4 April 2014, UKM Bangi - Satu perjumpaan di antara Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(PMUKM) bersama- sama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Petronas (SRC UTP ) telah diadakan dengan jayanya. Perjumpaan tersebut merupakan satu penanda aras daripada SRC UTP terhadap PMUKM berkenaan pembawaan PMUKM sepanjang sesi 2013/2014.
Perjumpaan dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri diantara PMUKM dan SRC UTP, seterusnya Naib YDP PMUKM, Saudari Nur Afifah Bt Abdul Rahim memperkenalkan UKM secara amnya kepada SRC UTP. Selain itu , saudara Mustapha Kamil Husen Abd Kadir memberi penjelasan berkenaan sejarah dan latar belakang penubuhan PMUKM dan perubahan corak kepimpinan yang berlaku bermula dari tahun 1970 sehingga sekarang dan gagasan dan agenda yang dibawakan PMUKM sesi kali ini.
Seterusnya YDP SRC UTP, Faris Suhaimi menjelaskan visi dan misi yang ingin dibawa selepas 2 bulan dilantik menjadi mpp di UTP. Selain itu, pihak PMUKM turut memberi pandangan tentang corak politik yang perlu dibawa oleh mahasiswa kedua-dua kampus menurut ideologi politik masing-masing.
Perjumpaan ini diakhiri dengan soal jawab yang dikemukan oleh kedua-dua kampus. Ternyata pihak SRC UTP ternyata tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan kewangan daripada Tabung PMUKM dan Skim Dana Persatuan (SDP) yang diperkenalkan PMUKM sesi kali ini. MPP PMUKM turut membawa SRC UTP ke Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM di aras 5 untuk melihat bagaimana PMUKM mengurus tadbir tugas.
Barisan kepimpinan SRC UTP turut melahirkan hasrat agar PMUKM jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.PMUKM mengucapkan selamat maju jaya kepada SRC UTP.
Puteri Nor 'Adilah Binti Mohd Zarudin
MPP Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Tahun 1/2
Biro Perhubungan dan Antarabangsa PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varisiti::