PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Isnin, Mac 28, 2011

Video Penyampaian Watikah & Ucapan Dasar Presiden PMUKM Sesi 2010-2011


Jom layari video Watikah Perlantikan MPP & Ucapan Dasar Presiden di link berikut : http://pkukmweb.ukm.my/news/index.php/ms/ukm-tv.html

Ahad, Mac 27, 2011

MPM Harith : Ziarah Saudara Arrabe' di Hospital Kajang

Oleh : MPM Harith

Pada 23 Mac 2011 yang lalu MPP Mohd Izzuddin bin Mohd Pisol dan Muhammad Harith telah menziarahi seorang mahasiswa UKM  saudara Arrabe’ yang sedang menjalani pengajian di peringkat master di fakulti Sains Dan Teknologi.  Beliau telah mengalami kemalangan di Persimpngan jalan 3 pada isnin lalu dan mengalami patah pada peha kanan. Beliau telah dijadualkan akan melakukan pembedahan pada hari jumaat lepas untuk memasukkan besi sokongan pada peha beliau.

 MPP Izzudin menyerahkan surat dari pusat kesihatan UKM

 MPP Harith bersama keluarga saudara Arrabe’


Peringkat MPP , Kami telah mendapatkan surat jaminan perkhidmatan percuma daripada Pusat Kesihatan UKM. Oleh itu, dengan adanya surat jaminan tersebut, beliau  akan ditempatkan di wad kelas kedua. Selain  itu, Segala rawatan yang akan dijalani selepas ini boleh mendapatkan  surat tersebut di  Pusat Kesihatan.

Disamping itu, insurans kemalangan juga akan dipohon selepas sembuh dan keluar daripada wad daripada. Kami dibarisan Saf Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia menyeru supa semua warga kampus berhati-hati ketika menunggang dan memandu kenderaan supaya dapat meneruskan perjuangan menuntu ilmu dengan lebih baik terutama ketika tarikh peperisaan akhir yang semakin hampir.

“Bersama Mahasiswa Realisasi Varsiti”



Senyum Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia


Oleh : Nur Ili Tarmizi, Mantan MPP FSKB 3/4 2009-2010


Alhamdulillah, puji, puja dan syukur kepada Ilahi kerana Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia (KOMSIS) telah berjalan dengan jayanya pada 19-20 Mac 2011yang lepas:) Terlangsai juga impian dan perungkaian manifesto semasa baru terpilih menjadi MPP setahun yang lepas, dirasakan baru sahaja semalam impian itu disemai:) Maaf kerana laporan yang lambat dipublish dalam ruangan ini kerana kekangan tesis dan perlu bergelut dengan persiapan poster scientific research bagi26th Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference pada 24-25 Mac 2011 sejurus selepas pulang dari konvensyen. 

Pertama-tama sekali, setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada organisasi KOMSIS (MT,Exco,AJK) kerana telah bertungkus-lumus dan mengorbankan masa, ketika dan 'harta' bagi menjayakan program ini. Ketika saya merencanakan konvensyen ini di minda, dirasakan mustahil untuk konvensyen ini dijalankan kerana belum pernah program seumpama ini dijalankan untuk mahasiswa/i fakulti sains kesihatan seluruh Malaysia. Namun,apabila duduk berbincang bersama adik-adik yang turut sama mencatur KOMSIS ini, sehinggalah ia dijalankan dan berakhir, kemustahilan dan kesakitan itu dirasakan sangat-sangat manis :)

Disertai oleh hampir 220 orang mahasiswa/i dari 7 buah universiti UKM, UIA, USM, UiTM, UniSZA, UPM, UniKL, objektif yang dirangka bagi konvensyen ini dilihat tercapai terutamanya bagi menyatukan mahasiswa fakulti sains kesihatan hampir seluruh Malaysia. Berikut merupakan sekilas suasana di KOMSIS 2011:











Pendaftaran di hari pertama:)

Ceramah Isu Kesihatan Semasa oleh Dr. Hida:)


















Forum : Ke Mana Hala Tuju Kita? dikendalikan oleh sahabat-sahabat MPP dan HEALS (Health Sciences Student Society) UIA; ahli panel yang merupakan Dekan Allied Health Science Faculty UIA, wakil Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia dan wakil dari Sunway Medical Center;penyampaian cenderamata oleh Dr Azlina,UIA:)













Interaksi Mahasiswa di bawah kelolaan sahabat-sahabat USM:)





























Riadah:Aktiviti mewarnakan kain rentang 100 meter dengan template 'Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia' nyata merupakan aktiviti kegemaran peserta KOMSIS















Forum Interaksi Mahasiswa:Uniknya Mahasiswa Sains Kesihatan, perkongsian ilmu dan pengalaman menarik dari wakil mahasiswa dari UKM,USM,UIA,UniKL,UniSZA,UiTM,UPM:) Penyampaian cenderamata oleh MPP Ezuan dan MPP Harith :)



Slot Motivasi: Nilai Sebuah Budi oleh En. Amin Idris, motivator yang semakin mencipta nama di Malaysia..penyampaian beliau nyata menggamit hati kami:) En Amin dan MPP Abdullah semasa sesi penyampaian cenderamata:)




Forum:Sains Kesihatan dan Perubatan.Adakah Kita Seiring? Tajuk yang kontroversi dengan perbincangan yang hangat dan memberi pencerahan kepada mahasiswa/i:)



Majlis penutup oleh Pn. Tan Yoke Hwa, Pengarah Bahagian Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia:) gimik dengan replika picagari dan jantung,pembacaan resolusi oleh Presiden HEALS UIA dan penyampaian resolusi dari pengarah KOMSIS, saudara Faisal kepada Pn. Tan Yoke Hwa:)

















Antara bahan yang dipamerkan oleh fakulti sains kesihatan universiti-universiti di bahagian Pameran


Semua berbangga menayangkan hasil kreatif masing-masing, kain rentang terpanjang dalam sejarah mahasiswa/i Fakulti sains Kesihatan?


Delegasi UIA

Delegasi USM dan Timbalan Pengarah PPP USM


Delegasi UPM

Delegasi UiTM

Delegasi UniSZa

Delegasi UKM dan Organisasi:):)
Mohon maaf atas segala kekurangan dan salah-silap sepanjang program ini berlangsung, lebih-lebih lagi kerana ini merupakan program kesatuan pertama untuk mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan di Malaysia. Alhamdulillah, jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat ORGANISASI KOMSIS yang telah melakukan yang pengorbanan besar dalam memastikan program ini berjalan lancar. Kalian merupakan pencetus kepada kesatuan mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan:) Penghargaan juga kepada Dr. Asmah yang menjadi penasihat yang sangat supportive kepada usaha kami..Penghargaan kepada delegasi UIA dan USM yang bertungkus-lumus bersama-sama kami, terutamanya kepada mantan MPP Hakim (UIA) dan Hamizah (USM), tanpa perbincangan dengan kalian, agak mustahil untuk konvensyen ini dijalankan:) Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat ISIUKM yang juga turut kebetulan berada berhampiran dan menghulurkan pertolongan ketika kami memerlukan. Penghargaan dan terima kasih jua buat semua peserta KOMSIS; UIA,USM,Unisza (special thanks to Rai:)),UniKL,UPM,UiTM) dan jemputan-jemputan yang hadir,terima kasih jua buat sokongan sahabat-sahabat,tanpa keterlibatan dan doa kalian,apa lah ertinya program ini dijalankan.

Perlaksanaan untuk merealisasikan resolusi mewujudkan Persatuan Sains Kesihatan Bersekutu peringkat nasional masih dalam perbincangan.Semoga di masa akan datang, program susulan dapat diadakan bagi memastikan kelangsungan kesatuan mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan seluruh Malaysia (tidak terkecuali Sabah dan Sarawak:)

Bersatu Menerajui Profession Sains Kesihatan

Good Luck For The Exam !


Assalamu'alaikum, salam sejahtera dan salam Mahasiswa Untuk Malaysia!

Mendekati minggu-minggu akhir pengajian bagi semester 2, 2010-2011 ini, kita dapat lihat suasana warga kampus sudah semakin fokus menuju musim peperiksaan.

Untuk makluman, mahasiswa UKM kampus Induk akan menjalani musim peperiksaan bermula 11 April sehingga 29 April nanti. Manakala di bagi mahasiswa Tahun 2 Program Perubatan telah dan sedang menjalani peperiksaan akhir bermula 21 Mac sehingga awal bulan April nanti, manakala mahasiswa Tahun 3 Program Perubatan bermula 25 Mac sehingga minggu ke kedua bulan depan nanti.

Di peringkat Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), kita mengucapkan semoga berjaya kepada semua rakan mahasiswa UKM di dalam peperiksaan akhir semester ini. Optimumkan masa yang ada ini untuk kita fokus kepada proses ulangkaji dan membuat soalan-soalan akhir yang lepas. Juga jangan lupakan untuk memohon kepada Ilahi untuk memakbulkan apa yang kita hajati. Di saat-saat sebegini, kita harapkan rakan-rakan jangan lupakan untuk berbuat kebaikan. Juga jangan lupakan untuk menghubungi ibu bapa di kampung untuk memohon restu daripada mereka.

Semoga apa yang kita hajati akan dimakbulkan-Nya.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti !

Sabtu, Mac 26, 2011

Jelajah Mesra PMUKM ke UKM Kampus KL


Pada 23 Mac yang lalu, suatu Jelajah Mesra Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) ke UKM kampus Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya. Antara ahli MPM yang berkesempatan untuk turut serta dalam jelajah ini antaranya Presiden MPM sendiri, saudara Ahmad Muzammil, Ezuan Mohd Saad (Setiausaha Agung), saudari Muslimah bt Marsi (Naib Presiden 2); Noraini bt Jumahir (Pengerusi Biro Perpaduan & Masyarakat), Noriah bt Abdul Rahman (Biro Akademik & Intelektual), Nurul Akma Zulkefli (Biro Kebajikan & Aduan) dan Kamarul Hatem Muhammad (Biro Informasi & Penerangan).






Jelajah Mesra MPM dari Kampus Bangi ini tiba di UKM Kampus Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengahari. Ketibaan kami disambut dengan ceria oleh mahasiswa UKM kampus Kuala Lumpur. Jelajah turut sempat menjelajah ke tempat menunggu bas dan kafeteria sekitar Kampus Kuala Lumpur selain daripada jelajah ke dewan kuliah.






 Terima kasih kepada semua mahasiswa UKM yang sudi menerima kunjungan kami!