Khamis, Oktober 20, 2011

KEBAJIKAN : Mesyuarat Tangani Isu Binatang Liar

Satu mesyuarat telah diadakan pada hari Rabu yang lalu (19 Oktober) bagi membincangkan langkah untuk menyelesaikan masalah gangguan binatang liar di antara wakil PMUKM (diwakili oleh saudara Wan Ahmad Fahmi bin Wan Abdul Hamed, Mohd Ikram bin Darus, Noraini binti Jumahir, Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol, Nurul Mardhiah binti Kamaruddin dan Mohd Ezuan bin Mohd Saad) bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang diwakili Dato' Dr. Noor Soeraya Norsham, wakil Pegawai Keselamatan UKM, yang diwakili En. Mazlan b. Ishak dan wakil PERHILITAN (En. Abdul Rahman b. Mustafa dan En. Nasran b. Hj Ujang). Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak dapat menghantar wakil di atas sebab-sebab tertentu.


Alhamdulillah resolusi bersama yang dicapai di akhir mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam lebih itu telah membuahkan beberapa keputusan penting yang antaranya;
• Rancangan jangka panjang : Mewujudkan kawasan berpagar terutama kolej yang ada masalah gangguan binatang liar yang agak kritikal seperti KIZ yang mengalami gangguan babi hutan. KIZ dicadangkan dijadikan sebagai sebagai kolej perintis untuk mengatasi . Ini juga dapat mengurangkan kos pembangunan dan penyelenggaraan kerana dibuat secara berperingkat. Spesifikasi pembinaan pagar boleh diajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MPKj dan PERHILITAN.
• MPKj akan lebih giat memainkan peranan untuk menangani masalah yang berlaku terutama berkenaan anjing liar dengan bantuan jabatan-jabatan luar seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, PERHILITAN dan juga dengan pihak Keselamatan UKM.
• Mahasiswa perlu melaporkan kepada Biro Kebajikan & Aduan PMUKM dengan segera kawasan yang biasa menjadi tempat anjing tinggal. PMUKM pula bakal menyelidik dan melaporkan pada pihak bertanggungjawab
• Pihak PMUKM pula disarankan mengadakan dengan kerap kempen-kempen keselamatan bagi mengingatkan masyarakat UKM berkenaan keselamatan dan kesihatan kampus.


Kerjasama daripada pihak-pihak yang sudi hadir ke mesyuarat pada kali ini diucapkan jutaan terima kasih.