Jumaat, Mac 30, 2012

Pengumuman PENTING kepada pemegang biasiswa JPA & pinjaman PTPTN

1. Pengumuman kepada pemegang Biasiswa JPA yang masih belum menerima bayaran

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar tajaan JPA yang belum menerima bayaran pada Semester 2 Sesi 2011/2012, anda dikehendaki berhubung terus dengan pihak JPA atau emel kepada Puan Hanizal binti Mohd Yusof iaitu hanizal@jpa.gov.my atau telefon 03-88853377 dalam kadar segera.

Tarikh tutup permohonan adalah selewat-lewatnya pada 30 Mac 2012.

Kerjasama pelajar amat diperlukan untuk mengelak sebarang kesulitan.Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 - Puan Wan RoshanaWan Embong (UKM)

Sumber : e-Pelajar

2. Masalah PTPTN

Perhatian kepada kepada peminjam-peminjam PTPTN yang bermasalah dan telah membuat aduan di Pejabat Urusan PMUKM sepanjang bulan ini, pihak PTPTN telah memberi maklum balas bahawa maklumat-maklumat di dalam borang aduan yang dikemukakan adalah TIDAK LENGKAP.

Justeru itu, kepada mana-mana pelajar yang TELAH mengisi borang aduan lalu supaya berhubung dengan Setiausaha Agung PMUKM, saudara Mohamad Ezuan Mohd Saad pada emel mpmezuan@gmail.com dalam kadar segera untuk menyemak dan mengemaskini laporan aduan yang dikemukakan.

Pihak PMUKM masih berusaha mendapatkan  penjelasan dan pembelaan rakan-rakan berkenaan isu PTPTN ini.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI