Khamis, Jun 23, 2011

Laporan Lawatan Ramah Mesra PMUKM ke PTM

Pada tanggal 14 Jun 2011, PMUKM meneruskan lagi lawatan kerja ke Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Lawatan kali ini dianggotai 5 orang MPP iaitu MPP Ezuan, MPP Izzuddin, MPP Noriah, MPP Noraini dan MPP Helmi. Lawatan ini telah disambut mesra oleh Pengarah PTM sendiri iaitu Dr. Mohamad Shanudin Zakaria. Turut hadir bersama wakil dari UKM Jaring iaitu En. Zaim sebagai Jurutera UKM Jaring, En. Tajudin Zakaria dari Bahagian Produk. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, kata aluan oleh Setiausaha Agung PMUKM iaitu MPP Ezuan serta sedikit pengenalan PMUKM kepada pihak PTM. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat jaringan baik dengan PTM agar pihak PMUKM maklum dengan saluran yang ada untuk menyelesaikan isu untuk makluman kepada mahasiswa.

PTM bertanggungjawab dalam kerja-kerja sistem maklumat  untuk pengurusan universiti di Canselori. MPP Izzuddin mengemukakan soalan berkaitan komputer di pusat sumber setiap kolej. Tujuan penyelenggaraan adalah untuk rangkaian linear dan medium pengaduan. Persoalan yang dikemukan oleh saudara Izzuddin telah dijawab sendiri oleh oleh Pengarah PTM sendiri  iaitu Dr. Mohamad Shanudin Zakaria. Beliau mengatakan bahawa segala  pengurusan universiti berkaitan sistem maklumat adalah berada di bawah Canselori. Beliau turut menperkenalkan pembahagian skop kerja dalam bangunan PTM. Di bahagian kiri bangunan PTM adalah untuk bahagian sistem maklumat universiti. Sementara bangunan di sebelah kanan PTM adalah bahagian untuk menyokong bahagian akademik dan penyelidikan serta bahagian bawah bangunan adalah untuk penyelenggaraan, operasi, data base dan dll.

Skop kerja PTM adalah berkenaaan rangkaian serta membaiki komputer rosak di fakulti dan kolej. Sekiranya sesebuah komputer terkena virus atau rosak, komputer tersebut boleh dihantar ke PTM untuk dibaiki. Oleh yang demikian segala yang masalah yang berkaitan dengan rangkaian maka pihak PTM akan selesaikan. Walau bagaimanapun, berkenaan masalah internet tanpa wayar di Fakulti Pendidikan mempunyai wi-fi tersendiri, masalah tersebut tidak boleh diadukan ke PTM kerana PTM hanya menyelesaikan masalah  berkaitan rangkaian UKM sahaja seperti tetamu ukm, dll. Sekiranya mahasiswa hendak membuat aduan maka mereka boleh mengadukan masalah mereka dengan menggunakan Sistem Aduan Dalaman Pelanggan (SADP) dan Sistem Maklum Balas.

Jaring juga telah menyediakan perkhidmatan wi-fi untuk setiap kolej bagi kemudahan mahasiswa UKM. Kami di pihak MPP berharap  agar PTM dapat membuat perubahan ke arah sistem yang lebih baik agar ia dapat memberi kemudahan kepada mahasiswa/I yang sedang  menuntut di UKM.

Antara perubahan-perubahan yang perlu dilakukan antaranya ialah memberikan perkhidmatan lain selain Jaring apabila bermula semester hadapan.  Naib Canselor  telah menandatangani persetujuan dengan syarikat Yes YTL. Bayaran permulaan yang perlu dibuat untuk mendapatkan perkhidmatan internet tanpa wayar ialah dengan membuat pembayaran RM100 dengan hadiah percuma sim kad 018, capaian internet 3.8 Mbps, 100 minit panggilan percuma, 400 sms, 1.6 G kadar muat turun pada setiap bulan. Pembayaran RM100 ini telah meliputi pembayaran selama 4 bulan berikutnya. Kiosk pendaftaran akan disediakan di fakulti serta di Pusanika.

Perkara kedua berkaitan internet yang sangat perlahan sehingga mendatangkan kesukaran kepada mahasiswa dalam mendapatkan maklumat di dalam internet. Jadi untuk mempercepatkan kepantasan line internet maka MBps perlulah diupgradekan ke 600 agar kepantasannya lebih laju dan sekaligus memberikan impak yang baik kepada semua pelajar terutama dalam pencarian maklumat. Jadi, buat pada masa sekrang, diharapkan para pelajar bersabar kerana proses upgrade sedang dijalankan dan dijgka siap sepenuhnya semester baru nanti.

Untuk makluman rakan-rakan mahasiswa, Kelab ICT Jaring telah ditubuhkan di setiap kolej. Penubuhannya akan mendatangkan banyak kebaikan dan manfaat khususnya kepada mahasiswa. Kelab ini akan memastikan bahawa servis yang disediakan di setiap kolej berjalan dengan baik, secara terus memudahkan akses mahasiswa untuk mendapat maklumat dengan cepat. Selain itu, keterlibatan mahasiswa dengan kelab ini dapat memberikan jam kredit dan penilaian kokurikulum. Mereka yang terlibat akan diberi ruang untuk mengendali sistem wi-fi sekiranya talian terganggu. Peranan kelab ini juga adalah menyediakan ruang kepada mahasiswa untuk menjalankan Latihan Industri di UKM Jaring.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI