Rabu, Oktober 19, 2011

Kelab OKU : AGM Berjalan Lancar


Mesyuarat Agong atau Annual Grand Meeting (AGM) Kelab Orang Kelainan Upaya UKM yang dikenali sebagai Kelab Mahasiswa Istimewa berjalan lancar. Kelab Mahasiswa Istimewa ini mempunyai 2 orang penasihat iaitu Dr Hasnah Toran dan En. Al-Amril Othman. Perjalanan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PMUKM, Lt M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi ini bermula dengan perlantikan ahli jawatankuasa kelab. Mesyuarat memutuskan ahli jawatankuasa kelab seperti berikut:

Presiden : Mohammad Abdullah Bin Mohamed Yusoff
Timbalan Presiden : Ahmad Syakirin Bin Johari
Setiausaha : Nuraisah Binti Mohd Jahi
Bendahari : Mohd Faizul Bin Yub

Setelah tamat sesi perlantikan ahli jawatankuasa kelab, agenda mesyuarat seterusnya membincangkan usul yang ingin dibawa. Mesyuarat mengusulkan pertemuan bersama TNC HEPA dengan usul :

1) Yuran kolej percuma bagi OKU.
2) Mewujudkan kolej mesra OKU
3) Mewujudkan pelan 5 tahun mesra OKU.



Mesyuarat juga bersepakat untuk mengadakan majlis pelancaran kelab ini Turut hadir sebagai pemerhati mesyuarat adalah MPP Izzuddin Pisol selaku Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM dan rakan-rakan Sekretariat Rakan Muda UKM.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti