Khamis, Oktober 06, 2011

PENGUMUMAN : Penggunaan Kad Rabbit bas T430

PMUKM telah mendapat makluman terkini berkenaan pihak pengurusan RapidKL yang telah menguatkuasakan secara mandatori penggunaan Kad Rabbit Touch & Go khususnya di dalam bas T430 UKM - Hentian Kajang.



Penggunaan kad ini sedikit sebanyak telah menyusahkan mahasiswa yang sering menggunakan perkhidmatan bas tersebut.

PMUKM kini sedang mengenalpasti permasalahan rakan-rakan tersebut dan berusaha membawa untuk langkah penyelesaian jangka masa pendek.

Q & A

Apa itu Kad Rabbit?
Kad Rabbit adalah satu medium atau sistem yang baru dalam perkhidmatan bas bagi menggantikan sistem tambang bas yang lama iaitu tiket.

Bagaimana nak dapatkan Kad Rabbit?
Orang ramai yang ingin menaiki bas khususnya Rapid KL haruslah membeli Kad Rabbit dengan pemandu bas.

Berapakah harga Kad Rabbit?
Kad Rabbit boleh dibeli dengan harga minimum RM5 dan semaksimum yang anda mahu. Kad Rabbit yang berharga RM5 mempunyai RM3 tambang dan RM2 adalah harga kad tersebut.

Cara-cara menggunakan Kad Rabbit
Anda haruslah menyentuh Kad Rabbit ke alat hitam (seperti gambar) semasa anda masuk ke dalam bas. Semasa anda ingin turun dari bas, anda juga haruslah menyentuh kad ke alat hitam tersebut.

Bit! sekali masuk & Bit! sekali keluar


Bagaimana Kad Rabbit berfungsi?
Semasa anda menyentuh kad tersebut semasa anda masuk tambang akan dicas semaksimum tambang perjalanan bas tersebut. Kemudian, semasa anda keluar dan menyentuh alat hitam itu tambang sebenar akan dicas. Jika anda terlupa menyentuh kad di semasa turun, anda akan dicas semaksimum tambang.

Apakah kelebihan Kad Rabbit?
Ia boleh digunakan dimana-mana sahaja termasuk LRT, kedai makan, 7-Eleven kecuali di tol lebuh raya.

Apakah perbezaan antara Kad Rabbit dan Touch n Go?
Touch n Go boleh guna kat tol lebuh raya tapi Kad Rabbit tidak.