Rabu, Mac 21, 2012

Keputusan SPM 2011 : 559 calon peroleh A+, Gred Purata Nasional 5.04

PUTRAJAYA 21 Mac – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 menyaksikan peningkatan calon yang memperoleh semua A+ dalam peperiksaan matapelajaran yang diduduki mereka.

Gambar hiasan
Daripada itu pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN), 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

Secara penuhnya seramai 559 calon SPM tahun lalu memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan.

Jumlah itu melonjak bertambah berbanding 403 orang pelajar yang memperolehi keseluruhan gred cemerlang tertinggi (A+) pada tahun 2010 dengan berbanding masing-masing 363 calon sekolah menengah kebangsaan dan 40 calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, sejak 2007 hingga 2011 nilai GPN pada setiap tahun memperlihatkan peningkatan pencapaian calon secara berterusan.

Beliau juga memaklumkan seramai 468,808 calon menduduki SPM pada tahun 2011.

Abd Ghafar berkata demikian pada majlis pengumuman Pembentangan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, di sini hari ini.


Dalam pada itu, calon-calon SPM boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui mySMS ke 15888 mengikut format SMS seperti rajah tertera di atas.

PMUKM mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang berjaya; kepada yang kurang berjaya, jadikan ia sebagai titik perubahan untuk kejayaan yang di masa akan datang


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI