Jumaat, April 01, 2011

Temubual : VIOS - program terakhir MPM FST

View Of Succes - VIOS  merupakan program bengkel kerjaya yang diadakan di bawah kendalian MPM Amalina dan kerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST). Program ini dianjurkan antara lain bertujuan membina keyakinan rakan-rakan mahasiswa terutama yang kini berada di tahun akhir. Selain daripada itu, bengkel kerjaya ini juga antara lain menunaikan janji manifesto saudari Amalina di dalam Pemilihan MPP yang lalu. Untuk maklumat lanjut, ayuh kita ikuti temubual kami bersama saudari Amalina yang sempat kami rakamkan.

PM-UKM : Tahniah & syabas saudari Amalina di atas kejayaan saudari yang berjaya juga menunaikan janji-janji saudari di dalam PRK (Pemilihan MPP) yang lepas melalui penganjuran bengkel VIOS pada kali ini.

AMALINA : Terima kasih. Kalau diikutkan ucapan tahniah tersebut patut diberi kepada AJK pelaksana program ini sebenarnya, kerana mereka sebenarnya yang banyak bertungkus-lumus membantu saya melunaskan manifesto ini. Itupun rasa-rasanya tidak cukup dengan ucapan terima kasih (sepatutnya)

PM-UKM : Jadi saudari, sehingga sekarang bagaimana respon mahasiswa terhadap program VIOS ini ?

AMALINA : Alhamdulillah, sehingga sekarang agak bertalu-talu SMS yang masuk bertanyakan tentang VIOS ini. Tentang pengisiannya, tentang siapa penceramahnya. Juga (tak kurang) ada yang tanyakan sekiranya kami sediakan pengangkutan pergi dan balik. Alhamdulillah, semua SMS sempat dibalas walaupun lambat. Tetapi saya cadangkan selepas ini, agar kawan-kawan kalau untuk mudahkan (urusan), terus hubungi saya sendiri (di talian) 013-3731928. Bukan apa, untuk mudahkan penerangan juga kepada kawan-kawan.

PM-UKM : Siapakah penceramah yang bakal memberi pengisian dalam program ini sebenarnya ?

AMALINA : Oh, saya minta maaf kerana lambat memaklumkan kepada kawan-kawan berkenaan penceramah ini. Ini (kerana) kami cuba mencari penceramah yang betul-betul sesuai dengan program kita ini. Dan alhamdulillah, kita akhirnya sudah dapat mengesahkan kehadiran penceramah kita untuk program VIOS ini adalah dari Jobs Malaysia sendiri, iaitu Encik Md Hatta bin Md Jauhar, yang merupakan Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Pusat di Cyberjaya. Jadi insyallah, dengan izin-Nya, pengisian kita dalam program kali ini amat bertepatan dengan objektif yang kita hendak capai.

PM-UKM : Oh, itu sudah baik. Bagaimana pula dengan tentatif program VIOS ini ?

AMALINA : Insyallah pihak kami telah menyusun untuk VIOS ini, (slot) penulisan resume dan bengkel temuduga. Kedua-dua slot ini akan mengambil masa hampir dua jam bagi setiap slot; yang bermula pukul 8.30 pagi dan kita jangkakan tamat menjelang pukul 2 petang.

PM-UKM : Bagaimana pula bayaran program ?


AMALINA : Pihak kami hanya mengenakan (bayaran) RM 3.00 (dan) itu pun untuk sebagai bayaran jamuan makan. Selain itu, insyallah pihak jawatankuasa akan menyediakan sijil penyertaan yang akan diberi selepas program. 


PM-UKM : Nampaknya program VIOS ini benar-benar telah disusun dengan baik. Syabas sekali lagi kepada saudari Amalina dan AJK pelaksana. Sebelum kita berundur, apakah kata-kata akhir saudari untuk rakan-rakan yang mungkin berminat untuk sertai, tetapi masih berbelah bahagi lagi untuk datang?


AMALINA : Kepada kawan-kawan, saya sarankan untuk segera hubungi saya untuk pengesahan tempat program ini esok. Juga kepada yang masih 50-50 hendak datang atau tidak, pihak kami masih membuka tempat lagi, tetapi kalau boleh segera hubungi saya di talian 013-3731928, dan dapatkan maklumat terkini sama ada masih ada tempat kosong atau tidak.

Apa pun, saya ingin war-warkan di sini, inilah program terakhir yang kita sempat adakan bagi semester ini. Juga diingatkan, program ini bukan semata-mata untuk rakan di FST, tetapi terbuka buat semua. Juga kepada adik-adik di tahun 1 dan 2, program ini juga terbuka kepada anda semua. Pengisian yang diberi bukan semata-mata untuk berkerjaya, tetapi sebagai salah satu add-on (tambah nilai) kepada kita sebagai seorang mahasiswa.

Apa pun, sekali lagi saya ingin war-warkan untuk ayuh kita beramai-ramai kita datang hadiri program VIOS ini di DKG111F, di FST bermula 8.30 pagi esok, Sabtu 2 April 2011.

Ayuh Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti !