PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Selasa, Ogos 09, 2011

NewsPortal : UKM Lancar Bulan Sambut Kemerdekaan 2011



Foto: Hairul Azmi Jahid

BANGI,  8 Ogos 2011 -- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan pelancaran sambutan bulan kemerdekaan 2011 peringkat universiti dengan mengedarkan bendera sempena Penyerahan Jalur Gemilang hari ini di Foyer Bangunan Canselori.

Tujuh wakil mewakili fakulti, institut, perkhidmatan, pelajar, pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES), sukarelawan polis (SUKSIS) dan kolej menerima bendera masing-masing daripada Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Prof Ir Dr Othman A. Karim, tiga timbalan naib canselor, Dekan-dekan fakulti dan para pegawai kanan Universiti.

Majlis berkenaan turut menyaksikan acara simbolik mengimbarkan bendera Malaysia yang dilakukan oleh Prof Dr Othman Karim. Prof Tan Sri Sharifah sebagai Kolonel Kehormat, Pelapes UKM memberi tabik hormat dengan iringan musik dan nyanyian lagu-lagu Jalur Gemilang dan Satu Malaysia dari Kumpulan Koir Perpustakaan Tun Sri Lanang.

Sempena sambutan peringkat kemerdekaan ini juga diadakan pertandingan menghias bangunan peringkat Pusat Tanggungjawab dan kolej serta kempen mengibar bendera jalur gemilang dan beberapa aktiviti lain di kampus. 



    

Isnin, Ogos 08, 2011

Salam Takziah Daripada PMUKM

Kredit : Utusan Online / MOHD. NAJIB. MOHD. NOR


Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highlands semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang semalam dilaporkan telah meragut tujuh nyawa dan dua lagi cedera parah dalam kejadian tanah runtuh yang dipercayai berpunca akibat hujan lebat di kawasan berkenaan sejak jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Dahari Wan Busu, berkata mayat pertama seorang wanita dikeluarkan pada jam 6.30 petang, manakala lelaki jam 11.25 malam. Dua lagi masing-masing jam 12.25 pagi dan 12.35 pagi. Tiga mangsa terakhir dikeluarkan jam 1.30 pagi.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang mencemar duli melawat tempat kejadian telah bertitah agar Kerajaan negeri Pahang diminta mengkaji mengenai perancangan penempatan semula perkampungan Orang Asli tersebut.

"Saya harap dalam jangka panjang, kerajaan negeri dapat mengkaji penempatan semula khususnya di Kampung Sungai Ruil ini, sudah lama mereka berada di kawasan itu," titah baginda ketika melawat pusat pemindahan mangsa tanah runtuh perkampungan Sungai Ruil di sini di pusat Pemindahan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Brinchang di sini.

Untuk rekod, perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak di Tanah Rata dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Suku Semai.

Ahad, Ogos 07, 2011

CLC2u - Favourite Online Community for Malaysian University Students

Sumber : Blog GMUKM

Kecanggihan teknologi kini telah memudahkan warga kampus kini untuk berhubung sesama mereka. Antaranya perisian laman web CLC2u kini menyediakan maklumat dalam bentuk interaktif dan mesra pengguna khususnya di kalangan warga kampus yang rata-rata kini dalam Generasi-Y (GEN-Y). Untuk kampus UKM, ia menyediakan maklumat berkenaan akademik, kolej kediaman, maklumat pengangkutan, nombor yang harus ada dan lain-lain lagi.




Aplikasi perisian ini boleh dilayari di http://ukm.clc2u.com

Jumaat, Ogos 05, 2011

Respon Pihak Bendahari UKM Berkaitan Harga Terbaru Yuran Kolej

Berdasarkan respon dan permintaan pelajar pra-siswazah dan siswazah UKM, pihak PMUKM telah menemui Ketua Penolong Bendahari Kanan UKM, Tuan Haji Misro Jerut untuk mendapatkan penjelasan berhubung penyelarasan terbaru yuran penginapan kolej kediaman di Kampus UKM Bangi.

Dalam pertemuan tersebut, pihak PMUKM telah menyerahkan surat untuk meminta penjelasan kepada Bendahari UKM. Ia disampaikan oleh wakil PMUKM, Saudara Arif Misrol kepada Tuan Haji Misro Jerut

Beliau menjelaskan bahawa untuk pelajar pra-siswazah, harga yuran kolej diselaraskan pada RM 3.50/sehari (untuk asrama), kecuali untuk Kolej Pendeta Za'ba. 

Kolej Pendeta Za'ba: Kes istimewa?


Untuk pelajar siswazah tempatan pula, secara umum tidak dapat dipastikan secara khusus. Akan tetapi, menurut beliau, harga yuran kolej untuk pelajar siswazah berkemungkinan besar lebih rendah daripada harga sebelum ini (RM7.00/hari) atau sama dengan harga yuran kolej pelajar pra-siswazah.

"Hari ini (4 Ogos 2011) Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) sedang bermesyuarat. Perihal harga terbaru yuran kolej akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Kita tengah tunggu keputusan mesyuarat dan kita akan maklumkan secara rasmi kepada PMUKM, paling cepat pada minggu hadapan", ujar beliau.

Tentang harapan pelajar siswazah tempatan supaya harga yuran kolej diturunkan dari harga dahulu, beliau menyebut, "pihak Unit Perumahan Pelajar (UPP) dan kamu pun (sila baca: PMUKM) membawakan perkara yang sama. Kita menyedari bahawa bilangan pelajar pra-siswazah semakin berkurangan (Fakta: kemasukan pelajar degree Tahun Satu sesi 2011/2012 hanya sekitar 2800 orang). Oleh sebab itu, mungkin dengan kekosongan bilik kediaman yang ada, lebih baik ia dimanfaatkan untuk kegunaan mereka yang memerlukan (pelajar siswazah) dengan harga yang berpatutan".

Wakil PMUKM, Saudara Arif Misrol berkata, "Kita akan follow-up perkara ini minggu depan. Kita juga mengharapkan mesyuarat LPU membuahkan keputusan yang diharap-harapkan oleh semua".

Isnin, Ogos 01, 2011

PMUKM Mohon Penjelasan Berkaitan Isu Pendidikan


Saudara Mohd Izzuddin bin Pisol, Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan, ditemani oleh Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff, Timbalan Presiden PMUKM, Saudara Afham bin Nazmi, Yang Di Pertua  Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK), dan Saudara Ezuan Saad, Setiausaha Agung PMUKM telah menghantar surat mohon penjelasan lanjut kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).

Surat bertarikh 29 Julai 2011 dengan rujukan kami UKM 3.31/PMUKM1011/BKA/03 (11)/8 telah dihantar untuk mendapatkan penjelasan berkaitan kekeliruan isu pelantikan Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ). Surat berkenaan telah dipanjangkan kepada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat mohon penjelasan berkenaan juga turut diserahkan kepada Pejabat Menteri Pelajaran Malaysia dan Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.


“Kami telah menghantar surat rasmi kepada Kementerian Pelajaran, Bahagian Sumber Manusia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan permohonan penempatan Guru Sandaran Terlatih ( GST ) yang tidak dibuku sehingga kini” Saudara Izzudin, Pengerusi Biro Kebajikan dan Aduan.

Surat ini dihantar ekoran susulan dari aduan bakal graduan Fakulti Pendidikan UKM, berkaitan permohonan penempatan Guru Sandaran Terlatih ( GST ) yang masih belum dibuka sehingga kini. Hal ini menjadi semakin keliru apabila Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Mohd Fuad Zarkashi menerusi surat khabar Berita Harian Online yang bertarikh 27 Julai 2011 menyatakan pihak kementerian menawarkan jawatan guru tetap kepada 13000 Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ).

“Selaku YDP PENDIDIK, saya mengharapkan supaya kekeliruan ini dapat dijawab dengan baik oleh pihak berwajib, dan kekeliruan ini suatu yang serius sebab melibatkan beribu bakal graduan pendidikan”Saudara Afham, YDP PENDIDIK

Pada masa yang sama, kerajaan telah menghantar surat pekeliling melalui surat Ruj.Fail.JPA.BPO ( S ) 7/13/4-2 Jld.3 ( 17 ) yang bertarikh 20 Mei 2011 yang bertajuk Pembekuan Pengambilan/Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri

Surat pekeliling ini dilihat tidak selari dengan apa yang dilaporkan dalam Berita Harian Online pada 27 Julai 2011, seperti yang disebutkan sebelum ini. Jadi, kami mohon penjelasan lebih lanjut atas kekeliruan yang berlaku ini. Selain itu juga, kami memohon tindakan yang lebih efektif terhadap laporan akhbar Berita Harian Online bertarikh 2 April 2011 berkenaan lambakan guru seramai 26000 dari opsyen Sains Dan Matematik.


“ ( kita telah bertemu ) tetapi kita hanya dapat bertemu dengan dua orang staff Bahagian Sumber Manusia KPM, dan dalam pertemuan kita tersebut pihak berkenaan tidak mampu memberi penjelasan dan mereka telah memaklumkan, hanya pegawai atasan yang lebih layak untuk memberi penjelasan tepat. Dalam pertemuan tersebut, kita tidak dapat berjumpa dengan Pegawai Atasan untuk mendapatkan penjelasan kerana dimaklumkan Pegawai berkenaan dalam mesyuarat dan kemungkinan mensyuarat berkenaan lewat tamat, insyaallah kita akan datang balik untuk mendapatkan penjelasan dari pegawai atasan” Timbalan Presiden PMUKM, Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff.

Ini berikutan lebihan unjuran pengambilan dengan penempatan guru yang dikatakan tidak selari diantara kementerian pelajaran Malaysia dan kementerian pengajian tinggi. Walau apa sekali pun, PMUKM mengharapkan supaya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mampu memberi penjelasan yang baik tetapi bukan penjelasan yang bersifat defensif semata-mata. Perbincangan dan tindakan bersifat penyelesaian yang baik terhadap isu-isu yang dibangkitkan ini dapat dilakukan.
BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI