Selasa, Mac 06, 2012

JPA maklumkan kelewatan biasiswa

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mendapat makluman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan biasiswa JPA (bukan kursus kritikal) akan lewat dimasukkan ke dalam akaun pelajar.

Menurut surat yang ditujukan kepada Unit Kaunseling Jabatan Bendahari UKM, kelewatan tersebut disebabkan sistem SILA di Jabatan yang mengalami masalah teknikal semenjak minggu lalu. Rujuk lampiran di bawah.


Justeru itu pihak JPA mengharapkan para pelajar yang menghadapi masalah atau masih ada kemusykilan agar berhubung terus dengan pihak JPA di talian 03-88853377 (Puan Norliza) dan 03-88853399 (Puan Hanizal).


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI