Selasa, Mac 20, 2012

Peringatan kepada semua pelajar tahun akhir...


  
Kajian Malaysian Soft Skills Scale (My3s) Sesi 2011-2012 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Berdasarkan Pekeliling Akademik Bil. 7/2012 dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik, sukacita dipohon jasa baik Pelajar Tahun Akhir yang belum mengisi kajian penilaian Instrumen Malaysian Soft Skills Scale (MY3S) secara online laman web http://jpt.mohe.gov.my/my3s untuk berbuat demikian sebelum 25 Mac 2012.

Setakat 19 Mac 2012 hanya 30% sahaja Pelajar Tahun Akhir UKM yang sudah mengisi Kajian ini berbanding IPTA lain yang sudah mencapai 90% dengan baki tempoh masa yang tinggal hanya 6 hari sahaja lagi.

Ia bagi membantu Universiti dan memastikan Penarafan Tier 5 (cemerlang) yang diterima UKM bagi penarafan SETARA ’09 mencapai kepada Tier 6 (terbilang) bagi penarafan SETARA '11.

Kerjasama dan sumbangan saudara/i dalam perkara ini menunjukkan saudara/i sayangkan UKM. Hadiah istimewa akan dberikan kepada pelajar tahun akhir yang bertuah.

Sila klik untuk maklumat SETARA ‘09