Isnin, Mac 19, 2012

Lepak@Redaksi Meriah!

Sepanjang minggu lalu, Sidang Redaksi Majalah UKM (Majalah Aspirasi) Edisi ke-35 telah mengadakan Lepak@Redaksi dengan membuka booth bagi memperkenalkan majalah rasmi universiti ini kepada masyarakat kampus. Kemeriahannya jelas dengan penyertaan ratusan rakan-rakan mahasiswa UKM dalam sesi fotografi dan  Pertandingan Like di laman sosial Facebook.



Tahniah diucapkan kepada pemenang, bagi yang tidak menang, usah berkecil hati kerana kalian semua berjaya mengukir seinfiniti senyuman yang menghiasi majalah yang akan datang!

Dapatkan majalah edisi ke-35 pada 21 Mei 2012 membawakan tema UKM Dunia Inspirasiku.