Jumaat, Jun 10, 2011

MPM Muslimah : Nantikan 1 Malaysia Leadership & Youth Training!

Program 1Malaysia Leadership and Youth Training diadakan memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia melebarkan pengetahuan mengenai ilmu pengurusan organisasi.

Persatuan/Organisasi yang terlibat adalah seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti, Persatuan Anak Negeri, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i, serta persatuan-persatuan yang bernaung di bawah Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

"A leader is a dealer in hope"
-Napoleon Bonaparte-

Saya dan sahabat saya, saudara Mohd Faizal selaku unit program bagi program ini, saya amat berbesar hati dan sangat menyokong penuh usaha PMUKM dalam usaha merealisasikan wawasan universiti untuk menjadi universiti terkehadapan menjelang 2018. Semoga usaha ini memberi sedikit sebanyak sumbangan kearah wawasan tersebut disamping dapat membantu mengenai ilmu pengurusan dan merapatkan lagi ikatan dan hubungan antara semua persatuan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

No man is good enough to govern another man without that other's consent ~ Abraham Lincoln

Kami telah bersama-sama merancang dan anda semua bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti, slot, dan modul yang sangat menarik untuk disertai. Oleh itu, nantikan... Program 1Malaysia Leadership & Youth Training dari semua krew dan barisan pimpinan PMUKM tak lama lagi!

"Setiap kalian adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang di pimpinnya, Seorang penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggung jawab atas mereka, seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab atasnya. Seorang hamba sahaya adalah penjaga harga tuannya dan dia bertanggung jawab atasnya." (HR Bukhari)