Sabtu, April 02, 2011

Mesyuarat Fasa Pertama PMUKM Bersama Pimpinan Persatuan Mahasiswa


Bangi, 2 April- PMUKM telah mengadakan mesyuarat bersama pimpinan persatuan-persatuan buat pertama kali bertempat di bilik gerakan HEP, Pusanika semalam. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada 3 entiti utama iaitu JAKSA Kolej-kolej Kediaman, persatuan mahasiswa fakulti dan persatuan anak negeri.

Mesyuarat yang bermula jam 8.30 malam itu berobjektifkan pengukuhan hubungan persatuan-persatuan yang ada dengan PMUKM. Di samping itu, mesyuarat ini bertujuan membuka ruang kepada persatuan-persatuan untuk mengemukakan cadangan, masalah, daripada persatuan masing-masing kepada pihak PMUKM.

Antara Isu yang dibincangkan secara bersama adalah :

1. Isu Minggu Mesra Pelajar
Soalan: Rata-rata daripada persatuan fakulti mencadangkan kepada pihak PMUKM supaya mencadangkan kepada pihak pentadbiran UKM untuk melibatkan PMF untuk menjadi pemudah cara di Fakulti semasa minggu mesra pelajar.
Jawapan: Presiden akan membawa cadangan ini kepada pihak JPPEL untuk dilaksanakan

2. Penerangan daripada pihak PMUKM mengenai 4 paksi utama pembawakan PMUKM di dalam dasar ucapan presiden PMUKM
Timb Pres : Muhammad Abdullah Bin Mohammad Yusof memberi penjelasan secara ringkas kepada pimpinan persatuan yang hadir di dalam mesyuarat.
Respon : di sambut baik oleh semua yang hadir terutamanya mengenai tema PMUKM kali ini

3. Peruntukan kewangan PMUKM

Soalan: Pimpinan persatuan bertanya adakah mereka mendapat sedikit perunttukan daripada tabung PMUKM
Respon :
- Presiden ingin membuat bajet(peruntukan yangkhusus) kepada persatuan, kebajikan dll. Dan keputusan ini akan dibawa di dalam mesyuarat majlis tertinggi pmukm
- Presiden juga mencadangkan supaya setiap persatuan menggiatkan usaha pemasaran untuk mencari pengalaman yang luas di samping dapat mewujudkan kerjasama yang luas di kalangan pimpinan persatuan

4. Ancaman haiwan liar
Soalan : Anjing liar yang terlalu banyak di UKM menyebabkan keselamatan para pelajar sedikit tergugat kerana mereka sering dikejar oleh anjing.
Jawapan : Timbalan presiden memberitahu penjelasan mengenai bahawa mpm telah berjumpa dengan pihak keselamatan wisma Aman, dan mereka tidak mempunyai kepakaran untuk mengawal haiwan liar. MPM telah berjumpa dengan MPKJ untuk menyelesaikan masalah ini, dan pihak MPKJ bersetuju untuk membuat penangkapan/temkan kepada anjing liar ini, tetapi tindakan ini memerlukan masa susulan. Tindakan selanjutnya kan diberitahu kemudian. MPM yang ditugaskan untuk menyelesaikan isu ini adalah Wan Ahmad Fahmi

5. Isu pembuangan kolej
Soalan/ Luahan masalah : KPI untuk menghuni kolej adalah berdasarkan dari segi akademik, sahsiah, penglibatan penghuni di dalam kolej dan juga displin. Tetapi ada di antara penghuni yang mempunyai masalah displin yang teruk tetapi mempunayi kelayakn akademik yang tinggi untuk dibenarkan untuk tinggal di kolej. Beliau bertanya “kita boleh stay kolej walaupun mempunyai displi yang teruk, asalkan pointer jaga sudah cukup memadai

Jawapan : Presiden bercadang untuk membincangkan isu ini dengan pengerusi kebajikan iaitu saudara Izzudin bin Pisol.
Presiden juga ingin membawa isu ini ke UKP (unit kebajikan pelajar) untuk diketengahkan kepada pihak atasan. Juga pihak PMUKM akan berjumpada dengan TNC HEPA mengenai isu pembungan kolej.

6. Mesyuarat agung Tahunan

Soalan : Kenapa di kolej tidak diadakan mesyuarat agung tahunan untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan sepanjang sesi
Jawapan:
Presiden ingin mencadangkan supaya pemilihan JAKSA kolej diadakan secara undian
Kekadang ada di antara JAKSA yang dilantik tidak aktif di kolej tetapi dilantik juga menjadi MT

- Tetapi isu ini akan dibincangkan lebih lanjut dengan pihak atasan kolej

7. Perlantikan ketua entiti di bawah pengerusi persatuan-persatuan (naib presiden 3)
- Ketua YDP fakulti : YDP PMF FST
- Ketua Persatuan Anak negeri : YDP Anak negeri Perlis
- Ketua JAKSA kolej : belum dilantik disebab untuk menungu perlantikan jaksa kolej yang baru

8. Pesta konvo
Cadangan supaya diadakan program-program yang mementingkan nilai, moral dan intelektual.

Secara keseluruhannya, pimpinan mahasiswa yang hadir mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak PMUKM untuk mengundang mereka menghadiri mesyuarat bagi mengemukakan secara langsung segala masalah yang ada untuk didengari dan sanggup turun bersama mahasiswa. Perjumpaan pada malam tersebut selari dengan tema yag telah digagaskan oleh PMUKM iaitu “bersama mahasiswa merealisasi varsiti”

Mereka juga sudi untuk memberikan kerjasama kepada pihak PMUKM untuk penambahbaikan UKM pada kali ini. Harapan mereka, perjumpaan kali ini bukan kali pertama dan terakhir dan mencadangkan kepada pihak PMUKM untuk melakukan mesyuarat sebegini 1 bulan 1 kali untuk membincangkan masalah-masalah persatuan dari semasa ke semasa

Perjumpaan ini akan disusuli dengan kursus pengurusan organanisasi dan konvensyen mahasiswa, dan perkara ini akan dilaporkan dari semasa ke semasa.