Isnin, Jun 06, 2011

Laporan Lawatan Rasmi PMUKM ke Jabatan Pentadbiran (Siri 4)


Baru-baru ini, barisan kepimpinan PMUKM telah menyambung Lawatan Ramah Mesra siri ke-4 ke Pusat Pengurusan Siswazah (PPS). Rombongan kali ini terdiri daripada beberapa orang exco PMUKM iaitu, Presiden PMUKM Saudara Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi, Naib Presiden III Saudara Mohd Faizal Ahmad, Biro Akademik dan Intelektual Saudari Noriah Abdul Rahman merangkap MPP Siswazah, Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan Saudara Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Pengerusi Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan Saudara Wan Ahmad Fahmi Wan Abdul Hamid serta dua orang SUK. Lawatan ke PPS disambut mesra oleh Prof Madya Dr. Marlyna Maros selaku Timbalan Pengarah PPS dan beberapa orang pegawai pendaftar. Mesyuarat dimulakan dengan pengenalan kepada PPS yang dibentangkan oleh Pn Hafsam Sudin.

            Secara umumnya, PPS telah ditubuhkan pada Jun 1983 untuk menampung pengurusan berkenaan pelajar siswazah yang terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD. Sehingga kini, hampir 10 000 pelajar telah me nyambung pengajian siswazah di UKM. UKM mensasarkan 15 000 graduan sarjana dan PhD menjelang 2015. UKM juga merupakan antara universiti yang mengeluarkan biangan pelajar PhD yang paling ramai semasa majlis konvokesyen bagi 3 tahun kebelakangan ini. Tahniah diucapkan atas pencapaian UKM yang amat membanggakan ini.

            Target PPS pada masa akan datang ialah mencapai 40% daripada keseluruhan pelajar antarabangsa akandibuka kepada pelajar Asia berbanding pengamilan sebelum ini kebanyakan terdiri daripada Timur Tengah.

            Antara fokus perbincangan pertemuan 4 mata antara PMUKM dengan pihak pentadbiran PPS ialah kebajikan pelajar Pascasiswazah. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkenaan dengan ZAMALAH. Peruntukan zamalah bagi RU (Research University) ialah sebanyak RM5juta bagi tahun 2011. Zamalah PERDANA turut ditawarkan kepada pelajar PhD yang berkelayakan. Segala syarat permohonan, boleh rujuk laman sesawang htt://www.ukm.my/pps. Sebanyak 121 orang pelajar telah dipilih untuk permohonan Zamalah yang dibuat sebelum ini. Berkenaan masalah permohonan zamalah yang banyak diperolehi oleh pelajar antarabangsa adalah disebabkan oleh kadar penerbitan jurnal yang tinggi ke dalam jurnal berimpak tinggi berbanding dengan pelajar tempatan.  

            Berkenaan masalah yuran yang dikenakan agak tinggi kepada pelajar siswazah sedangkan kemudahan yang didapati mereka sama dengan pelajar prasiswazah, respon yang didapati ialah pihak PPS akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan universiti. En.Rushdi turut merespon berkenaan dengan kadar yuran yang dikenakan adalah berdasarkan semester dan bukan berdasarkan bilangan subjek yang diambil. Berkenaan cadangan untuk pengurangan yuran bagi bekas pelajar UKM yang ingin melanjutkan  pelajaran ke peringkat master dan PhD, Dr.Marlyna mencadangkan agar satu memorandum diadakan dan akan dibawa kepada TNC HEPA UKM. 

            ISC (International Student Centre) akan ditubuhkan bagi pelajar-pelajar antarabangsa. ISC ini akan diwujudakn berpusat di IZISH (Ibu Zain International Student House). Antara bentuk kemudahan yang akan disediakan ialah kemudahan prasarana, kemudahan segala urusan serta pendidikan.

            Pihak PPS turut menyampaikan informasi berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM 1000 bagi setiap pelajar untuk menghadiri seminar dan conference. Antara perkara yang boleh dibuat tuntutan  ialah cetakan poster, tuntutan balik bayaran pengangkutan. Semua tuntunan ini boleh dituntut berdasarkan pada resit yang dikemukakan. Selain itu, pelajar pascasiswazah juga boleh membuat permohonan PTPTM secara dalam talian ‘on-line’. 
 
            Akhir sekali, pihak PPS mengucapkan tahniah atas lawatan PMUKM kerana ia adalah kali pertama PMUKM mengadakan lawatan ke PPS. Pihak PMUKM menyampaikan sedikit cenderamata kepada Dr. Marlyna sebagai wakil PPS. Barisan PMUKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPS kerana sudi menyambut mesra lawatan ke sana.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI