaan rakyat Palestin dapat dihentikan. Setakat ini, misi kutipan derma sedang berjalan secara berleluasa sama ada di kolej, maupun di fakulti. Selain daripada kutipan derma, sekretariat UKM4Palestin juga telah adakan flashmob untuk bangkitkan kesedaran mahasiswa berkaitan isu Palestin.
MPP FSSK Bersama-sama Sekretariat UKM4PALESTINE
mengutip derma kelas ke kelas

Untuk pengetahuan semua, sekretariat UKM4PALESTINE mencari sukarelawan sepenuhnya dalam menjayakan misi RM20K untuk turut serta mengedar tabung derma di luar dan dalam UKM. Terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Untuk makluman, Jumaat ini (7 Disember) tabung UKM4Palestine akan dibawa ke beberapa buah msjid antaranya Masjid Bandar Baru Bangi, Masjid Solihin, Surau Islah, Masjid Putra dan Masjid Uniten. Manakala, pada hari Sabtu (8 Disember) tabung akan dibawa ke pasar-pasar berdekatan.
Sesiapa yang berminat, boleh mesej kepada facebook/nombor telefon Abdullah sani (0194494247) , Khalid Jimat ( 0133894705 ), atau Madias Sadiam (0132002384). Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk di Bilik PMUKM.
MPP PMUKM turut bekerjasama mengutip derma khas untuk
saudara di Palestin
PMUKM sukacitanya  menyeru semua warga UKM untuk sama-sama menderma seikhlas hati menolong saudara kita di Palestin. Isu Palestin adalah Isu Sejagat. Disamping berdoa, tindakan juga perlu untuk sama kita tegakkan hak saudara kita di PALESTINE. KITA TIDAK RASA APA YANG MEREKA RASA. Maklumat terkini pergerakan UKM4PALESTINE rujuk di page UKM4PALESTINE

Sama-sama kita membaca QUNUT NAZILAH atas
kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI



Rabu, Disember 05, 2012

Taklimat dan Aktiviti Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM - Allianz Malaysia

Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa UKM dengan kerjasama Allianz Malaysia Berhad serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) akan menganjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM – Allianz Malaysia pada 12 Disember 2012 (Rabu). Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

a)    Majlis Perasmian dan Taklimat Kempen Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia di Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (Bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) (2.00 petang – 3.35 petang)
b)    Perkhidmatan Mobile Sikap oleh JPJ – memperbaharui lesen memandu dan road tax, membayar saman, semakan senarai hitam dan lain-lain di Foyer Kompleks Akademik FKAB
c)    Penukaran helmet dan penyerahan windbreaker bagi penunggang motosikal di ruang tempat letak kereta DECTAR (4.00 petang – 5.30 petang)

d)    Pemberian kerusi booster kanak-kanak di Tunas Permata (4.00 petang – 5.30 petang)
Sehubungan ini, saya ingin menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri majlis dan taklimat kempen dan menyertai aktiviti kempen seperti lokasi tersebut di atas. Butiran Majlis Perasmian dan taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh   : 12 Disember 2012 (Rabu)
Masa     : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Jom tukar topi keledar anda dengan yang baru !

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI


MAHASISWA MALU BERTANYA

BOLEH BERJAYA..Contohi kebolehan kepimpinan mereka untuk
membina sikap lebih proaktif di Universiti. - Gambar sekadar hiasan
SUNGUTAN mengenai tahap pencapaian mahasiswa kita yang sentiasa sederhana sudah lama kedengaran malah graduan yang naik ke pentas dengan keputusan cemerlang juga boleh dibilang jari. Biarpun berjaya menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi dengan peluang sama rata, tidak semua menggunakan kesempatan itu untuk mengubah pencapaian diri.

Tambah menyedihkan lagi, biarpun memasuki alam pengajian tinggi, mereka masih dikongkong dengan sikap pasif seperti di alam persekolahan.

Adakah sikap itu menjadi punca mereka gagal mencapai kecemerlangan?

Dan, benarkah tanggapan yang dilemparkan masyarakat bahawa mahasiswa kita sukar diubah?

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Salina Nen berkata, memang ada kebenarannya apabila masyarakat melabelkan sikap mahasiswa kita masih di takuk lama dan sukar diubah. Beliau berkata, tanggapan itu bukan dibuat secara suka-suka namun didorong perasaan tidak yakin apabila melihat sikap mahasiswa hari ini.

“Saya percaya masyarakat tidak mudah membuat persepsi itu, tapi mereka membuat penilaian berdasarkan senario semasa.”

“Cuba lihat bagaimana reaksi dan sikap sebahagian besar mahasiswa kita sewaktu di menara gading? Mereka malu bertanya, jarang berkomunikasi secara ilmiah serta mengamalkan sikap serba tahu biarpun sebenarnya tidak tahu.

“Apa yang berlaku itu sudah pasti mempengaruhi pemerhatian masyarakat kerana mereka sendiri yang membenarkan diri dinilai sebegitu.

“Cuba mahasiswa menunjukkan sikap sebaliknya, sudah tentu penilaian masyarakat juga berbeza,” katanya.

Biarpun dalam setiap majlis konvokesyen, masih ada graduan memperoleh keputusan cemerlang peratusannya masih kecil berbanding keputusan sederhana. Pencapaian itu mencerminkan bagaimana lewa dan cuai mahasiswa memanfaatkan peluang di depan mata dengan tidak belajar bersungguh-sungguh. Lebih memeritkan, sikap pasif yang hanya mengharapkan belas ihsan pensyarah atau rakan lain menjadikan mereka mudah berpuas hati.

Beliau berkata, mahasiswa di menara gading seharusnya akur mereka sudah memasuki satu frasa baru yang mengkehendaki mereka berubah sikap.

“Di sini (menara gading) semuanya perlu dilakukan sendiri, usah bermimpi adanya bantuan dari orang lain untuk mencapai sesuatu.

“Universiti adalah frasa peralihan alam persekolahan, justeru warganya perlu bijak berdikari, lebih matang, rasional serta memandang jauh ke depan, bukan mengambil jalan mudah.

“Mahasiswa perlu mengemudi arah masa depan mengikut perancangan sendiri,” katanya mengakui kebanyakan tenaga pengajar juga berasa tertekan dan kecewa dengan sikap ditonjolkan itu.

“Kami (tenaga pengajar) sentiasa mengharapkan sesi pembelajaran berlangsung dalam komunikasi dua hala, wujudnya interaksi bagi mencambah pengetahuan baru dan kritis.

“Malangnya, ia tidak berlaku kerana kebanyakan mahasiswa seperti ‘tidur’ dan tidak mahu memberi reaksi memberangsangkan.

“Berbanding mahasiswa asing, reaksi mereka berbeza. Berani bertanya, suka berdebat, mampu memberi buah fikiran biarpun salah dan sebagainya.

“Kami tertanya-tanya mengapa mahasiswa kita tidak begini. Dalam ribuan mahasiswa, hanya sekelumit yang aktif manakala lain hanya membatu,” katanya.

Bukan mahu menidakkan kemampuan mahasiswa kerana yakin mereka yang terpilih adalah dari golongan bijak. Bagaimanapun, beliau berpendapat sikap pasif itu berpunca dari keengganan diri menerima keadaan baru dan selesa dengan persekitaran lama.

“Mahasiswa kita boleh berubah dan melakukan kejutan namun mereka kebanyakannya malas selain selesa dengan persekitaran sedia ada.

“Mereka berpendapat, aktif dalam kuliah tidak boleh membantu untuk memperoleh keputusan baik berbanding sesi mengulang kaji.

“ Memang merugikan kerana berdasarkan kajian, aktif bertanya dalam kuliah juga mampu menyumbang kepada peningkatan pemahaman dan pencapaian mahasiswa dalam peperiksaan,” katanya.

Mahasiswa yang aktif dalam kuliah mahupun aktiviti, juga katanya mempunyai banyak kelebihan tersembunyi.

“Antaranya lebih kenali pensyarah yang boleh membantu mereka memperoleh sedikit kelebihan berbanding tidak dikenali. Hubungan mesra boleh terjalin selain pemahaman mengenai sesuatu subjek juga lebih mendalam.

“Malangnya kelebihan ini jarang mahu direbut kerana beranggapan jika banyak bertanya, bermakna mereka kurang bijak atau khuatir mengganggu perjalanan kelas.

“Dan, berdasarkan pemerhatian, mereka yang pasif ini memang akan bermasalah dari segi membina pemahaman, pembinaan jati diri selain sukar memperoleh keputusan baik,” katanya.

Mengulas tanggapan sikap itu ada kaitan dengan sistem pendidikan sekolah, beliau tidak meletakkan kesalahan seratus peratus padanya.

Sebagai mahasiswa, mereka harus tahu alam pengajian di universiti cukup berbeza. Perlu ada keinginan sendiri, bijak menyesuai diri dengan persekitaran dan sebagainya.

“Tiada lagi istilah ‘manja’ atau perlu ditatang sentiasa. Universiti tempat persediaan untuk melangkah alam dewasa.”

“Jika dalam tempoh itu mereka masih sama dan terus mengekalkan sikap keanak-anakan, apakah mereka mampu berdepan cabaran lebih hebat selepas itu,” soalnya.

Pensyarah juga diharap dapat menggunakan pendekatan berbeza bagi menarik perhatian mahasiswa supaya lebih proaktif dalam dewan kuliah.

“Ada kalanya cara pembelajaran pensyarah yang pasif juga gagal memikat perhatian mahasiswa menjadikan mereka kurang berminat.”

“Untuk itu, kedua-dua pihak perlu peka dan saling berusaha menghidupkan suasana supaya proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan memberi manfaat bersama,” katanya.

Begitupun masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan dan berharap mahasiswa alaf baru mesti berani bangkit melakukan anjakan minda dan keluar dari kepompong keselesaan.

Biarpun senario mahasiswa pasif sudah lama, mereka boleh mengubah keadaan dengan berani memulakan langkah pertama.

“Setiap orang boleh berubah kecuali mereka yang mahu gagal saja tidak mahu melakukannya,” katanya.



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Disember 04, 2012

UKMKL : LAPORAN BERKENAAN ISU BAS


MPP UKMKL bersama staf Pengurusan Kampus KL

22 November 2012 - Satu perbincangan telah diadakan antara PMUKM bersama wakil pegawai daripada Pengurusan Kampus  Kuala Lumpur (En. Raduan) berkenaan masalah bas yang timbul, terutamanya berkenaan pengangkutan pelajar iaitu:
-  dari kolej ke fakulti pada waktu pagi 
-  dari fakulti ke PPUKM

Resolusi:
1) Isu kelambatan bas daripada kolej ke fakulti pada waktu pagi

- Isu yang timbul ini sangat ketara apabila ada beberapa fakulti yang mempunyai pelajar yang ramai yang mengadakan kelas pada waktu pagi secara serentak dengan pelajar fakulti lain. Jadi, selain bas Eltabina, bas UKM juga akan sentiasa bersedia untuk bergerak jika diperlukan.
- Jadual kelas untuk fakulti yang ramai ahlinya telah diserahkan sebagai rujukan mengenai tarikh dan masa yang memerlukan bilangan bas yang banyak untuk mengangkut pelajar.

2) Isu kelewatan bas daripada fakulti ke PPUKM

-Isu ini timbulsetelah bas yang pertama bergerak pada pukul 1.15 tgh hari dan bas yang kedua pula pada pukul 1.30 tngahari. Bukan sahaja sampai lambat di PPUKM, malahan kebiasaannya, pelajar akan masuk lewat ke kelas yang bermula pada pukul 2 petang. Jadi, setelah perbincangan dibuat, bas yang pertama akan bergerak pada pukul 1.00 tengah hari. Jika bas tersebut telah penuh, bas akan terus bergerak dan bas yang kedua akan dibuka tanpa menunggu pukul 1.15 tnghari.

- Kami juga telah diberikan nombor telefon untuk mengadu jika masalah ini terjadi lagi.

Jadi, jika ada masalah berkenaan bas lagi, jangan teragak-agak untuk maklumkan kepada saya, MPP Nur Lailatul Fitri Binti Othman (013-5823742). Aduan akan terus dibuat.

Terima kasih kepada En. Raduan di atas kerjasama yang baik diberikan kepada pihak PMUKM.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI